Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 8, 2014

PAS Mesyuarat Untuk Apa?

Beranikah mereka membelakangi Hadi dan Majlis Syura?

Mesyuarat PAS ditunda lagi, tarikh baru 17 Ogos
mk - 1:23PM - 8 Aug 2014
Jawatankuasa PAS Pusat sekali lagi menunda tarikh bagi mesyuarat untuk membincangkan pendirian parti berhubung jawatan menteri besar Selangor kepada 17 Ogos.

Laporan Harakahdaily menyebut, setiausaha agung parti Datuk Mustafa Ali berkata sejumlah anggotanya tidak dapat hadir ke mesyuarat pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini, 13 Ogos.

"Oleh kerana mesyuarat ini penting, maka PAS mahu memastikan semua pihak dapat hadir, maka insya Allah, 17 Ogos ini semua boleh hadir," katanya seperti dipetik dalam laporan lidah parti itu.

Jawatankuasa PAS Pusat sebelum ini sepatutnya bermesyuarat pada 10 Ogos ini.

Namun, ia ditunda kepada 13 Ogos.

Laporan sebelum ini tidak menyebut sebab ia ditunda tetapi ia dibuat selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dipanggil untuk berdepan dengan Lembaga Disiplin PKR pada hari Sabtu.

1 comment:

  1. PAS saja nsk buat sebuk macam mereka penting , padahal Rakyat tak ambil kesah pun.

    Kita tanya diri kita , "Apa kah kita mau Orang Benggap tahap Tadika memimpin kita"....

    Anak2 umur 10 tahun boleh bagi jawapan baik daripada bebudak Gagal dalam PAS.

    PAS tak bodoh ke ???? Sendiri tanya lah...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa