Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, September 1, 2014

Kesian: Dua ADUN Ini Terbelit Kerana Sikap PAS Yang Flip-flop

Dewan Ulama PAS Selangor lulus usul kecam Adun sokong Wan Azizah 
OLEH MD IZWAN
Published: 31 August 2014
Dua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selangor hari ini dikecam Dewan Ulama negeri susulan keputusan mereka menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar (MB).
Perkara tersebut diputuskan selepas usul dibuat dalam Muktamar Tahunan Ulama PAS negeri Selangor kali ke-26 yang berlangsung hari di Klang, hari ini.
"Muktamar sebulat suara meluluskan usul mengutuk dan mengecam tindakan Saari Sungib dan Hasnul Baharuddin yang bertindak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menyokong Dr Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor tanpa pengetahuan dan persetujuan parti," menurut kenyataan dalam akaun Facebook Dewan Ulama hari ini.
Selain keputusan mengecam Adun Hulu Kelang dan Morib tersebut, Dewan Ulama negeri juga mendesak tindakan diambil ke atas mereka.
"Dewan juga menyerahkan kepada Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat mengambil tindakan ke atas Adun berkenaan berdasarkan Fasal 82, Perlembagaan PAS (Pindaan) 2011," kata kenyataan itu.
Muktamar tersebut dirasmikan pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat,  Datuk Dr Mahfodz Mohamad.
Ketika kemelut di Selangor berada dalam keadaan tegang menanti PAS membuat keputusan rasmi dua minggu lepas, Saari dan Hasnul mengambil langkah menyokong Dr Wan Azizah secara terbuka.
Ia menyebabkan mereka menerima kritikan dan kecaman daripada parti sendiri.
Bagaimanapun, mereka menyatakan kesediaan berdepan sebarang tindakan disiplin.
PAS Pusat pada 17 Ogos memutuskan mencalonkan Dr Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, walaupun PKR bertegas menamakan Dr Wan Azizah sebagai calon tunggal.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengesahkan hanya dua daripada 15 Adun PAS di Selangor menandatangani SD menyokong Dr Wan Azizah.
Sebelum ini, Mahfodz yang juga Ahli Majlis Syura Ulama PAS mendesak pemecatan kedua-dua Adun tersebut. – 31 Ogos, 2014.

25 comments:

  1. yg flip flop tu 2 adun yg baru jadi ahli pas. x sabar2 nak buat keputusan. belum cukup tarbiah . kena ikut majoriti bukan majoriti ikut minoriti.

    ReplyDelete
  2. Kalau ada parti lain selain PAS aku akan menyokong parti itu. Ekoran keputusan PAS yang terbaru ini nampaknya penyokong PAS seluruh negara wajar meninggalkan PAS parti flip-flop ni. Puak ni selayaknya mentadbir surau dan kariah, itu yang sesuai. Nak berkawan dengan orang lain pun nampak tak berapa cerdik lagi. Eloknya keluar Pakatan dan bertanding sendirian, biar rakyat Malaysia tengok hebat ke tidak parti PAS ni.

    ReplyDelete
  3. sesiapa yg tak percayakan pas boleh mninggalkan parti itu.usah mghimpun dosa mghasut ahli pas yg lain kononnya pas dah mnyeleweng dan macam2 fitnah lg.kalau anda rasa anda pandai,ahli pas yg lain pun bijak juga.tak payah ajar kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tuu... biar kita tengok hebat atau tidak pas ini...

      Delete
  4. Mari kita lihat sejauh mana kehebatan PAS di negeri2 pantai barat semenanjung selepas keluar dari PR. Tak payah berkawan dengan parti sekular dalam PR, lagi baik bergabung dengan parti nasionalis UMNO/BN lagi afdal dan mendapat banyak manfaat.
    Tiada undi aku untuk PAS akan datang sebab pemimpin berserban tak pandai tadbir negeri mentalahan pula negara sebab banyak meeting dari tindakan berkesan.

    ReplyDelete
  5. Sudah tawar hati dengan kepimpinan PAS sekarang walaupun aku tidak mengistiharkan PAS itu musuh. Makin jauh hati sepertimana aku telah lama anggap UMNO musuh.

    ReplyDelete
  6. kemana PAS nak bawa perjuangan mereka kini menjadi tandatanya... laungan nak mendaulatkan Islam tanpa wadah politik yang jelas dan jitu adalah angan-angan...sikap kepimpinan PAS hari ini adalah sikap mundur dan tidak bervisi.....

    ReplyDelete
  7. Penghasut terdiri majoriti Puak Pikir ringgit dan Penghasut Kewarasan Rakyat. Janganlah salah sendiri nak belit rakan yang lain. Nak "bom" pulak rumah rakan itu, siapa yang mendokong sepakat. Yang kini mendukung terus persefahaman dan menjadi anti kezaliman.Biarlah 2 ekor tu nak melangkau..orang bawahan dah tau dan terus akan teguh dibelakang PAS.Ingat Parti Islam tidak akan mati.Kemenangan PAS bukan memikul seguni note RM 1juta!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Slogan begini untuk pi perang di palestine sesuai.... utk ikut pilihan raya bye2 lah

      Delete
  8. Langkah Kajang itu yang flip flop

    ReplyDelete
  9. Yang tak sokong terus bekerjasama dengan Pakatan dan mahu bekerjasama dengan UMNO boleh keluar parti. Jangan berselindung lagi peristiwa dalam kelambu. Dasar berbohong lagi penipu..ularmak konon.

    ReplyDelete
  10. Pengkhianat parti perlu dipecat. Islam tidak ajar buat kerja sendirian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang dikhianati pun pakatan yang pas jadi ahlinya...apa punya hujah... pas khianat sebab itu ahlinya khianat 2x5

      Delete
  11. Apa yg PAS nak sebenarnya......nk jadi MB?..Nk bergabung dgn umno?..nk bergerak sendiri?....kalau arwah utz fadzil ada...menangis dia tgok kelaku hj hadi.....

    ReplyDelete
  12. Zali...PAS bukan sebuah parti yg gopoh. Kemenangan tampa tarbiah xde makna. Biar kalah dari gadai prinsip

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bodoh... kenapa bila kemenangan menjadikan ruang dakwah terbentang nak di tinggalkan... kalau kalah siapa mau peduli dakwah pas.

      Delete
    2. Bila menang ruang dakwah terbentang di hadapan nak ditinggalkan... masa kalah siapa mau dengar tarbiah pas lebih2 lagi dengan tersingkapnya sifat berbelit dan tikam dari belakang...

      Delete
    3. Bila menang ruang dakwah terbentang di hadapan nak ditinggalkan... masa kalah siapa mau dengar tarbiah pas lebih2 lagi dengan tersingkapnya sifat berbelit dan tikam dari belakang...

      Delete
  13. Zali...PAS bukan sebuah parti yg gopoh. Kemenangan tampa tarbiah xde makna. Biar kalah dari gadai prinsip

    ReplyDelete
  14. wahai sahabat ku di dalam Pas sekelian....tinggalkanlah parti yang telah dipimpin oleh seorang yang merasakan dirinya maksum....

    ReplyDelete
  15. Dlm perjuangan saling nasihat menasihati adalah amalan mulia.yg cela nya bila menghina akan kelemahan sesama ahli,membuka aib ahli lagi ler dicela.menghasut pula amat amat tercela,yang suka menghasut nie adalah saudara nya yahudi.mujur team force gagal menghasut ahli PAS yg faham erti perjuangan.

    ReplyDelete
  16. perjuangan menikam kawan yang telah bersepakat sebelum ini.....bukankah itu adalah satu PRINSIP yang telah dipersetujui bahawa Selangor diserahkan kepada PKR untuk menentukan calon MB darinya, sama seperti Pas dipersetujui untuk menentukan MB dikalangannya bagi Kedah, Perak dan Terengganu......adakah PKR dan DAP mengacau atau merebut jawatan MB dengan Pas di negeri-negeri tersebut?....Tak kan lah prinsip yang simple macam ni pun Pas tak mampu memahami seperti rakan-rakan PR lain faham??!!.

    ReplyDelete
  17. pusing ikut mana pun..memang pas yg buat hal..
    apa masalah pkr?...
    dia buat langkah apa pun..lantak dia...
    yg penting langkah pertama memenangi kajang...pas tak kisah pun..
    tapi bila langkah ke2 tukar khalid...pas boleh buat kalut manjang...
    kalau pas tak buat hal...perkara ni takda hal punn...

    kalau jumpa keling dengan umno...blasah pas dulu....

    kecik2 taknak mampos...dah tua nyusahkan orang...

    ReplyDelete
  18. Aku penyokong tegar PAS, tapi sejak isu MB Selangor aku dah nampak PAS yang sebenar. Menikam kawan dari belakang dan cuba nak sekongkol dengan Syaitan yang dikenali nie. Sekarang seluruh Bani saya dah nekad untuk TIDAK LAGI BERI UNDI untuk Parti yang mengkhianat nie. PAS CELAKO seperti UMNO.

    ReplyDelete
  19. Yang dimaksudkan TARBIAH oleh segelintir penyokong PAS yang otak kemetot barangkali ialah menyokong apa sahaja perintah atau suruhan pemimpin terutama Presideng walaupun disuruh serah bini mereka kepada Tuang Presideng. Sudahlah apabila bai'ah sebagai calon PAS di PRU/PRK kena bersumpah untuk ceraikan isteri (talak tiga) sekiranya keluar parti - lebih hina dari perjanjian Saitan Saint Vaganza (Ghost Rider). Sekiranya perjanjian itu dibuat depan para Nabi dan Rasul tidak mengapalah tapi dibuat di bawah Perundangan Suruhanjaya Reid..... (Apa punya biul Melayu? Bukan perjanjian untuk mempertahankan kuasa kah?) Sekiranya PAS berjuang bukan untuk mendapatkan kuasa...? Buat apa masuk bertanding di PRK/PRN? Yang herannya muda-mudi mereka pun tak boleh memikirkan secara rasional akibat diasak oleh ceramah yang berat sebelah dan tidak pernah mencari sumber yang neutral dan boleh dipercayai. Puak Liberal (Pro) dalam PAS bermati-matian berdemontrasi untuk rakyat, walhal puak konservertif (UG) dalam PAS lepak hadapan TV makan kauci dengan nak bini.....Siapa kata Parti Islam tidak akan mati? Adakah parti Kafir yang diluar negara itu telah lama mati? Hanya perjuangan Islam atas platform politik seperti Hamas tidak akan mati tapi sekiranya dibandingkan dengan PAS (parti di bawah peraturan Suruhanjaya Reid) jauh panggang dari api. Memang betul slogan "PAS ganti UMNO" - elok ganti UMNO untuk mencapai kemenangan tak payah usung tin milo untuk mendapat dana dari orang ramai bagi menyara pemimpin yang penipu lagi munafik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa