Diterbitkan: Ahad, 3 Ogos 2014 10:07 AM - mStar
LOUIS van Gaal diambang menghadiahkan Manchester United piala pertama selepas skuadnya berjaya menewaskan Real Madrid 3-1 dalam saingan Piala Juara Antarabangsa di Amerika Syarikat pagi Ahad.
Dalam perlawanan di Stadium Michigan yang dipenuhi oleh 109,318 penonton itu, Ashley Young tampil sebagai wira United selepas menjaringkan dua gol pada minit ke-20 dan 37.
Hernandez yang dimasukkan bagi menggantikan Wayne Rooney pada minit ke 67 pula menambah derita Real Madrid dengan jaringan pada minit ke-80.
Jaringan tunggal Madrid dijaringkan oleh Gareth Bale pada minit ke-27 menerusi sepakan penalti.
Perlawanan itu turut mencatatkan jumlah penonton tertinggi melibatkan perlawanan antara Madrid dan United sejak 1957 di luar stadium masing-masing.
Dalam perlawanan itu United menurunkan De Gea, Keane, Jones, Evans,kett 45mins 6); Valencia, Herrera (Cleverley), Fletcher, Young (Shaw), Mata (Kagawa), Welbeck (Zaha), Rooney (Hernandez).
Madrid pula membariskan Casillas, Arbeloa (Ronaldo), Pepe, Ramos, Fernandez, Alonso (De Tomas), Carvajal, Illarramend, Modric, Bale, Isco.
Bale diasak oleh pertahanan United, Keane.
Christiano Ronaldo tampil sebagai pemain simpanan kerana mengalami kecederaan lutut.
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa