Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, September 11, 2014

Aku Peduli Apa: Bergomollah Puak-Puak Mu Wahai PAS!

Kalau dah puak-puak tahu undang-undang pun berselisih pendapat inikan pulak ahli biasa
Ini terjadi bukan apa, kerana ada yang sokong melulu dan ada pula yang benar-benar faham undang-undang dan mentafsirkannya dengan ikhlas
Tapi biasalahkan......ayat Alqur'an lagi boleh ditafrsirkan mengikut kehendak masing-masing!

Undang-undang memang yang boleh manipulasikan. Dan mereka adalah yang tahu undang-undang
Tafsir Qur'an pula pastinya yang celik arab dan Qur'anlah. Yang buta arab mana boleh buat benda tu!

LUHAM Terengganu pertahan Hadi Awang
DI KUALA LUMPUR - 11 SEP 2014 (2 HOURS AGO)


KENYATAAN RASMI LUJNAH UNDANG-UNDANG DAN HAK ASASI MANUSIA (LUHAM) PAS NEGERI TERENGGANU BERHUBUNG PENAFSIRAN PERLEMBAGAAN PAS
Kami menyatakan pendirian bahawa kami tidak bersetuju dengan Kenyataan Rasmi LUHAM Pas Pusat yang dibuat pada 9hb September, 2014.
Kami ingin menegaskan bahawa Wakil dari LUHAM Pas Terengganu tidak dipanggil untuk menghadiri mesyuarat pada 8 September 2014 dan oleh itu pendapat LUHAM Pas Pusat tersebut tidak mewakili semua anggota jawatankuasa LUHAM di peringkat negeri-negeri.
Berhubung dengan penafsiran undang-undang oleh Majlis Syura Ulama’, kami berpendapat bahawa LUHAM Pusat tidak diberikuasa oleh Perlembagaan PAS untuk membuat tafsiran undang-undang berkenaan dengan Perlembagaan PAS atas hujah-hujah berikut:
PAS adalah sebuah parti politik yang menjadikan Islam sebagai asas perjuangannya.
Fasal 3 Perlembagaan PAS menyebut :
“Dasar PAS adalah ISLAM” memandangkan PAS adalah sebuah Parti Politik yang menjadikan ISLAM sebagai dasarnya Fasal 7 (1) memperuntukkan :
“Adapun hukum yang tertinggi sekali dalam pegangan PAS adalah KITABULLAH dan SUNNAH RASUL serta IJMA’ ULAMAK dan QIAS yang terang dan nyata, dengan tertakluk kepada hukum yang tertinggi itu, kekuasaan PAS adalah dipegang oleh Muktamar Tahunan PAS.
Fasal ini menjadikan sumber Hukum Syariah Islam sebagai Hukum tertinggi di dalam parti bahkan Muktamar Agong PAS pun adalah terikat dengan sumber hukum Syariah ini.
Perlembagaan ini bukannya undang-undang tertinggi di dalam parti yang mengatasi Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana perlembagaan Negara Malaysia dan Perlembagaan mana-mana parti lain.
Bagi memastikan halatuju PAS sentiasa berada pada landasan Islam, Majlis Syura Ulama ditubuhkan sebagai badan pemandu yang memandu muktamar, dan badan-badan yang ditubuhkan dibawah perlembagaan ini agar sentiasa berada di bawah dasar ISLAM.
Fasal 8 (1) menyebut :
“Bagi menjamin kekuasaan PAS yang diperuntukkan dalam fasal 7 (2) di atas (MuktamarTahunan) dan badan-badan yang diberikan kepadanya kuasa oleh Muktamar Tahunan PAS dan oleh mana-mana peruntukan dalam Perlembagaan ini tidak terkeluar dari kehendak-kehendak yang diperuntukkan di bawah fasal 7 (1) dan tidak berlawanan dengan dasar PAS seperti yang di peruntukkan di bawah fasal 3 Perlembagaan ini, maka, hendaklah ditubuhkan sebuah majlis yang dinamakan “Majlis Syura Ulamak” dan diberi kepadanya kuasa-kuasa berikut :
Menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS dan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya dan membuat ketetapan mengenainya.
Mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan mengawasi serta memilhara supaya dasar dan ketetapan serta kehendak-kehendak dalam Perlembagaan ini dipatuhi dalam kegiatan gerakan dan pentadbiran PAS.
Peruntukan ini memberi kuasa kpd MSU menghurai, menjelas dan mentafsir dasar PAS (ISLAM) serta peruntukkan-peruntukan perlembagaan ini yang menimbulkan kesamaran. Oleh itu MSU dibawah perlembagaan PAS bertindak sebagai penjaga dasar dan perlembagaan “The guardian of ISLAM and the Constitution” yang membolehkannya mengatasi keputusan mana-mana badan dalam PAS hatta keputusan Muktamar sekalipun sekiranya keputusan tersebut menyalahi dasar PAS (ISLAM) dan tidak selari dengan Sumber-Sumber Syariah Islam (Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas).
Oleh itu peranan MSU adalah sebagai badan pemandu “supervisory body” kepada kesemua organisasi di dalam PAS dan bukannya sebagai badan yang dirujuk “Referral body” semata-mata.
MSU dibawah peruntukkan 8 (1) (b) boleh mengeluarkan arahan dan perintah supaya dasar dan ketetapan itu dipatuhi dan dilaksanakan oleh mana-mana pihak atau badan di dalam PAS dan ini termasuklah Jawatankuasa PAS PUSAT.
Berdasarkan Peruntukan fasal 8 (1) tersebut, adalah jelas niat penggubal perlembagaan ini untuk menjadikan Majlis Syura Ulama’ sebagai badan yang menjadi penjaga kepada dasar islam dan
perlembagaan PAS agar keputusan, tindakan dan perbuatan badan-badan di dalam PAS tidak keluar dari dasar Islam.
Majlis Syura Ulama’ di beri kuasa tambahan di bawah fasal 88 (2) seperti berikut:
“Majlis Syura ‘Ulamak adalah berkuasa membuat sebarang keputusan di atas perkara-perkara yang tidak diperuntukan dalam Perlembagaan ini dengan syarat keputusan tersebut tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan PAS seperti yang termaktud dalam Perlembagaan ini dan tertakluk kepada kuasa tertinggi Muktamar.”
Fasal 88 (1) pada pandangan kami tidak menghadkan kuasa MSU sebagai badan yang membuat keputusan apabila dirujuk semata-mata kerana peruntukan tersebut pada pandangan kami tidak boleh dibaca bersama dengan peruntukan 8 (1) sebelum ini. Fasal 88 (1) menyebut :
“Segala perkara yang berbangkit dan perselisihan faham dan pendapat di atas tafsiran perlembagaan ini, serta Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa yang diperuntukan dalam perlembagaan ini hendaklah dirujuk di dalam Majlis Syura ‘Ulamak dan sebarang keputusannya adalah muktamad, jika tidak diubah oleh Muktamar.
Di bawah kedua-dua peruntukan ini ada 3 perkara yang perlu kepada tafsiran oleh Majlis Syura :
Dasar PAS (ISLAM). Ini disebut di dalam fasal 8 (1) (a) tetapi tidak disebut di dalam fasal 88 (1).
Perlembagaan PAS. Ini disebut di dalam kedua-dua fasal tersebut.
Aturan dan Peraturan yang dibuat mengikut kuasa-kuasa Perlembagaan ini. Ini tidak disebut di dalam fasal 8 tetapi disebut di dalam fasal 88.
Justeru itu kedua-dua fasa adalah berbeza, jika kita katakan bahawa Majlis Syura hanya boleh membuat tafsiran terhadap perlembagaan sekiranya dirujuk, bagaimana pula tafsiran mengenai dasar PAS, adakah ia juga memerlukan rujukan.
Apatah lagi Fasal 88 tersebut langsung tidak merujuk kepada fasal 8 bagi membolehkan kedua-duanya dibaca bersama.
Justeru itu, kami berpendapat bahawa MSU di bawah fasal 8(1) mempunyai kuasa untuk menafsirkan mana-mana peruntukan di dalam Perlembagaan PAS yang menimbulkan kesamaran mengenai maksud dan tujuannya sama ada setelah dirujuk atau tanpa dirujuk.
Ini selari dengan tujuan penubuhannya sebagai penjaga dasar Islam dan Perlembagaan ini.
Tiada badan lain di dalam PAS yang diberikan kuasa untuk menghuraikan Dasar, Perlembagaan, Aturan dan Peraturan di dalam PAS memandangkan rujukan utama bagi penafsiran tersebut haruslah bersandarkan kepada sumber hukum Islam iaitu Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qiyas sebagaimana peruntukan fasal 7 (1) yang dirujuk sebelum ini.
Badan lain seperti LUHAM bolehlah dipanggil untuk memberi pendapat tetapi akhirnya hanya keputusan MSU sahaja yang mengikat parti mengikut Perlembagaan.
Kami juga berpendapat bahawa fasal 26 (1) (a) adalah bersifat umum dan memerlukan perincian bagi memastikan Presiden dapat memainkan peranannya sebagai Ketua pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Fasal 26 (1) (a) menyebut :
“Presiden bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukkannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan mengenainya.”
Kami juga berpendapat bahawa tindakan MSU yang membuat keputusan berkait dengan perlantikan Menteri Besar Selangor adalah selari dengan kuasanya yang diberikan di bawah peruntukan fasal 8 (1) (b) ataupun peruntukan fasal 88 (2) yang dirujuk sebelum ini dan keputusan tersebut haruslah dihormati dan dipatuhi mengikut Perlembagaan PAS.
Sekian, Terimakasih
MOHD SAIFUDIN OTHMAN (Pengerusi LUHAM PAS Negeri Terengganu)
FATHI ‘AZIZ BIN ABU BAKAR (Pengerusi JUHAM Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu.

12 comments:

  1. Apa pun yg dtg dari terengganu semua tak boleh pakai. Puak2 ni tahunya nak ber UG je. Semuanya bagu kalau bersama umno, taksub kerterlaluan kpd pemimpin. Sahabat2 nabi pun tak taksub kpd nabi keterlaluan walaupun nabi tu maksum.

    Pemimpin boleh dtg dan pergi tetapi jemaah tegak Islam mesti diteruskan.Patutlah Allah tak menangkan terengganu selepas kekalahan yg memalukan.

    ReplyDelete
  2. LUHAM pun sudah ikut bahalol nak tegak benang basah....

    LUHAM boleh tegak benang basah kat Kutub Utara / Selatan yang ada ice beku.

    Pakai magik boleh kot , tapi apa boleh buat bila Kepala sudah Busok , dari tengkok badan perut hingga kaki pun pasti busok.

    Kalau ada rakyat Malaysia mau sokong Munafik Penipu sampai jadi PM , kesian jugak bukan senang nak bodoh kan diri sendiri kata kita tak bodoh walhal sebalik nya.

    Undi aja usul tak percaya , lantik HUSAM jadi Presiden lagi ada nilai. Air muka HUSAM bersih saja macam TGNA , yang ada sekarang mengerutu jugak.

    Jual Keropok Losong boleh kaya ke ?

    ReplyDelete
  3. ini tanda-tanda PAS sedang menuju ke arah perpecahan.....ambo sebenarnya amat mengharapkan ianya berlaku.....agar dapat memberi pengajaran yang berguna kepada kepimpinan ulama dalam PAS yang sombing, bongkak serta keras kepala....dan ambo juga mengharapkan golongan profesional dalam Pas akan keluar meninggalkan Pas dan jadikan PasMa sebagai pengganti kepada Pas serta bergabung dalam PR......PasMa+PKR+DAP ready to go!

    ReplyDelete
  4. Dasar Islam apa ke benda. Orang dah tak pecaya dah dasar Islam sebab dek presideng dok merapu. Mangata orang tak ada bukti, kutuk sana kutuk sini, minta maaf tak ndak. Konar sana konar sini. Cakap macam orang gedebe. Betul juga kot kata Dr Mahatir. Dia dah nampak dari dulu lagi.

    ReplyDelete
  5. Tiada bezanya PAS dan UMNO dalam senario ini sekiranya pemimpin melakukan kesalahan atau kerosakan kepada parti, maka semua pemimpin kanan dan akar umbi perlu menyokongnya walaupun sokongan itu membawa rebah sekalipun. Kalau UMNO mungkin rakyat mengenali mereka sebagai sebuah parti sekular, berlainan bagi PAS sebuah parti yang dikatakan berkonsep Islam tetapi dalam mempertahankan pemimpin gila kuasa dan korupsi tiada bezanya dengan UMNO. Pilihlah UMNO kerana walau sekular sekalipun sudah 50 tahun berjasa kepada rakyat, PAS yang berkonsepkan Islam tiada sebarang jasa kepada rakyat melainkan ditubuh bagi menyaingi UMNO dan hanya memperkayakan pemimpin mereka sahaja, maka tiada bezanya sikap pemimpin mereka ini terhadap parti dan rakyat.

    ReplyDelete
  6. apa saja dr tgganu memang bermasalah,baru2 ni pun umno tgganu buat hal...memang semua politik yg dtg dr tgganu cacamarba.

    asasnya sebab tu pelajar2 dr tgganu upsr,pmr,spm dan graduannya dlm ranking 3 terbaik hehe,kau ada?

    ReplyDelete
  7. ada beberpa manusia yg Allah saja tahu hatinya. menyokong ug dengan beberapa ceraian undang undang yg boleh diputarkan maksudnya. ceraian lain yg jelas buat tak nampak.

    pada pandangan akulah selagi puak ug ada dlm pas. pas tak ke mana. puak ni rasa mereka suci. org lain kotor dan tak berguna. ada puak ni seorang di besut, org besar msu. pengalaman akulah semasa ziarah org mati di kawasannya. dia datang dan bersalam dengan sebahagian penziarah. aku ingat boleh bersalam dgn org kuat msu. haram jeling je. sebabnya aku berbual dgn org yang tidak disukainya. dun yg ada pru hati tu

    ReplyDelete
  8. yang membawa kehancuran pas sekarang adalah datangnya drp pas terengganu...pas negeri lain ok je.

    ReplyDelete
  9. Aku ahli Pas seumur hidup malu dengan keadaan sekarang,disebabkan ada golongan yang berserban seolah2 berjiwa islam tapi sikap.tindakan ,ucapan .perkataan dan perbuatan menggambarkan bahawa mereka adalah golongan yang merosakan pakatan dan terus memusnahkan Pas.Aku harap golongan profesioanl dalam pas bertindak dengan cepat agar Pas tidak hancur,hendak percayakan golongan ulamak sudah tidak bolih lagi.mereka sedang di uji dengan pangkat dan harta serta mengikut membuta babi,hampir tidak menggunakan akal yang tulus

    ReplyDelete
  10. kecohlah LUHAM t'ganu ni. baik pikir mcmana nak ambil blk terengganu yg terlepas dari tangan. MSU tu bukan maksum..

    ReplyDelete
  11. LUHAM tu nelsyan2 serban jugak ke ?

    ReplyDelete
  12. Arif tentang Islam tidak semestinya orang tersebut berfikir cara Islam. Inilah yang kebanyakan ahli pas tak reti...termasuk yang ustad2 muda itu... mereka ini ada berfikir asobiah, kapitalis, demokrasi malah kominis pun ada

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa