OLEH LEE SHI-IAN
Published: 11 September 2014
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan perlu mncuba hukuman gantung, kata Tun Dr Mahathir Mohamad. – TMI, September 11, 2014.
Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan "perlu mencuba sendiri hukuman gantung", kata Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini selepas Musa mencadangkan hukuman mati dikenakan kepada pesalah Akta Hasutan 1948.
Musa dilaporkan dalam akhbar hari ini berkata, pesalah melakukan perkara sama berulang kali ekoran tidak takut dengan undang-undang tersebut dan beranggapan hukuman yang dikenakan itu ringan.
Oleh itu, dia mengatakan hukuman mati mungkin boleh dikenakan kepada pesalah yang melanggar akta itu buat kali yang ketiga.
Namun, perkara itu perlu dipersetujui oleh penggubal undang-undang negara ini, katanya dipetik Sinar Harian.
"Mungkin Musa perlu cuba," kata Dr Mahathir ketika diminta mengulas perkara itu semasa satu majlis pelancaran buku di Kuala Lumpur hari ini.
Perdana menteri yang paling lama berkhidmat sejak 1981 sehingga 2003 itu ditanya mengenai siri pendakwaan mengikut akta berkenaan digunakan Putrajaya terhadap individu yang menyuarakan kenyataan kritikal yang didakwa mengandungi unsur hasutan.
Beliau bagaimanapun kelihatan keberatan untuk memberikan pandangannya selain komen ringkas terhadap Musa itu.
Dr Mahathir juga sebelum ini menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Operasi Lalang pada 1987 dan 1998 untuk menyekat musuh politiknya.
Bekas perdana menteri itu juga menghadkan kuasa raja dengan pindaan Perlembagaan pada 1993 dengan menyingkirkan imuniti mereka berhubung kes pendakwaan jenayah.
Bagaimanapun, Umno Bahagian dan beberapa kumpulan masyarakat menuntut akta itu dikekalkan untuk melindungi kepentingan Melayu, Islam dan raja.
Musa kemudiannya mengeluarkan kenyataan berhubung hukuman mati itu sebagai sokongan kepada kumpulan yang mahu akta itu dikekalkan.
Beliau juga mencadangkan Malaysia menuruti langkah kerajaan Singapura yang masih mengekalkan ISA dan Akta Hasutan. – September 11, 2014.
Betul cakap Mahathir.
ReplyDeleteMelayu zaman sekarang ini bila kerja kjaan makan gaji rakyat dspat kuasa sikit , sudah pikir ingat besar macsm Tuhsn dan perangai bongkak nsk msin Tuhan Tuhan.
Tok Guru agama pun dah ikut ikut nak main Tuhan Tuhan walhal nilai ekonomi sendiri pun tak mampu. Semua maksn gaji aje ; nasib baik ada Cina dengan cukai tadi dapat tanggung maksn minum Melayu Melayu ysng ingat Tuhan.
Otak otak pun gred bahalol ajer bukan pandai sangat pun.
Betul cakap Mahathir pun.
dua-dua ekor ni mau try tengok :) ABU !
ReplyDeleteHudud di cop zalim dan primitif.Derhaka hukum gantung.Apa erti derhaka di zaman Raja perlembagaan?
ReplyDeleteKalau penderhakaan di zaman Raja mutlak ia itu mengakibatkan kerajaan tumbang dan menjual rahsia negara baru hukum bunuh.
Kalau Raja na "pinjam" isteri dia mcm Sultan Melaka pinjam menantu Hang Tuah, dia na beri ka, takut DERHAKA.
Makin tua makin bangang
matde buat buat tak kenai musa pulak
ReplyDelete