Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 18, 2014

Nik Amar Lagi........Dah Terbalik Kod Pulak Daah!

Siapa Nik Amar yang sarankan DAP angkat kaki dari PR?
Siapa yang patut angkat kaki sebenarnya?
PAS atau DAP?

Bukan main galak lagi dilapor Utusan Malaysia LinkDAP boleh ‘angkat kaki’ – Pas 

PAS Senang Hati DAP Keluar Pakatan
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Pas mengalu-alukan hasrat DAP untuk ‘angkat kaki’ sekiranya tidak senang dengan kehadiran ‘rakan’ lain dalam pakatan pembangkang.

Sambil mengingatkan DAP tidak mencampuri urusan dalaman Pas, Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan 1, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, DAP tidak perlu mencari jalan dengan menggunakan ‘isu kecil’ sebagai usaha menyingkirkan Pas daripada pakatan pembangkang.

“Kalau Lim Guan Eng nak keluar pakatan, silakan. Kalau DAP nak keluar pakatan, keluarlah. Jangan desak Pas untuk keluar pakatan,” katanya yang dipetik Utusan Malaysia.

Beliau mengulas tindakan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP meluluskan resolusi mendesak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya hadir ke mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat.

Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP yang belum disahkan turut ‘menyimbah minyak ke api’ apabila menegaskan Abdul Hadi perlu hadir bagi memastikan agenda pembangunan pakatan pembangkang dapat dilaksanakan.

Sementara itu ketika ditemui selepas merasmikan majlis Penutupan Wacana Keputeraan Sultan Muhammad V Siri Keempat di sini, Mohd. Amar berkata, kerajaan negeri tidak akan menggunakan alat gilotin dalam melaksanakan hukuman hudud seperti yang dilaporkan oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan mengakui tidak pernah mencadangkan penggunaan alat itu sebaliknya hanya bersetuju jika cadangan diutarakan wartawan tersebut dikemukakan kepada pihak jawatankuasa.

“Kerajaan negeri tidak pernah membincangkan penggunaan gilotin sebagai alat hukuman hudud dan saya sangat terkilan dengan laporan tersebut yang ternyata bercanggah dengan kenyataan saya.

“Kita telah mengadakan muzakarah berkaitan hukuman dan pelaksanaannya. Laporannya akan dibentangkan pada hujung bulan ini,” katanya. - sumber

13 comments:

  1. Macam mana TGNA yang katanya ulama yang disanjungi boleh memilih dan menyerahkan Kelantan kepada Munafik Tegar seperti Ahmad Yaakob dan Nik Amar bagi memimpin negeri yang dihuni oleh ramai tok-tok guru dan ulama-ulama terkenal? Mungkin apakah dosa-dosa TGNA semasa pemerintahannya yang menjadikan beliau begitu hanyut dan tidak mengamalkan sikap bijaksana Rasululah SAW? Kalau usia beliau masih panjang maka bolehlah beliau berkawan dengan Tun Mahathir kerana sama-sama dah kelaut.....

    ReplyDelete
  2. aku rasa simamat ni tak atau apa itu guillotine semasa wartawan syorkan mende tu. lalu dia pun setuju.

    orang kapir yang adil lebih aku hormati dari orang Islam yang zalim, penipu, pemfitnah, sombongok dsb.

    ReplyDelete
  3. Klu dh sakit berundur je le.nasihat aku duduk kat je kat rumah jaga cucu2 ke kebun ke atau ke laut saja nak luangkan masa.tak yah le TGHH nak pening2 kepala.tak gitu TGHH.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Nik Amar babat dohhhhh....

    Sebelum kita kata Nik Amar ni tak cerdik, elok kita kenal siapa Nik Amar dalam konteks statem3nt dia ni.

    Pertama, kenyataan Nik Amar ini adalah kenyataan atas dasar parti bukan urusan kerajaan n3geri Kelantan. Kita k3na t3ngok siapa Nik Amar dalam konteks parti PAS.

    Nik Amar ni Timbalan Presiden PAS ke? TIDAK.....Nik Amar ni salah seorang Naib Presiden PAS ke? TIDAKKK.....Nik Amar ni Ketua Penerangan PAS Pusat ke? TIDAK....

    Habis siapa Nik Amar didalam kepimpinan parti PAS? Nik Amar hanyalah AHLI JAWATANKUASA BIASA JKPP PAS sahaja.....maknanya dalam hiraki kepimpinan PAS Pusat, Nik Amar ni taraf awak-awak je!

    Kalau dalam dikir barat, Nik Amar ini hanyalah tukang tepuk tangan je. Tukang tepuk ni xpepun xpe sebab boleh diganti dengan orang lain.

    Jadi kalau taraf awak-awak atau tukang t3puk layak ke Nik Amar nak keluarkan statem3nt yang yang patut dikeluarkan oleh Presiden atau timbalan atau naib presiden atau ketua penerangan je!

    Itulah tahap kecerdikan Nik Amar.Tak reti beza antara kedudukan dia dalam parti dengan kerajaan. Seb3narnya Nik Amar nak balas d3ndam dengan YB Liew Ching Tong yang komen pasal cadangan Nik Amar mahu guna gulotin untuk potong tangan p3ncuri dibawah Hudud Kelantan. Bukan si Liew Ching Tong je yang komen. Presiden ISMA pun tak setuju. Dia suruh Nik Amar cari cara yang lebih moden.

    Tang Presiden ISMA tak pulak Nik Amar nak balas dendam. Tu pasailah kerajaan PAS Kelantan sekarang jadi carca marba dibawah tangan Nik Amar.....kerana Nik Amar terlampau cerdik sehingga apa yang dia kata semua xl3h pakai!

    ReplyDelete
  5. depa ni wajib muhasabah sapa patut keluar pakatan setelah berbagai kolom dah depa buat ! lagi mau tunjuk angkuh & sombong ? ABU & lawan geng pro 'ug' lahanat tu !

    ReplyDelete
  6. Aku rase yg ptut angkat kaki ialah mountdwceller

    ReplyDelete
  7. Semua org yg WARAS
    yg WARAS2 ada "SATU" pegangan!
    sama serupa "SATU" pegangan/PENDAPAT

    ..punca PUNCA
    ..PUNCA rosak bejat/PUNOH dr kepala
    apb "KEPALA" punoh hancur lah sgl2!!

    ddlm organisasi Pas sape jd KEPALA?
    -KEPALA ddlm politik, hadi awe
    -KEPALA "idola" halus,nik aziz

    sbnr2 & sejujur2nya nik aziz sgt2 sgt2 jauh LEBIH dikagumi & jauh LEBIH dihormati drp hadi..

    TETAPI..
    TETAPI kini..
    TETAPI malang skali..

    sejak kebelakangan ini nik aziz telah jd buta buta BUTA & BODOH kpd FITNAH!

    wajib & WAJIB disaksikan bhw nik aziz
    sudah BUTA & BODOH trhadap FITNAH!!

    FITNAH FITNAH!!!
    sudah sudah brp kali FITNAH??
    sudah brp kali hadi mmbuat FITNAH???

    ..nape nape nik aziz diam kelu BISU?
    ..nape jd bodoh tolol BAHALLOL??
    ..nape boleh jd seNAKHODA pula dgn sikakiFITNAH itu???

    Sepatutnya..
    Yg sepatut2nya..
    PECATI! PECAT kaki FITNAH itu!!!

    Sebaliknya..
    kakiFITNAH & kakiPONTENG itu yg mnjd NAKHODA bahkan terus disokongnya!

    ***BUKANkah sipemFITNAH itu lebih besar ONAR nya drp sipmBUNUH???***

    apb KEPALA rosak/bejat PUNOH..
    hancurlah sgl2nya krn buta & BODOH trhadap FITNAH!!!!

    jd lah mrk ularrrMAK & ularMAMAK yg menipu serta MENGELIRUkan hatta mmBODOHkan ummah dgn gelap-MASAALAH demi MASAALAH yg brtambah2!!!

    krn KAPLA @ KEPALA lah puncanya!?



    ReplyDelete
  8. Golongan ni perasan yang mereka di sanjung seperti dulu.padahal golongan mereka kena hentam siang malam tapi mereka pekak je telinga ,buta je mata.sehingga kini TGNA pula masuk gelanggang cu8ba mempertahankan Presideng dan melbel Pasma sebagai minafiq.Kan pening penyokong di buatnya,sepatutnya TGNA sebagai penyelamat tapi beliau juga sibuk memberi pandangan yang berbeza dengan kehendak umum.Kalau dah letij,uzur tak sihat,sibuk,berhenti je le.Lagi satu Pas yang sepetutnya tertendang keluar bukan DAP.Mana letak maruah masa krisis Khlaid bukan main hentam PKR dan DAP tapi bila dah selesai bolih terima pulak jawatan Exco,malulah pada haiwan.

    ReplyDelete
  9. PAS boleh jadi virus jenama BAHALOL yang cuba membodoh kan umat umat manusia di malaysia am nya.

    Ada ter fikir PAS yang bahalol sudah bsnyak membenggap jutaan Melayu dengan hanya jaja jaja Quran Sunnah sahaja.

    Habis jatuh runtuk kualiti akal orang orang Melayu rela di lembu kan oleh leldai keldai ber serban.

    Kekuatan ekonomi pun rendah bagai rumput di bendang kering.

    Agenda yahudi dan nasarani sudah ber jaya sedikit demi sedikit membodohkan otak otak waras bangsa melayu.

    ReplyDelete
  10. Anon 1:42 PM

    Maaf....saya dah lama angkat kaki dari PAS!

    Namun begitu sebelum ini masih menyokong dalam diam melalui derma dan sokongan aktiviti PR. Nampaknya hari ini saya kenalah berdiam terus sebelum PAS tersedar dari mimpi......

    ReplyDelete
  11. sistem demokrasi adalah sistem bahalol..
    hudud dan qisos tak ditegak juga..
    undang2 manusia jugak yg didaulatkan..
    manusia bukan pencipta manusia lain..
    manusia dicipta oleh Allah..
    dan Allah telah cipta undang2 khas untuk manusia..
    Demokrasi oh demokrasi..
    Demos wal kratos..kononnya dari rakyat, oleh rakyat, untuk rakyat..
    nak tanya juga, rakyat yang mana satu yang demokrasi bela ?..
    Walhal, demokrasi diwujudkan hanya untuk melindungi undang2 taghut buatan manusia, dan memerangi perlaksanaan undang2 Allah swt..
    Lihat saja di mesir pasca kemenangan ikhwanulmuslimin melalui jalan demokrasi..
    Sungguh tak patut jika dipatuk di lubang yang sama untuk berkalikali..
    Soalannya ialah ''damned or crazy ?''

    ReplyDelete
  12. Anon 4:15PM

    Kalau laksana Hudud pun adakah Malaikat yang akan turun ke bumi dan menjadi hakim yang mengadili dan menjatuhkan hukuman mengikut Hudud?

    Islam ala Adi Awe dan Nik Amar yang kamu nak harapkan melaksanakan Hudud? Di mahkamah sivil pun kongkalikog bercakap bagi menidakkan fitnah pil kuda terhadap Islam yang lain. Kalau setakat berceramah dan asyik mengkafirkan orang lain yang tidak sependapat dengan beliau, itu memang beliau kompeten.

    ReplyDelete
  13. Presiden ego, TPP Kelantan angkuh, MSU bongkak dan MA pula dah mula hanyut, perjuangan dasar PAS yg murni habis dilanggar oleh saf kepimpinan yg dahulunya dipandang tinggi, dihormati dan dipercayai tapi kini tidak lagi. Merekalah yg memberi imej negatif pd parti. Amat malang sekali.

    Ahli PAS (masih lagi, sokongan belum pasti)

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa