Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 17, 2014

Puuloook.......!

Timbalan MB: Laporan isu gilotin tidak tepat
WARTAWAN SINAR HARIAN
16 November 2014

SHAH ALAM - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah mendakwa laporan berita sebuah portal melibatkan isu gilotin yang disiarkan hari ini kurang tepat.

Melahirkan kekesalan atas perkara itu, Mohd Amar selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Kelantan melalui Setiausaha Sulit Kanannya, Mohd Khairil Hazmie Yusof menjelaskan, kaedah penggunaan gilotin itu telah dicadangkan wartawan yang menghubunginya itu.

"Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah selaku Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Hudud Negeri Kelantan melahirkan rasa kesal dengan laporan tidak tepat dan menimbulkan salah faham masyarakat berhubung kaedah penggunaan 'gilotin' berkenaan.

"Sehubungan dengan itu, suka dimaklumkan bahawa apa yang berlaku dalam perbualan telefon tersebut adalah wartawan berkenaan yang telah mencadangkan kaedah 'gilotin' berkenaan berdasarkan 'pandangan awam'," kata Mohd Khairil dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Mohd Amar telah memaklumkan bahawa cadangan berkenaan boleh dipertimbangkan dan dibincangkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Hudud selepas kajian dilakukan.

"Justeru, mengaitkan beliau dengan cadangan berkenaan adalah kesilapan wartawan berkenaan yang seterusnya akan menjejaskan kefahaman masyarakat dan menimbulkan kegusaran.

"Seterusnya merosakkan imej kerajaan negeri yang dalam rangka mendidik orang awam bagi memahami dan menerima hukum hudud," katanya.

Sebelum ini, Mohd Amar dilaporkan berkata, pihaknya  menghadapi kesukaran untuk mencari kaedah paling sesuai untuk memotong anggota badan seseorang yang disabitkan kesalahan mencuri dan gilotin mini menjadi pilihan.

Gilotin adalah peralatan yang digunakan untuk memotong kepala Raja Perancis Louis XVI dan permaisurinya Marie Antoinette ketika zaman Revolusi Perancis 1793.

6 comments:

  1. Abe

    Ni la yang ambo dok bimbang pasal Nik Amar ni. Bila timbul cerita gilotin ni, kita dah tahu dia dah mula babat - penyakit lama mari balik. P3nyakit bercakap pakai k3pala lutut yang primitif.

    Bila orang mula mempersoalkan apa yang keluar dar8 mulut dial, dia salahkan orang. Dah tahu isu sensitif, tak cerdiklah bercakap melalui talipon. Suruh datang ke pejabat, berdepan supaya tak salah lapor.

    Kalau ya pun saranan pemberita, m3ngapa pergi bersetuju. Sepatutnya Nik Amar dah bol3h baca bahawa gilotin ini akan m3njadi satu isu yang bol3h memburukkan hudud. Seperti biasa Nik Amar slow, lembab -kita semua dah tahu.

    ReplyDelete
  2. bahalol !

    macam mana PAS boleh jadi parti politik pun tak tahu lah.

    yang pasti , semua dalam PAS nak jadi ketua dan bagi cakap cakap yang membahalol kan orang ramai.

    sekejap ada , sekejap tak ada.

    ini standard bahalol dan kepimpinan orang orang yang gagal.

    ReplyDelete
  3. Jokowi jd Presiden,
    -semua ahli kabinet istihar HARTA
    -lambang AMANAH telus INTEGRITY
    -TAK perlu sebut2 parti Islam/HUDUD

    Lim Guan Eng jd KM,
    -semua adun/exco istihar HARTA
    -Integrity Trnsperency
    -AMANAH elak SUBAHAT & keraguan rkyt
    -TAKde pompang2 cakap fakeh/WALAQ ULAMAK dan HUDUD

    LIHAT
    LIHAT & LIHAT
    LIHAT & SAKSIkan lah!
    BANDING BANDING kan lah!!

    Nik Aziz,Hadi,Azizan,Ahmad Yaakob-MB
    -TIADA seorg pon BERANI buat/istihar
    -SEMUA sorok dlm spender XXXL putih
    -Sorok sembunyi dlm GELAP mcm UG dgn setan2 yg dikenali!?
    -mana dtg DUIT slalu gi LONDON?
    -mana dtg BMW velfire miniCooper?
    -ada, ada ke profesional AUDITOR??
    -TETAPI sgt2 gah konon2 parti Islam
    -sikit2 guna ayat FAKEH/WALAQ/HUDUD
    -BUKAN main "PERASAN" sbg ularrMAK?

    JAWAPAN yg sgt2 TERANG/mudah..
    DUIT dpt mencurah2 slps brSELINGKUH berUG dgn umporno setan dikenali
    Slps FITNAH pilkuda
    Slps khianat tindih krusi Kota Dsara
    -mudah sgt dpt duduk diPERANSANG
    -mudah sgt dpt ESOS 500000!
    -mudah nya mnTEKEDARAH harta ummah!

    Lagi sgt2 MUDAH dpt DUIT apb sggup berkongsi HUDUD dgn setan2 yg dkenali itu nanti...

    Coba tanya Nik Aziz???????
    Islam apa ke jadahnya begituu?
    Hudud apa yg DOUBLE standard itu??

    Sape yg sepatutnya kena HUDUD & kena POTONG dgn GELOTIN terlebih dahulu?????
    -adakah yg slalu gi LONDON itu bukan hasil songlap PEROMPAK?
    -adakah yg dpt ESOS pakai BMW itu bukan hasil MENCURI??
    -bukankah si pmFITNAH itu lebih jahat drp si pemBUNUH???

    Islam Islam itu terang BENDERANG!
    Jelas TELUS walau SATU SEN skali pon!

    ReplyDelete
  4. Salam

    Pada zaman sekarang yg keimanan dan jatidiri umat islam yang tidak sehebat zaman sahabat2 Nabi S.A.W. Apakah berani mana pemimpin pas tgna, Tghh dan lain yg dlm Pas melaksanakan hukuman hudud kepada anak atau menantu jika berlaku jenayah seperti yg memerlukan potong tangan. Saya berani kata akan adalah helah utk mengagalkan pelaksanaannya.

    ingatlah wahai pemimpin pas yg hendak sangat kepada hudud apakah kamu sudah persiapkan diri kamu anak bini kamu dan kaum kerabat kamu dan rakyat amnya akan hakikat takwa, ketaatan dan ketakutan hanyalah kepada Allah SWT semata mata dan juga nafsu juga tunduk kepada keimanan kamu.

    Jika itu tiada dalam kalangan kalian usahlah bermain dengan hudud sedangkan hukuman yg diciptakan oleh manusia dan fakta yang ditunjukan kepada kamu pun masih ada usaha utk dielakkan tanpa sekelumit rasa bersalah pun didalam diri kamu semua.

    Buatlah dan tonjolah islam dari sudut yang lebih positif dan memberi kesan kepada imej islam itu sendiri.

    saya tidak menentang hudud tapi benci pada manusia yang menjadikan hudud sebagai senjata politik semata2 tanpa ada persiapan yang menyeluruh dalam diri dan batang tubuh itu sendiri.sedangkan dalam minda dan hati itu sendiri masih berperang dengan segala kepentingan sebagaimana yang sudah kita nampak kepada pemimpin pas terutama apa yg belaku di kelantan selepas pasca pru 13 tempoh hari.

    sekian, wasalam

    ReplyDelete
  5. PAS hanyalah jaja jaja Islam dan Agama untuk cari makan.

    PAS haya lah bacul ber banding undang undang Islam yang sudah di laksana di Afghanistan , Pakistan , juga Saudi Arabia.

    PAS bising bising jaja jaja Islam agar dapat undi dan tadbir kerajaan negeri serta makan minum free hasil negeri.

    Pemimpin PAS bukan nya maksom pun , semua ada nafsu manusia tetapi lebih burok menjaja jaja ayat ayat Quran tuk cari makan.

    ReplyDelete
  6. Manusia seperti Nik Amar dan Ahmad Yakoob ini mahu diberi tanggungjawab melaksanakan Enakmen Hudud di Kelantan? Maka habislah semua seteru beliau akan dituduh mencuri dan dipotong tangan. Orang pertama yang akan dipotong tangan adalah Husam Musa (musuh ketat beliau). Macam mana TG Nik Abd Aziz bin Nik Mat yang katanya bijaksana dan terlalu berkredibiliti boleh memilih 2 ekor beruk jantan ini sebagai MB dan Timbalan MB? Rasanya orang tua ini jauh labih nyanyuk dari Tun Mahathir Muhammad - sekurang-kurangnya Tun Mahathir mempunyai anak yang bijak berniaga dan berfikiran kritis berbanding anak TG Nik Abd Aziz (Nik Abduh yang dilihat asyik menghulur tangan meminta sedekah dari UMNO untuk membiayai Honda Elayson dan Mini Coopernya setelah keluar dari ISA dahulu.......(cerita ini mungkin kamu semua anggap fitnah, tapi sila buat kajian dan hasilnya tak mustahil langsung manusia begini wujud dalam negara yang harga minyak naik setiap minggu).

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa