Gagal hadir, Speaker bidas Rafizi
Saya (Pandikar Amin) difahamkan ahli parlimen Pandan kurang sihat tetapi dokumen yang saya tunggu sejak Khamis belum sampai kepada saya.
KUALA LUMPUR: Tindakan Ahli Parlimen Pandan (PKR) Rafizi Ramli yang gagal menghadirkan diri ke Parlimen hari ini dibidas Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia ketika beliau ingin membuat ruling usul Rafizi yang mahukan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan.
Jelas, Pandikar Amin beliau sudah bersedia membuat ruling tetapi ahli parimen Pandan itu tidak hadir.
“Saya difahamkan ahli parlimen Pandan kurang sihat tetapi dokumen yang saya tunggu sejak Khamis belum sampai kepada saya. Dokumen dari Kementerian Kewangan saya sudah terima,” katanya seperti yang dilapor BNBBC.
Minggu lalu, Pandikar Amin berkata, beliau berjanji akan membuat keputusan atau ruling terhadap usul Rafizi terhadap Ahmad Maslan yang didakwa mengelirukan Dewan apabila memberi jawapan berhubung isu 1MDB di Parlimen.
Sebelum ini beliau juga meminta Rafizi dan Ahmad Maslan untuk mengemukakan dokumen masing-masing untuk dijadikan rujukan sebelum membenarkan usul berkenaan dibahaskan.
Sementara itu Ahmad Maslan memberitahu pihaknya telah menyediakan dokumen serta pegawai-pegawai Kementerian Kewangan bagi berdepan usul itu jika diterima dan dibahaskan di Dewan Rakyat.
elehhh rapizi.......
ReplyDeletelebih krg amat mazlan jugak.
puiii
speaker kuat pun geng bahalol jugak
ReplyDeletebila rafizi mintak senyap senyap saja , 1MDB bungkus 42bilion satu negara jugak bungkus sekali lah.
geng geng bahalol jaga geng geng bahalol jugak !!!!