Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 18, 2014

Menjanda Lagi.......

Shima Enggan Fikir Soal Lelaki Selepas 4 Kali Cerai
Diterbitkan: Selasa, 18 November 2014 12:32 AM
Oleh: FERIDE HIKMET ATAK
Shima mahu hidup sendirian tanpa perlu memikirkan hendak bernikah lagi. Foto RAFIQ RAHMAN

PETALING JAYA: Penyanyi popular 1990-an, Shima mendedahkan dia sudah kembali solo sejak dua tahun lalu selepas bercerai dengan rakyat Kanada yang dikahwininya pada tahun 2003.

Shima atau nama sebenarnya Ku Nazhatul Shima Ku Kamarazzaman, 45, berkata, ia merupakan perceraiannya buat kali keempat dan dia tidak mahu lagi memikirkan tentang pasangan hidup.

"Empat kali berkahwin, empat kali juga bercerai. Ingatkan yang terakhir sebelum ini dapat bertahan lama, tetapi jodoh kami tidak panjang.

"Kerana itu kami bercerai dua tahun lalu dan sekarang saya kembali solo. Cukuplah dengan alam berumahtangga. Bukannya serik, tetapi saya rasa hidup sendirian seperti sekarang lebih membahagiakan," katanya kepada mStar Online.
Tambah Shima, bagaimanapun dia tidak akan menolak sekiranya ditakdirkan bertemu dengan jodoh lain kerana ia adalah ketentuan Ilahi.

Selain dengan rakyat Kanada itu, Shima pernah mendirikan rumah tangga dengan pemain keyboard kumpulan The Boys iaitu Satiman pada tahun 1990 dan bercerai pada tahun 1994.

Dia  juga pernah berkahwin dengan seorang guru bernama Khairun Lamb pada tahun 1996, namun mereka bercerai pada 1998. Bagaimanapun Shima enggan berkongsi identiti individu ketiga yang dikahwininya.

Shima
Sementara itu, Shima juga tidak pernah berasa sunyi tanpa teman kerana aktiviti hariannya sentiasa terisi dengan pelbagai kerja-kerja nyanyian selain meluangkan masa bersama lima ekor kucing kesayangan.

"Dulu masa awal-awal bercerai, memanglah rasa sunyi, tetapi lama-lama rasa itu hilang lebih-lebih lagi apabila hari-hari kita diisi dengan pelbagai aktiviti.

"Sekarang ini saya rancang mahu kembali aktif dalam industri seni muzik tempatan. Lagipun saya dah lama tak keluar album. InsyaAllah pada tahun hadapan saya akan muncul dengan single lagu baharu," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Shima kini terlibat dengan pertandingan nyanyian Gegar Vaganza, yang menampilkan penyanyi-penyanyi yang pernah popular sebelum ini.

"Alhamdulillah, saya ditawarkan menyertai pertandingan ini selepas setahun menamatkan kontrak menyanyi di sebuah hotel.

"Bagi saya, ini satu cabaran baik untuk saya memantapkan diri semula sebelum muncul dengan single lagu baru," tuturnya.

Antara penyanyi lain yang turut terlibat termasuklah Mamat (Exist), Rahmat (Mega), Hasnol, Fazli Zainal, Sam (Innuendo), Ayai (Ilusi), Haleeda, Sharifah Zarina, Ifa Raziah dan Adilla.

Gegar Vaganza bersiaran bermula 16 November 2014 setiap Ahad, pukul 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Maya HD (135).

Shima sebelum ini pernah popular menerusi lagu Di Sebalik Sejuta Wajah, Setelah Aku Kau Miliki  dan Teringin.

10 comments:

  1. Shima sudah 45 masih montok lagi yea. Kalau masok PAS tok guru tok guru otak boleh waras balik kot....

    Montok kemut kuat tau , macam menjala ikan todak di hujung marang.

    Uzur pun boleh teguh bak pkok kelapa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 8.47 Kau bg kat bapak kau aje shima ni.. dh mati pun boleh hidup balik..terpacak anu' nya x mau kendur... phuii.. bangsat punya manusia.. cilaka lah kau tujuh keturunan.

      Delete
  2. awat pi promosi makcik ni? ada ape2 ke? ;)

    ReplyDelete
  3. Anon 9:48 AM

    Takda apa-apa saudara. Hanya selingan dan santai pagi saja setelah banyak isi blog dengan hal-hal yang berat.

    Selepas subuh tadi terjumpa pulak hal makcik ni. Kebetulan pula dia ni satu geng pulak dengan JJ dan lock kawan rapat saya di masa awal remaja.

    ReplyDelete
  4. 3 Suami Melayu boleh tahan lagi, kena 1 orang Suami Mat Salleh dah jadi macam ayam pencen dah. Shima kena banyak bersenam dan berjogging supaya kekal kurus seperti Ella...

    ReplyDelete
  5. rocky the great brown unused dick says: amende laa cakap pasal bodi makcik tu.. tak jaoh beza dengan minah2 Filipina kat gereja st john, kalo terasa sangap nak layan batang reput tu, gi la sana tiap2 ahad pagi, boley sangkut sekor dua.. kalo naseb baek ade muka macam saipul bukori siap bawak ky lagi kikikikicdm25kiki

    ReplyDelete
  6. It's fantastic that you are getting thoughts
    from this post as well as from our argument made here.



    Here is my web page ... Plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  7. This website was... how do you say it? Relevant!!
    Finally I have found something that helped me. Thanks a lot!



    Look into my page; plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete
  8. I don't even know how I ended up here, but I thought this post was great.
    I do not know who you are but certainly you are going to a famous blogger if you are not already ;) Cheers!


    Check out my blog post :: plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa