Barulah BN akan dapat undi 100%
Pada masa itu BN nak gadai negara pun tidak akan bantahan!
Pengundi Cina perlu sentiasa berada di pihak kerajaan – Syed Ali
Syed Ali sokong peringatan Najib kepada pengundi Cina supaya saling hormat menghormati untuk memastikan negara terus aman.
PETALING JAYA: Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata prestasi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan 13 yang lalu begitu ketara menunjukkan sokongan orang Cina terhadap calon BN terutama UMNO telah merosot.
“Ini jelas membuktikan orang Cina mula menyokong pembangkang, sikap itu kena ubah dan mereka (pengundi Cina) sewajarnya sentiasa berada di pihak kerajaan,”katanya.
Menurut Syed Ali, beliau mendakwa pengundi Cina terpengaruh dengan dakyah pembangkang yang meniupkan sentimen perkauman dan anti-Melayu dengan sengaja mempertikaikan kedudukan orang Melayu di negara ini.
Sehubungan itu, beliau menyambut baik ingatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kepada masyarakat Cina supaya sensitif terhadap orang Melayu seperti mana orang Melayu bertindak sama terhadap kaum tersebut bagi memastikan negara terus aman dan harmoni.
“Apa yang diluahkan oleh Najib yang juga Presiden UMNO adalah satu realiti, bukannya cakap-cakap politik dan masyarakat Cina perlu bersikap lebih terbuka.
“Selaku pemimpin UMNO, saya menyokong penuh peringatan Najib, ianya penting bagi memastikan kestabilan negara dan keharmonian antara kaum di negara ini kekal terpelihara,” jelasnya dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Najib, ketika berucap menutup Perhimpunan Agung Parti Liberal Demokratik (LDP) di Kota Kinabalu, semalam (Ahad) menegaskan, pentingnya kedua-dua kaum itu termasuk kaum lain memiliki sikap‘mutual respect’ atau saling hormat-menghormati antara satu sama lain berdasarkan kepada tunjang Perlembagaan Persekutuan dan kontrak sosial.
Syed Ali menyarankan bukan Melayu terutama orang Cina mengambil sikap yang sama sepertimana orang Melayu yang banyak bertolak ansur dan memahami kepentingan masing-masing dalam membentuk konsep negara berbilang kaum.
“Bukan Melayu harus menerima realiti bahawa ketuanan Melayu dan bahasa kebangsaan tidak boleh persoalkan, Islam sebagai agama rasmi tidak boleh diganggu-gugat, dicela serta diperlekehkan.
“Bukan Melayu tidak sepatutnya bersikap terlalu prejudis dan iri hati terhadap orang Melayu dan umat Islam di negara ini,” ujarnya.
umno rasis .... mca rasis .... mic rasis ....rasis umno yang paling teruk dengan perkasa, dengan pekida, dengan isma dan macam-macam lagi .... aku ni melayu pun menyampah dengan umno bab rasis ni .....
ReplyDeletebudak bahalol ini bising bising poolitik saja.
ReplyDeletebudak bahalol mana ada duit,
semua mentedarah duit Cina siang malam , nak harap duit Arab ke Melayu ke , mana ada.
Arab dan Melayu pun mentedarah duit Cina siang malam.
Eh , orang orang Arab dan orang orang Melayu asal usul bangsa kaya raya ke ????
Bukan kah orang orang Arab dan orang orang Melayu rata rata malas , bahalol , dan suka di suap siang malam kan.