Yang aku tahu mereka kata peranan mereka untuk pastikan PAS kekal dan bekerjasama di dalam PR
Tapi cara pelaksanaan kerja mereka bagaimana?
Kaedahnya bagaimana?
Setakat ini yang aku nampak mereka masih berperang dengan golongan pro Ulama di dalam PAS
Nik Aziz pula memfatwakan PasMa adalah golongan munafiq setara dengan Abdullah bin Ubai!
PasMa : Tindakan Majlis Syura merugikan PAS
Tindakan Majlis Syura akan memberi satu gambaran kepada masyarakat seolah-olah PAS ini tertutup dan setiap ahli PAS perlu taat terhadap sesuatu larangan tanpa banyak soal.
IPOH: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad berkata tindakan Majlis Syura Ulama PAS yang melarang ahli PAS daripada menyertai program anjuran Persatuan Ummah Sejahtera (PasMa) merupakan tindakan yang merugikan.
Katanya tindakan Majlis Syura membuat keputusan tersebut tanpa membuat huraian yang jelas akan mengundang tanggapan negatif masyarakat terhadap PAS.
“Ia akan memberi satu gambaran kepada masyarakat seolah-olah PAS ini tertutup dan setiap ahli PAS perlu taat terhadap sesuatu larangan tanpa banyak soal,” katanya seperti yang dilaporkan Sinarharian.
Katanya, mengikut pelembagaan PAS , tidak menjadi kesalahan sekiranya ahli PAS yang ingin menjadi ahli dalam mana-mana NGO malah kerjasama tersebut juga telah dinyatakan dalam perlembagaan parti.
PAS sewajarnya meneliti semua cadangan dan pandangan setiap pihak dalam parti sebelum sesuatu arahan itu dikeluarkan secara rasmi, memandangkan badan bukan kerajaan (NGO) itu diwujudkan bagi memperkukuhkan Pakatan Rakyat khususnya bagi menghadapi PRU14 nanti.
“Ada orang marah kerana pandangan saya bercanggah dengan Majlis Syura Ulama tetapi kalau kita lihat semula dari konteks keterbukaan, setiap pandangan itu perlu dipertimbangkan,” katanya.
Tambah Khalid, pemimpin PAS juga perlu berani untuk memberikan pandangan dan penjelasan yang jelas kepada ahli parti khususnya ketika mendepani isu atau masalah dalaman parti.
Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui matlamat sebenar penubuhan PasMa kerana kewujudan badan bukan kerajaan (NGO) itu masih lagi kabur.
PasMa dan PAS dua dua pun bahalol.
ReplyDeletePok Nik sudah panggil PasMa munafik pulak walhal mamat Munafik Tegar masih di agung agung kan. Semua dalam PAS sudah jadi bahalol dah...
Bubar saja lah PAS tu semua terjun laut jadi nelayan lagi elok.