Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 17, 2014

Kesian.....!

Kesian...pemimpin pelajar jauh lebih matang daripada bekas naib canselor universiti
Shahbudin Husin

SUARA LANTANG: Walaupun Tan Sri Ibrahim Abu Shah pernah menjadi Naib Canselor Uitm sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO dan baru-baru ini dianugerahkan jawatan Senator pula, kemampuan dan kematangannya kini benar-benar diragui.
Dalam reaksinya mengenai kebebasan akademik yang melibatkan Presiden Persatuan Mahasiswa UM, Fahmi Zainol sehingga dihadapkan dengan tindakan disiplin serta kemungkinan ditarik biasiswanya oleh JPA, Tan Sri Ibrahim mengingatkan bahawa tiada kebebasan mutlak dalam apa juga perkara.
Beliau kemudian memberi contoh kebebasan mutlaknya adalah berbuat apa saja termasuk bertelanjang bulat di khalayak ramai, tetapi mengatakan sudah tentu perkara itu tidak boleh dilakukannya kerana ia menyalahi undang-undang dan membuatkannya boleh ditangkap.
Sehubungan itu, tegas Pengerusi Biro Pendidikan UMNO itu, Fahmi haruslah reda jika tindakan dikenakan terhadapnya, termasuk biasiswanya ditarik oleh JPA kerana kebebasan yang cuba diperjuangkannya itu.
Meskipun baru berusia 23 tahun berbanding Tan Sri Ibrahim yang menjangkau 64 tahun, Fahmi membidas tindakan mengumpamakan kebebasan akademik dengan bertelanjang di khalayak ramai serta menyifatkannya "tidak ilmiah, sangat memalukan dan menunjuklan akhlak yang tidak baik sebagai ahli akademik".
Pandangan seperti itu, menurut beliau yang baru-baru ini menganjurkan pidato melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sama sekali tidak menunjukkan pembacaan dan penilaian mengenai kebebasan akademik.
Lagi pula, tambah Fahmi, kalau Tan Sri Ibrahim mahu bertelanjang di khalayak ramai, tiada siapa pun yang sudi menengoknya.
Tidak dinafikan bahawa Tan Sri Ibrahim bukan saja salah dalam perbandingannya, malah seolah-olah dalam pemikirannya penuh gejala-gejala jahat yang berunsur seks semata-mata. Sebagai ahli akademik, sudah tentu banyak perumpamaan lain yang boleh dipilihnya selain telanjang,  sesuai dengan tahap pemikiran dan kedudukan yang pernah diraihnya.
Menilai pandangan Tan Sri Ibrahim itu, orang tentunya akan mengatakan Fahmi jauh lebih matang, terpuji serta bersih pemikirannya.
Terbaru pula, beliau mengatakan adalah sesuatu yang malang bagi orang-orang Melayu sekiranya UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang ini serta dibimbangi menjadikan mereka tidak mampu memerintah negara ini buat selama-lamanya.
Sekali lagi, luahan kebimbangan bekas Naib Canselor UiTM itu tersasar jauh dan tidak masuk akal sama-sekali. Kehilangan kuasa UMNO hanyalah menyebabkan kesedihan kepada orang Melayu dalam parti itu saja tetapi mungkin berita gembira buat yang lain. Tidak semua orang Melayu sedih dengannya.
UMNO sudah hilang kuasa di Selangor dan Kelantan, tetapi adakah Melayu terpinggir, malang dan sengsara? Jika kekalahan UMNO sesuatu yang malang, tentulah tidak mungkin kekalahan parti itu makin merosot di Selangor pada pilihanraya 2013 berbanding 2008 serta Pas terus berkuasa di Kelantan sejak 1990 lagi?
UMNO juga pernah hilang kuasa di Perak, Kedah dan Terengganu sebelum ini tetapi adakah penggantinya daripada bangsa lain? Pernahkah bangsa lain menjadi Menteri Besar di Kedah, Terengganu dan Perak? Kenapakah merendahkan tahap pemikiran sendiri dan tidak mahu menerima hakikat bahawa parti yang sedang menyaingi UMNO juga adalah diketuai oleh pemimpin-pemimpin Melayu dan Islam?
Jika Pulau Pinang yang dikuasai oleh DAP ingin dijadikan perbandingan, ketika BN berkuasa dahulu pun yang mengetuai kerajaan negeri itu adalah Gerakan walaupun UMNO yang memenangi lebih banyak kerusi DUN.
Hakikatnya, dalam dunia dan pemikiran sekarang ini, tiada isu mengenai kebimbangan Melayu hilang kuasa atau tidak mungkin bangkit semula jika UMNO kalah dalam pilihanraya akan datang. Selain penggantinya masih juga Melayu, yang lebih diutamakan oleh rakyat ialah pengurusan kerajaan yang yang lebih baik, kecekapan, ketelusan dan tiada lagi pembaziran serta rompakan wang negara sesuka hati.
Apakah gunanya menjual dan mengagungkan nama Melayu jika negara makin miskin dan hutang makin meningkat? Apakah boleh diharapkan UMNO untuk terus membela bangsanya sendiri jika sepanjang sejarahnya berkuasa, tanah rezab Melayu makin berkurangan dan hanya sekelompok kecil Melayu saja yang membolot kekayaan negara ini?
Kepercayaan Tan Sri Ibrahim seolah-olah hanya UMNO yang boleh membela Melayu bukan saja bercanggah dengan ajaran Islam, malah memperkecilkan daya pemikirannya sendiri. Beliau tidak saja patut malu kepada Fahmi Zainol yang jauh lebih matang daripadanya dalam isu kebebasan akademik, malah seharusnya juga malu kepada dirinya sendiri kerana masih berlegar dengan hujah dangkal dan cetek untuk mempertahankan kuasa UMNO yang tidak sepadan langsung dengan tahap pendidikan dan sejarah kerjayanya sebelum ini.

4 comments:

  1. najib amat risau prestsi BN pad PRU 14 nanti berhadapan dgn Pembangkang. Tapi yg dia patut lebih risau ialah CARA BN menangani masalah rakyat yg semakin bernanah sekarang.Yg kaya semakin kaya kaut duit rakyat, rakyat yg miskin tambah derita. Stop the BR1M n buat projek langsung kepada rakyat. Cabaran utama BN bukan pembangkang tapi adalah RAKYAT yg naik menyampah dengan prestasi BN.

    ReplyDelete
  2. Tetiba kakak teringat kisah budak yg memberi idea dari kisah S'pura dilanggar todak. Takut kuasa budak itu dihukum bunuh.

    Tak kan nak jadi sampai macam itu pulak.. Rakyat semakin celik sekarang ni.

    ReplyDelete
  3. Tamatnya kuasa Umno bermaknanya hilangnya kuasa Melayu Umno dan hancur berkecai jawatan tinggi dan kedudukan perstij TS Ibrahim Abu Shah.Hanya dapat pencen TNC Uitm sahaja.Inilah yang merisaukan ramai orang Melayu yang sewaktu dan sedondonnya Ibrahim Abu Shah.Biarkan luncai terjun dengan labunya.Kalau Umno tiada,pemimpin dan parti akan datang dan pergi.Ianya akan diganti dengan orang Melayu dari parti lain pula.Berfikirlah dengan waras dan jangan berfikir seperti mereka yang membuat sesuatu anologi dengan hal hal yang lucah dan penipu.Kalau tidak berani berubah tidak akan mengecap niknat perjuangan.

    ReplyDelete
  4. tan sri bahalol , bukan macam tan sri dulu dulu zaman 70an.

    fahmi tu bawa kebenaran , tapi tan sri takut tak dapat pencen BR1M bila dah pencen2. tau tau lah , se umur hidup di suap gomen siang malam mentedarah keringat rakyat.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa