Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 17, 2014

Pokoknya Adalah Mabuk Atau Tidak?

Walau pun tanpa alkohol kalau memabukkan tetap haram
Dan bagaimana pula dengan jenama?

Adakah ini juga salah satu cara Yahudi dan Nasoro menyesatkan umat islam bila kebangkitan Islam di Eropah sudah tidak terbendung lagi?

Wiski dan vodka halal akan mula dijual di Eropah

AFP RELAXNEWS |Kemas kini:November 16, 2014
(Diterbitkan pada: November 16, 2014 19:14 MYT)
ArKay Beverages


Minuman vodka dan whiskey halal yang dijual syarikat ArKay Beverages

Selepas melancarkan barisan produk minuman keras halal tanpa alkohol, syarikat ArKay Beverages kini mengembangkan lagi perniagaannya dengan mencipta minuman vodka dan wiski halal.

Dua produk tersebut dijangka bakal menembusi pasaran Eropah tahun hadapan.

Produk-produk Arkay sebelum ini berjaya menarik minat penggemar yang rata-ratanya adalah orang Islam, wanita mengandung dan pemandu tegar yang merupakan golongan yang tidak boleh mengambil minuman beralkohol.

Menurut presiden Arkay, Sylvie Grattagliano, wiski dan vodka halal akan mula dijual pada tahun 2015 di negara-negara seperti Itali, Sepanyol, Jerman, Belanda, England serta negara yang mempunyai populasi orang Islam teramai di Eropah Barat iaitu Perancis.

Selain vodka dan wiski, Arkay akan turut mengeluarkan minuman keras halal tanpa alkohol jenis brandi, gin, amaretto dan blue curacao.

Jenama ArKay buat masa ini boleh didapati di Amerika Syarikat, Australia, Mexico serta mula mendapat tempat di sekitar Eropah.

Kebanyakan penggemar jenama Arkay berkata, mereka membeli produk ini kerana rasanya yang menarik dan tidak membahayakan kesihatan seperti pengambilan minuman keras.

8 comments:

  1. Salah satu tanda2 kiamat dan bertambah hampir rasanya kiamat.

    Ni lah yang di maksudkan Nabi SAW bahawa ORANG MINUM KHAMAR (ARAK) DAN MENAMAKANNYA BUKAN KHAMAR ATAU BUKAN ARAK.

    Wallaahu A'a-lam.

    ReplyDelete
  2. tak perlu minum sudah...

    kecuali lah dah dharurat , minum lah selagi tak mabuk.

    jangan di bawa kat malaysia , nanti bebudak melayu lagi burok perangai dari mamat mamat kapir lahanat.

    tau tau lah , anak anak Melayu rata rata Bahalol kuat meniru tanpa pikir.

    ReplyDelete
  3. Macam Guiness Malta (syarikat Stout) juga tanpa akohol tapi tiada tulisan halal cuma non-akohol. Perlu diingat ianya dikeluarkan dari kilang dan gudang yang sama. Sinonimnya goreng ayam yang disembelih cara Islam di dalam kuali yang sama selepas menggoreng daging Khinzir. Hukumnya halal dimakan kah oleh penganut Islam?

    ReplyDelete
  4. mohon linkkan blog ambo tuan blog.terima aksih..salam perjuangan

    http://siasahkini.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. siasah

    Blog saudara telah pun saya senaraikan di dalam senarai bloglist blog ini.

    ReplyDelete
  6. kalau bukan alkohol, tak mabuk..cukup syarat ke nak panggil vodka whiski?

    minum je la air lain..banyak lagi yang betul-betul halal :)

    ReplyDelete
  7. My developer is trying to persuade me to move to .net
    from PHP. I have always disliked the idea because of the costs.
    But he's tryiong none the less. I've been using Movable-type on several websites for about a year and
    am anxious about switching to another platform. I have heard excellent things about blogengine.net.
    Is there a way I can import all my wordpress posts into it?

    Any kind plenty of fish dating site of free dating help would be greatly appreciated!

    ReplyDelete
  8. This information is worth everyone's attention. When can I find out more?


    Here is my page plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa