Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 18, 2014

Siapakah Yang Menjadi ‘Life support’ Kepada UMNO?

Najib mungkin pemimpin Umno terakhir dalam k'jaan

HARAKAHDAILY | .
KUALA LUMPUR: Umno wajar mencari seorang yang boleh mencari penyelesaian kepada isu besar parti itu dan juga kepada masalah-masalah negara yang terlalu besar dan berat untuk diselesaikan.
"Penyelesaiannya hanya akan mampu dilakukan oleh seorang pemimpin yang tidak mempunyai kontroversi dan dihormati oleh semua pihak," tulis Aspan Alias dalam blognya.

Menurutnya, barisan pimpinan hari ini tidak akan membawa Umno kepada ‘lubang kubur’ yang dalam dan apabila ia terjadi, Umno tidak akan mampu bangun lagi.

Beliau berpandangan, pemimpin Umno hari ini sanggup dan merelakan partinya hancur semata-mata mahu mengekalkan kuasa dan rakusnya itu.

"Najib dan pimpinan hari ini mungkin merupakan pemimpin Umno yang terakhir dalam kerajaan jika tidak berani dan mempunyai kudrat untuk berundur dan berkorban untuk parti yang telah menaikkan beliau dan rakan-rakan mereka sekarang ini," tulisnya lagi.

Tambahnya, tidak ada siapa yang mengambil perhatian terhadap kata-kata dan tindakan Najib sekarang ini selain dari mereka yang mendapat laba yang masih menyokong beliau.

Katanya, Umno sedang menghadap penyakit tua, hanya pandai bengis dan marah-marah dengan semua pihak kerana pemikiran dan tubuh mereka sudah tidak lagi berfungsi seperti biasa.

"Sesungguhnya kepimpinan Najib sedang menghampiri ‘brain death’ yang hanya mampu kelu dan tidak berfungsi lagi walaupun masih belum diisytihar mati secara rasminya," ujarnya lagi.

4 comments:

  1. Baik tulisan Aspan Alias ini. Tapi sayang sekiranya kita mengikuti dari mula beliau aktif menulis sebelum PRU13 (setelah kecewa tak dicalonkan sebagai ADUN DAP di PRU13), semua komen-komen beliau seperti "tergantung tak bertali" atau komen "kerajaan langit", tanpa ada suggestion kepada jalan penyelesaian. Yang lebih menonjol apabila asyik memenangkan PAS dan Adi Awe dan secara tak langsung menyerang dan memperlekehkan DAP, PKR dan secara terang-terangan anti-Anwar habis-habisan. Mungkin kerana beliau kecewa bekas bos S46 (Ku Li) tak dinaikkan sebagai pemimpin No. 1 negara barangkali. Sebenarnya penjenguk blog pun sensitive juga terhadap penulisan yang dilihat senget sebelah dan kurang kredibiliti. Untuk blog ini (Mountdweller) saya tak pernah ketinggalan menjenguknya pada setiap hari atas dasar terbuka dan kritis. Terima kasih Admin....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama pandangan spt anda, blogger itu kelihatan sangat mereng sebelah artikelnya. Beberapa kali komen yg memihak kpd DSAI, tidak disiarkan tapi jika komen yg mesra pd seleranya ada disiarkan. Saya akur itu adalah hak blogger untuk menyiarkan atau tidak. Lanjutan itu saya langsung tidak menghantar sebarang komen dlm postingnya sejak 5 bulan lalu. Penat2 ditaip dibakulsampahkan shj.

      Delete
  2. UMNO sudah ada banyak bahalol tak mampu tahan lama dah.

    Hanya Noh Udang saja boleh buat UMNO setanding PAS , Bahalol !!!!

    ReplyDelete
  3. Monkey Shooter

    Saya memang suka tulisan Aspan dan Shahbudin Husin. Kedua-duanya kritis dan berterus terang.

    Terima kasih di atas sokongan saudara dan saya perlukan kritik dan teguran membina dari saudara semua

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa