Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 5, 2015

AirAsia Indonesia perjelas apa yang terjadi pada pesawat QZ7633

Media Statement |Kemas kini:Januari 04, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 04, 2015 23:10 MYT)

AirAsia Indonesia perjelas apa yang terjadi pada pesawat QZ7633
AirAsia Indonesia jelaskan apa yang berlaku pada pesawat QZ7633
KUALA LUMPUR: AirAsia Indonesia hari ini mengesahkan pesawat penerbangan QZ7633 dari Surabaya ke Bandung yang dijadualkan berlepas pada Sabtu pukul 9 malam waktu tempatan telah ditangguhkan kerana isu teknikal.

Pesawat jenis Airbus A320-200 dengan nombor pendaftaran PK-AZC membawa 161 penumpang mengalami penutupan secara automatik pada Unit Kuasa Sokongan. Pesawat terpaksa menjalani pemeriksaan lanjut atas sebab-sebab keselamatan.

Unit Kuasa Sokongan (APU) merupakan peranti yang terletak di bahagian ekor pesawat udara yang menyediakan tenaga untuk kuasa elektrik dan sistempneumaticapabila pesawat berada di darat sebelum enjin utama dihidupkan.

APU mempunyai sistem perlindungan secara automatik yang akan mematikan APU apabila ia mengesan sebarang kerosakan yang berlaku kepada pesawat sepertioverspeed, tekanan minyak rendah, masalah penapis minyak atau minyak terlalu panas untuk memastikan operasi yang selamat.

Şunu Widyatmoko, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia berkata, "Kapten telah memenuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan membuat keputusan untukreturn-to-apron(RTA) bagi memastikan keselamatan operasi."

"Pemeriksaan lanjut telah dilaksanakan oleh pasukan kejuruteraan kami mengikut prosedur operasi standard (SOP) mereka. Selepas pemeriksaan terakhir selesai, pesawat itu dibenarkan untuk terbang kira-kira sejam kemudian. Walaupun liputan media telah disensasikan, tiada isu keselamatan dan pesawat mendarat dengan selamat di Bandung, "katanya.

3 comments:

  1. Naik Mas dah takut. Takut kena tembak. Naik Air Asia pun dah takut. Takut enjin rosak.

    Tak tau la aku nak naik apa lepas nih. Mungkin naik keldai kot....

    ReplyDelete
  2. Singapore Airlines , Emirates & Qatar Airways adalah ter baik.

    ReplyDelete
  3. Diorang pentingkan income .. Soal keselamatan main cincai je

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa