08:30PM Jan 04 2015
PETALING JAYA: Tidak mengejutkan mengapa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak senantiasa menjadi tumpuan ramai. Setiap gerak gerinya diperhatikan sehingga ke tanah Hawaii di mana beliau meluangkan masa memukul kayu golf dengan Presiden AS Barack Obama.
Laporan Washington Post tentang Najib beriadah di padang golf bersama Obama mencetus perdebatan sengit di Malaysia. Malah pengarang berita itu turut terkejut kerana padanya, ia hanya urusan di antara dua pemimpin kerajaan.
Mungkin pengarang berkenaan tidak tahu Najib di situ ketika negara dilanda banjir besar di Pantai Timur Semenanjung dengan seramai 250,000 mangsa dipindahkan. Ramai yang kehilangan rumah dan terpaksa berlapar (pada masa bencana itu) akibat kekurangan makanan. Mereka juga tidak dapat disalurkan bekalan elektrik.
Maka sudah tentu aksi santai Najib yang sedang berlibur dengan Obama mencetus kekecewaan rakyat Malaysia yang bertanya: “Di manakah pemimpin kita? Mengapa senang-lenang bergolf dan tidak bersama rakyat jelata?”
Tidak menghairankan apabila pemimpin negara mencampur-adukkan urusan rasmi dengan aksi santai. Malah Najib berkata beliau tidak lekang menghubungi Timbalannya bagi mengetahui keadaan bencana di Malaysia. Bapanya Tun Abdul Razak sendiri memperkenalkan istilah “diplomasi golf”, kata beliau.
Mungkin hasilnya telah menyebabkan Setiausaha Negara AS John Kerry mengumumkan sumbangan ratusan juta ringgit kepada mangsa banjir Malaysia.
Timbalan PM Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan komited menggandakan usaha membantu para mangsa. Namun hujan mencurah-curah menyebabkan rakyat kian hampa dan berterusan mencoret keluhan di laman Facebook Najib.
Najib akhirnya kembali ke tanahair pada 27 Disember dan terus menyaksikan kemusnahan di Kelantan. Tetapi soalnya sekarang: “Di mana pula jet peribadinya?”
Jika beliau rakyat biasa (atau mungkin jutawan sekalipun), tiada siapa peduli sekiranya beliau menaiki pesawat komersil untuk pulang ke Malaysia, sedangkan jet peribadinya berada di Los Angeles.
Dengan tragedi bertimpa-timpa, mungkin jet tersebut ditinggalkan bagi tujuan lain yang tiada kena-mengena dengan usaha membeli-belah. Namun ramai yang terus tertanya-tanya.
Najib Perdana Menteri kita dan kita akan terus berspekulasi tentang keberadaan jet peribadinya, yang heboh diperkata di laman media sosial.
“Mengapa pulang dengan penerbangan komersil? Mengapa pula jet peribadi Perdana Menteri masih berada di AS?”
Biadap sungguh!
Tak nampakkah kamu pengorbanan Najib? Beliau terpaksa menamatkan percutian dengan keluarga bagi meninjau rakyat Malaysia yang dilanda banjir tanpa mengira latarbelakang dan usia.
Mana pula pesaingnya? Dia hanya timbul beberapa hari kemudian selepas bercuti ke destinasi luar negara di mana populasi kambing bebiri lebih ramai daripada manusia.
Blogger-blogger ini tak pernah puas hati dan mencoret pendapat panjang lebar menuntut Najib memberi penjelasan tentang keberadaan jet peribadi dan penumpangnya. Mereka sebenarnya boleh sahaja melihat laman sesawang menjejak pesawat seperti Flightradar.
Dengan mengklik tetikus, anda mampu ketahui di mana pesawat berkod 9M-NAA berada, samada di Hawaii, Los Angeles, New York, kota London dan kemudian Dubai.
Posisi terakhirnya menurut Flightradar24 ialah di Bangkok. Bermakna selepas ini pulanglah ia.
Para penulis blog ini membuat pelbagai dakwaan namun kemudian menghilangkan diri selepas menabur gossip. Tak mungkin dengan di kelilingi ramai penasihat, Najib mampu berbuat salah dua kali. Dahulupun pernah terdapat dakwaan salahguna harta kerajaan atau lebih tepat jet peribadinya itu.
Dakwaan ini semua tidak berasas dan sudah tentu akan didiamkan sahaja.
Rasa sakit hati golongan rakyat ini akan dipendam, sehinggalah ia muncul kembali secara membuak-buak dengan bertanya sekali lagi tentang jet peribadi millik kerajaan Malaysia itu.
Tekanan rakyat akan terus kedengaran sehinggalah pesawat Airbus itu pulang ke negara asalnya Malaysia tak lama lagi.
Kini, ucapkan Selamat Pulang 9M-NAA. Kami rindukan anda. Kami harap anda ceria di tahun baru 2015 ini.
oleh Cindi Loo
Bagaimana agak nya jika bebudak DBKL buat lorry sampah macam lorry sampah peribadi ; balik kampong bawa lorry tak de masalah sebab free bukan bayar poket sendiri.
ReplyDeleteBila bebudak bahalol yg mentedarah harta rakyat siang malam ingat semua boleh milik peribadi , maka ketawa lah malaikat malailat kubor kerana tiada siapa mahu kan kubor milik peribadi.
Orang orang Melayu saja bahalol.
Aayyoo Cindi aah.....itu jet pribadi PM mesti ikut msna PM pergi loh.
ReplyDeleteRakyat Malaysia sangat terperhatin sama PM...dia ikon manyak besat...serupe selbriti oooh.
Lagi ahh itu jet aset negare ..mahal loo...kalau hilang siape lugi. Apa macam kalau itu jet di salah kebergunaan olih pihak lawan serupa MH370...MH17....fuuyoo manyak misteri looh
Gua heran looh...itu hari PM balik nampak macam tak sehat..cakap sangkut2...macam kena brain wash sama Obama.
Sikit jam PM mau pegi angkat itu jet peribadi sama Thailand.
PM manyak low profail hoh...dia cari jet peribadi bukan jet peribadi ikut dia Manyak leteh woooih......