Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 2, 2015

Banjir: Satu Lagi Cerita Menyentuh Perasaan

Sejuk dalam hutan
ADILA SHARINNI WAHID1 Januari 2015

Beginilah keadaan penduduk yang hanya diterangi cahaya lilin pada waktu malam. 
Kanak-kanak yang masih belum mengerti kesusahan menimpa keluarga masing-masing, tersenyum menerima bantuan mi segera.

DABONG - Satu kampung seramai 70 orang daripada 11 keluarga ditemui dalam keadaan kesejukan di tengah-tengah kegelapan hutan di tepi jalan Dabong-Sungai Sam, Kuala Krai.

Mereka dari Hulu Temiang, Manek Urai, terpaksa bermalam di kawasan berkenaan apabila rumah masing-masing musnah dalam bencana banjir besar, Selasa lalu.

Amat menyedihkan apabila mereka terpaksa duduk dalam cahaya samar api lilin yang hanya tinggal sebatang.

Mohd Rizal Abdullah, 35, berkata, mereka tinggal sehelai sepinggang kerana tidak sempat menyelamatkan apa-apa barangan ketika banjir besar melanda dan mengambil keputusan berteduh sementara di kawasan tersebut.

“Sudah masuk hari keempat kami bersama kira-kira 30 kanak-kanak bermalam di kawasan hutan di bukit ini.

“Kalau nak buang air besar atau kecil, terpaksa buang di mana-mana sahaja yang dirasakan sedikit terlindung daripada pandangan dan sumber air pula kami peroleh dari sungai berdekatan,” katanya.

Sinar Harian yang dalam perjalanan pulang ke Kota Bharu selepas menjayakan misi Tangan Dihulur Tangan Bersambut di Dabong, kelmarin, kebetulan terserempak dengan mereka, kira-kira jam 9 malam.

Dalam pada itu, Mohd Rizal berkata, mereka sangat mengalu-alukan pihak luar datang memberi bantuan berikutan sudah buntu dengan kesan bencana yang ditanggung hingga memaksa mereka merempat di tepi jalan.

“Kami terpaksa berlindung sementara di sini dalam keadaan sejuk kerana tiada selimut mahupun bantal, sementara bantuan makanan pula diterima daripada orang ramai yang melalui jalan ini, yang sudi  menghulurkan pertolongan.

“Kami juga tidak tahu selama mana kami akan tidur di sini menanti banjir di kawasan kami surut, ditambah pula dengan bekalan makanan yang semakin berkurang,” katanya.

2 comments:

  1. gunakanlah crane!

    ReplyDelete
  2. Masya Allah

    Macam mana boleh jadi begini ???

    Satu kluarga enjoy sakan harta rakyat ke sana sini kaya ber gaya , lsgi satu kluarga lagi besar seksa derita hidup dalam hutan ????


    Ini lah akibat pemimpin gays Mahathir lahir kan.... Antara orang dan orang utan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa