ROSMIZA KASSIM
1 Januari 2015
Anwar ketika ditemui pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, semalam
KOTA BHARU - Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan semua pihak termasuk jentera partinya agar tidak terlalu berpolitik ketika keadaan rakyat di Pantai Timur khususnya Kelantan menghadapi musibah banjir.
Anwar berkata, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan perlu memberi tumpuan terhadap usaha meringankan beban mangsa banjir.
“Saya mohon supaya semua pihak beri tumpuan kepada kerjasama dan bagi ruang serta peluang kepada semua yang mahu membantu, jangan ada cengkaman politik mahupun diskriminasi.
“Jangan lihat dari segi kepentingan politik, lihat kepada kepentingan rakyat,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di sini, untuk melawat mangsa banjir di negeri ini, semalam.
Ketika mengulas dakwaan mengatakan beliau tidak sensitif kerana masih berada di luar negara walaupun banjir besar melanda Kelantan, Anwar memberi alasan faktor tiket kapal terbang sebagai halangan beliau bersama rakyat.
“Saya minta maaf kalau saya lambat datang. Memang saya tiada ada keupayaan untuk balik segera kerana tidak ada penerbangan, tempahan tiket tidak boleh ditukar.
“Gambar saya mengayuh basikal yang disebarkan itu sebenarnya sebelum banjir lagi, takkan saya naik basikal sebelum banjir pun nak dijadikan isu,” katanya.
Bagaimanapun katanya, dalam tempoh bencana tersebut, beliau sentiasa mendapatkan maklumat melalui pimpinan parti yang berusaha untuk memberi bantuan sewajarnya.
Katanya, dalam keadaan genting itu, tidak perlu mengumumkan peruntukan wang berjuta-juta, sebaliknya apa yang penting menyegerakan bantuan makanan dan keperluan lain kepada mangsa banjir.
Nasib xda jet.. Kalau ada jet pun bini aja yg guna mcmana plak?
ReplyDeleteAnwar Ibrahim pemimpin global yang banyak pengalaman , jauh beda dari Mat Bahalol.
ReplyDeleteAnwar Ibrahim mudah saja urus banjir ke , ekonomi ke , perpaduan bangsa ke sebab hati nya bukan nak menongkat langit malah mau menongkat kubor ramai gagal laku kan semasa hidup lagi.
Anih nya kenapa bebudak bahalol umno takut pada anak melayu kampong miskin yang bawa berita kebenaran ????
Jika Anwar se lahanat Mat Bahalol pasti nya sudah kaya raya , standard orang orang Melayu Bahalol.
Rakyat kelantan perlu guns otak waras jangan mudah di tipu melayu melayu jaja jaja ayat ayat Allah tuk pangkat jawatan. Bahalol saja.
Apakah melayu bangsa yang benggap sanggup tipu sendiri dan makan suap hanya tuk ber gaya se ketika....???
Serambi Mekah ke , atau Bumbung Khadijah kerana gelagat rakyat kelantan banyak nya songsang dari ajaran Islam - bangga hudud , ekonomi merempat , rogol ragut rompak bunuh rasuah. Apa lagi yang tiada di Kelantan ????
Mat Mongol !!!!!
nasib ko lah nuar,tak dak jet nak ambik hang,ca dulu hang tak kena tendang ngan mamak kutty.la ni tak tau hang jadi macam mana.kalu hang kekal dalam umco ramai la akan ada penjilat hang.tapi nak wat cam na ALLAH TAA'LA dah takdir jadi ko bahan caci maki,fitnah umpat adu domba.Hanya ALLAH saja Yang Maha Mengetahui.Muhasabah lah diri sendiri.
ReplyDelete