Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 3, 2015

Banjir: Sebab Inikah Darurat Tidak Diistiharkan?

Ketiadaan pengumuman darurat disebabkan oleh ketiadaan dana kecemasan?
Dikemaskini 03:00PM Jan 02 2015

ANALISISApakah kekurangan dana kecemasan menjadi sebab keengganan kerajaan untuk mengisytiharkan darurat banjir di Kelantan, yang telah digambarkan sebagai yang paling buruk dalam sejarah? 
Harap-harapnya bukan begitu, tetapi sejarah menunjukkan yang kerajaan kerap menggunakan dana kecemasan, dan saya merasakan yang itu adalah sebabnya. 
Saya bukannya pakar pertahanan awam ataupun pakar pengurusan kecemasan, tetapi sepanjang kerjaya saya sebagai wartawan dan dari apa yang saya baca, ada dijelaskan mengenai tindakan sebegini dalam beberapa kejadian kecemasan. 
Tambahan pula saya telah menonton hampir kesemua filem-filem bencana Hollywood dari Airport di tahun 1970 hingga filem-filem zombie zaman ini.
Ini tidaklah membuatkan saya benar-benar mahir mengenai tindak balas kecemasan Malaysia tetapi setahu saya, terasnya pasti sama seperti dalam prosedur tindak balas bencana antarabangsa yang digunakan oleh Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan Amerika Syarikat.
Secara teorinya, maklum balas awal kepada bencana alam datang daripada kerajaan tempatan dan kemudian barulah dari kerajaan negeri. 
Dalam hal kita ia adalah Majlis Keselamatan Negara di peringkat negeri, dan Bilik Gerakan di peringkat daerah.
Ini termasuk tenaga kerja, kelengkapan dan sumber. Bila dan jika ia terlalu berat untuk diruskan kerajaan negeri, pengumuman darurat kebangsaan boleh diminta.
Apabila darurat diisytiharkan oleh Agong atas nasihat Perdana Menteri, kerajaan persekutuan akan menyediakan tenaga kerja tambahan, perlengkapan dan sudah tentu dana kecemasan yang sangat diperlukan.


Dana kecemasan bencana seharusnya menjadi sebahagian daripada dana luar jangka yang disimpan oleh kebanyakan kerajaan, termasuk di Malaysia dalam belanjawan tahunan. 
Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Malaysia memperuntukkan RM1.5 bilion setiap tahun bagi dana kecemasan. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah menggambarkan bahawa dalam pengalaman beliau sebagai Menteri Kewangan, dana tersebut biasanya diperuntukkan untuk kecemasan atau bencana, banjir yang serius di Kelantan dan negeri-negeri lain yang saya percaya layak untuk mendapatkannya. 
Bising-bising ditimbulkan pada tahun 2011 dan 2012 apabila dana ini telah digunakan untuk perbelanjaan tambahan kerajaan yang kelihatan lebih seperti perbelanjaan yang dapat dijangka, daripada perbelanjaan kecemasan. 
Ini menyebabkan akaun dana kecemasan kosong seperti yang dijelaskan laporan Ketua Audit Negara, iaitu ia berjumlah hanya lebih 70 juta daripada 1.5 bilion yang diperuntukkan, yang memerlukan sesi parlimen seterusnya untuk membolehkan ia diisi semula melalui belanjawan tambahan. 
Perbincangan semasa itu berkisar mengenai nasib baik bahawa bencana sebenar tidak berlaku, daripada kekurangan kemahiran perakaunan Kementerian Kewangan. Jika tidak buruk padahnya. 
Isunya dengan penggunaan dana luar jangka bagi kegunaan bukan kecemasan, ialah ianya boleh disalahgunakan.
Malah di Westminster, punca sistem parlimen yang kita warisi dari bekas penjajah kita, penggunaan dana luar jangka diteliti dengan rapi oleh Jawatankuasa Kira-Kira.
Ini kerana ia seolah-olah merupakan kaedah pro-forma bagi kerajaan untuk menyeludup perbelanjaan tanpa kelulusan Parlimen, apabila dana digunakan terlebih dahulu sebelum kebenaran diminta daripada parlimen. 
Apabila belanjawan tambahan dibentangkan untuk menggantikan dana tersebut, ia hanyalah tindakan formaliti, namun jika dana itu digunakan bagi kecemasan sebenar kita tidak akan bertanya banyak soalan, tetapi jika dana tersebut telah digunakan bagi membayar kenaikan gaji dan gula-gula bagi orang ramai, kita mungkin akan tertanya-tanya. 
Begitu juga, isunya dengan penggunaan dana luar jangka oleh kerajaan Malaysia sekitar tahun 2011-2012, adalah ianya bukan untuk kecemasan sebenar atau perbelanjaan yang tidak dijangka, tetapi sebagai cara untuk membayar bagi perkara-perkara yang sengaja ditinggalkan dari bajet sebenar.
Timbalan Menteri Kewangan ketika itu, Datuk Dr Awang Adek berkata bahawa tiada masalah bagi kerajaan untuk menggunakan dana luar jangka yang pertama untuk emolumen dan perbelanjaan-perbelanjaan lain yang kebiasaannya harus telah dibentangkan dalam bajet. 
Beliau mencadangkan bahawa selagi wang itu kemudiannya diisi semula melalui belanjawan tambahan yang dibentangkan dalam sesi yang seterusnya, semuanya okay.
Walau bagaimanapun, ini menimbulkan sebuah isu yang membimbangkan pada pemikiran saya. Adakah kerajaan Malaysia menggunakan tabung luar jangka kita sehingga ia tidak dapat mengisytiharkan darurat, kerana ia sudah kehabisan? 
Maksud saya jika mereka melakukannya sebelum ini dan menunggu sesi Mac di Parlimen setiap tahun bagi menambah dana...ia menjadikan realitinya sangat membimbangkan, jika ini turut berlaku tahun ini.
Apakah BR1M yang akan muncul, jika kita dibenarkan untuk bertanya mengenainya tanpa didakwa atas tuduhan hasutan. 
Saya tertanya-tanya jika keengganan kerajaan mengisytiharkan darurat adalah disebabkan kekurangan dana luar jangka, dan bukannya disebabkan tuntutan insurans? 
Maksud saya, sudah dilaporkan secara meluas bahawa British mengisytiharkan perang dengan komunis di Malaya sebagai sebuah 'darurat' dan bukannya peperangan, bagi memastikan penanam dan usahawan Inggeris masih boleh melakukan tuntutan insurans kerana kehilangan infrastruktur disebabkan oleh tindakan sabotaj komunis. 
Sekiranya mereka mengakui bahawa ia adalah sebuah peperangan, syarikat-syarikat insurans boleh mengetepikan semua tuntutan. Tetapi dalam keadaan darurat, tuntutan insurans mesti dipenuhi. 
Jadi, saya tertanya-tanya mengenai logik Najib dalam hal tuntutan insurans menjadi sebab bagi keengganannya mengisytiharkan darurat.
Saya juga turut tertanya-tanya mengenai keadaan dana kecemasan kita. 
Sudah tentu keadaan mungkin banyak berbeza dulu dan sekarang.
Dan begitu juga, saya juga mungkin salah mengenai tabung kecemasan yang kosong.

7 comments:

  1. Ini common sense

    Sendiri boleh pikir. Kalau tak de duit macam msna nak darurat. Semua nak duit , dan masa darurat byk bebudak gomen claim ot duit senang.

    Mana ada orang nak suka suka tolong free.

    Duit sudah habis , hari ini USD1 sama RM3,51 sudah kechik duit kita.

    Bahalol saja bagi budak bahalol jadi pemimpin.

    Bshalol mana ada tanggung jawab!

    ReplyDelete
  2. Ada logik juga yang dana kecemasan itu dah xde duit. Kalau kita selalu ikuti tindakan Najib, alasan ini masuk akal. Contoh, dalam keadaan harga minyak dunia turun, Najib naikkan harga minyak. Mengapa begitu desperate? Bila diasak supaya harga minyak diturunkan, Najib main kalikong lagi. Dia kata harga m8nyak ron95/diesel akan diapongkan.

    Ini memberi harapan kepada kita harga akan turun. Tetapi dia turunkan 3 sen jer, samalah macam xturunkan. Bukan itu sahaja, dia tarik terus subsidi. Kita kena tipu lagi.

    Jadi dalam kes banjir ini, cara Najib pun lebih kurang tektik yg sama dia kenakan kita dalam kes harga minyak. Kita jugak kena main dengan Najib sebab duit dah xde. Lantak hangpa la para mangsa banjir!

    ReplyDelete
  3. As'salam Etuza follow yang ke 479 ya

    ReplyDelete
  4. menarik di blog ini..nak datang lagi ya

    ReplyDelete
  5. Etuza Etuza

    W'salam. Terima kasih kerana sudi bertandang dan menjadi follower blog cabok ni.

    Silalah datang lagi, saudara di alu-alukan

    ReplyDelete
  6. apabila darurat diistiharkan, MKN dan Majlis Keselamatan Negeri diaktifkan yangmana Menteri Besar dan Setiausaha Negeri kordinat aktiviti bersama ATM, PODRM dan agensi kerajaan negara dan negeri dmana pengarah dan pegawai daerah diagerakkan dalam MKNegeri. Jika ini berlaku, Ketua Bahagian dan pemuda, Puteri UMNO/MCA/MIC/BN tidak boleh jadi ketua dan aktiviti berteraskan politik tak boleh dilaksanakan, Jadi Tok Pa tak boleh jadi ketua operasi dan keseluruhan operasi diketuai oleh ATM sera MB/Pegawai daerah dan agensi kerajaan dan bukan politik. Olehitu apabila darurat disitihar, UMNO akan kehilangan cara untuk menunujukkan kebolahannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon 1:15

      Jangan keliru darurat kerana b3ncana alam dengan MAGERAN. Mageran melibatkan keselamatan. Logiknya dalam darurat kerana bencana alam yang dialami di Kelantan tidak melibatkan isu kes3lamatan n3gara dimana sistem berkerajaan telah lumpuh. Apa yang dialami oleh Kelantan s3karang ialah kerosakan kepada infrastruktur samada k3musnahan rumah-rumah kediaman, jalanraya, jambatan, kesukaran rakyat untuk m3ncari rez3ki dsbnya. Ia m3libatkan kerja m3mulih dan membaiki kerosakan infrastuktur dan k3hidupan sosial rakyat kelantan.

      Keadaan ini samalah dengan keadaan yang dialami oleh Acheh selepas tsunami. Adakah kerajaan Indonesia mengunakan pemerintahan ala mageran di Aceh? Tidak. Kena bezakan antara darurat disebabkan ol3h bencana alam dengan Darurat Mageran.

      Satu isu yang sedang bermain difikiran kita sekarang ialah tanggungjawab siapa h3ndak membina s3mua infrast4uktur dan kehidupan sosial yang te4j3jas akibat banjir ini. Ini kita kena lihat kepada pe4janjian p3nubuhan pers3kutuan tanah melayu tahun 1948.

      Sebelum te4b3ntuk pers3kutuan tanah m3layu, 9 nege4i-negeri melayu adalah s3buah n3ge4i yang berdaulat dengan mempunyai sistem pemerintahan s3ndiri, hasil kerajaan yang mutlak 100%, keselamatan dsbnya. Kerajaan pers3kutuan atau pusat pun tak wujud masa itu.

      Melalui perjanjian pembentukan pers3kutuan tanah melayu 1948 beberapa pe4kara p3nting pe4lu difahami. Pertama 9 negeri-negeri melayu ini m3nyerahkan semua s3kali hak-hak mutlak mereka termasuk sumber-sumber mutlak hasil negeri, keselamatan dll kepadasebuah kerajaan pusat yang terb3ntuk dibawah perjanjian ini. Negeri-negeri ini menyerahkan s3mua hasil negeri masing2 kepada satu badan baru yang dinamakan kerajaan pusat kecuali m3ng3nai cukai-cukai tanah dan hasil bumi. Nak tahu detail kena tanya pakcik google.

      Satu perkara kita kena faham semasa perjanjian p3nubuhan pers3kutuan tanah melayu 1948, kerajaan persekutuan atau pusat itu takde duit i.e takde sumber kewangan dan hasil. Kerajaan persekutuan atau pusat ini mempunyai sumber kewangan apabila 9 negeri-negeri melayu yang menyertai pers3kutuan tanah melayu ini memindahkan hak memunggut hasil dan pendapatan negeri masing-masing k3pada kerajaan persekutuan atau pusat. Hakikatnya 9 negeri-negeri melayu ini sudah tidak m3mpunyai apa-apa hasil p3ndapatan lagi kecuali dari cukai tanah dan hasil bumi seperti s3b3lumnya.

      S3bagai balasan kepada penyerahan hak m3mungut hasil mahsul negeri-negeri ini, kerajaan pers3kutuan atau pusat m3mpunyai tanggungjawab kepada setiap negeri-negeri ini untuk melaksanakan p3mbangunan, keselamatan, kedaulatan dll s3cara samarata dan adil. Tanggungjawab-tanggungjawab ini dis3naraikan didalam perjanjian ters3but. Nak tahu lebih lanjut lagi tanya pakcik google. Bukan tugas saya nak suap s3mua sekali!

      Jadi, dalam soal tanggungjawab pembangunan s3mula negeri kelantan s3lepas banjir 2014 sudah agak jelas tanggungjawab siapa. S3bab itu k3rajaan pers3kutuan mempunyai satu peruntukan kecemasan seperti yang dinyatakan diatas.

      Dalam kes kelantan ini, isu pembangunan s3mula negeri kelantan ini m3njadi satu t3kanan bukan sahaja kepada kerajaan n3geri tetapi l3bih kepada kerajaan pers3kutuan jika kita faham pe4janjian penubuhan pers3kutuan tanah melayu tahun 1948.

      Tetapi ini bukan isu besar kerana kerajaan pers3kutuan berhutang d3ngan negeri kelantan royalti minyak. Jadi soal jika duit kerajaan pers3kutuan disalurkan untuk pembangunan negeri kelantan akan menjejaskan negeri-negeri lain tidak timbul samasekali. Soal yang lebih penting dalam keadaan sekarang ialah ada ke tak duit itu?

      Jika kita faham dari pe4janjian p3nubuhan persekutuan tanah melayu 1948, perbezaan darurat kerana bencana alam d3ngan darurat Mageran, wujudnya dana kecemasan - kita akan l3bih memahami isu yang timbul sekarang.

      Yang p3nting, jangan ada mana-mana pihak cuba mengambil kesempatan politik diatas musibah yang menimpa rakyat kelantan.

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa