Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 2, 2015

Benarkah Khairuddin Buat Laporan Palsu?

Isu 1MDB: Pekida SPS buat laporan polis terhadap Khairuddin
Published: 2 January 2015 - TMI
Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim mendakwa laporan polis yang dibuat Datuk Khairuddin Abu Hassan bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Januari, 2015.

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Pekida mahu polis menyiasat Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan Datuk Khairuddin Abu Hassan kerana didakwa membuat laporan palsu berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Naib Pengerusi Pekida Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Mohamad Hilme Ibrahim membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT) di Bandar Perda, di Bukit Mertajam, hari ini.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau mendakwa laporan polis yang dibuat Khairuddin itu bukan sahaja memburukkan 1MDB, malah Umno Bahagian Batu Kawan dan Umno Pulau Pinang.
Terdahulu, kira-kira 80 individu yang mewakili NGO Melayu di Pulau Pinang termasuk Pekida dan Persatuan Muka Buku Pulau Pinang berkumpul secara aman di luar IPD berkenaan.
Pada 13 Disember lepas, Khairuddin membuat laporan di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur terhadap 1MDB tentang pentadbiran kewangan syarikat hak milik kerajaan itu yang didakwanya wujud kepincangan. – Bernama, 2 Januari, 2015.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa