Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, January 3, 2015

Hantu Mana Pula Yang Pandai-Pandai Buat Mulut Ni?

Kementerian nafi sesi persekolahan ditangguh sebulan
T K Letchumy Tamboo,Astro Awani |Kemas kini:Januari 02, 2015
(Diterbitkan pada: Januari 02, 2015 22:02 MYT)

Kementerian nafi sesi persekolahan ditangguh sebulan
KHAIR: Telah meminta SKMM siasat dan ambil tindakan ke atas mereka yang bertanggungjawab sebar berita palsu ini.
KUALA LUMPUR: Sesi persekolahan hanya ditangguhkan selama seminggu dan bukannya sebulan seperti yang diwar-warkan di laman media sosial.

Ini adalah kenyataan Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof sekaligus menafikan penyebaran berita palsu itu.

Beliau menasihatkan orang ramai untuk tidak mempercayai sebaran di dalam media sosial.

"Penangguhan sekolah tahun persekolahan 2015 adalah selama seminggu.

"Sesi persekolahan bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor adalah pada 11 Januari 2015 (Ahad) dan bagi negeri-negeri lain akan bermula pada 12 Januari 2015 (Isnin).

"Ibu bapa dan orang awam di minta  hubungi kementerian, dan semak di laman berita rasmi, jangan mudah percaya sebaran melalui media sosial," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Beliau menambah kementerian itu telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan segera ke atas mereka yang menyebar berita palsu ini.

# Sementara itu SKMM meminta senarai nama (di bawah) ini untuk membantu siasatan berita palsu

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa