KPKT diarah jalankan operasi pembersihan selepas banjir
KUALA LUMPUR, 2 Januari:
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menjalankan operasi pembersihan selepas banjir.
Menterinya, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian untuk memulakan operasi dengan segera bagi membuang sampah dan sisa pepejal yang banyak terkumpul akibat banjir.
“KPKT kini akan memberi tumpuan kepada operasi pembersihan selepas banjir.
“Kami telah menerima surat rasmi daripada kerajaan negeri Kelantan meminta bantuan untuk membersihkan kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) di Kelantan,” katanya dalam satu kenyataan.
Menurut Rahman, operasi pembersihan secara besar-besaran itu akan diketuai oleh Kerajaan Persekutuan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan dan Datuk Seri Mustapa Mohamed yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Bencana Banjir Kelantan.
“Operasi pembersihan itu termasuk pembuangan bangkai-bangkai haiwan (jika ada) yang mungkin menyebabkan risiko kesihatan kepada penduduk.
“KPKT juga akan berkomunikasi dengan Jabatan Meteorologi bagi memastikan operasi pembersihan tidak akan terjejas oleh mana-mana gelombang kedua atau gelombang ketiga banjir.
“Jabatan Bomba dan Penyelamat juga telah diminta untuk bersedia untuk menyediakan bekalan air ketika operasi pembersihan dijalankan sekiranya keadaan memerlukan,” ujarnya. - sumber
Semua nak makan gaji buta saja
ReplyDeleteBahalol
Gitu le dgn banjir ... Semua tunggu arahan... Kalau xkeluar xkeje le depa tu... Begitu jgk dgn tok yiddin ari banjir kuat sebelum najib balik dia xmengarh dan xturun padang maka xda yg dtg tolong dr kementerian dan MKN... Tp bila naji nak maghi terus depa boleh buat keje... Ni dasar kita bekerje... Xkenal lg ke budaya org kita...
ReplyDeletePM suruh menteri. Menteri suruh KSU. KSU suruh Ketua pengarah. Ketua Pengarah suruh pengarah. Pengarah suruh pegawai gred 52. Pegawai gred 52 suruh pegawai gred 48. Pegawai gred 48 suruh pegawai gred 44. Pegawai gred 44 suruh pegawai gred 41. Pegawai gred 41 suruh ketua kerani. Ketua kerani pasing kat kerani. Kerani suruh opis boy tulis surat arahan.
ReplyDeleteKan elok kalu PM terus arah kat opis boy!