Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

Kontrak Pengerusi SKMM tidak disambung, akan diganti oleh orang Umno?

Khidmat pengerusi SKMM tidak disambung, Putrajaya pertimbang orang Umno sebagai pengganti
OLEH MD IZWAN
Published: 6 January 2015
Ahli Politik Umno Dr Mazlan Ismail bersalaman dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari penamaan calon dalam PRU13 ketika bertanding bagi kerusi Permatan Pauh. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Januari, 2015.

Khidmat Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi sebagai pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) tidak disambung untuk penggal seterusnya dan Putrajaya dikatakan mahu menggantikannya dengan ahli politik Umno.
Kontrak pengerusi SKMM selama dua tahun itu berakhir pada 31 Disember lalu dan sumber memberitahu jawatan tersebut kini dipangku Tengku Zaib Raja Ahmad yang juga ketua pegawai Perkhidmatan dan Sokongan sementara calon baru dipilih.
"Kontrak pengerusi SKMM tidak disambung, jawatan tersebut dipangku oleh staf dalaman SKMM iaitu Tengku Zaib," kata sumber kepada The Malaysian Insider.
Sumber berkata, di antara calon yang dipertimbangkan untuk menjadi pengerusi baharu SKMM adalah ahli politik Umno Dr Mazlan Ismail yang bertanding melawan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.
Mazlan memiliki ijazah dalam bidang Komunikasi Elektronik daripada Universiti Salford, United Kingdom (UK) dan mempunyai  Ijazah Sarjana dalam Operational Telecom daripada Universiti Coventry, UK serta Ijazah Kedoktoran Kejuruteraan Universiti Teknologi Malaysia atas biasiswa Telekom Malaysia (TM).
Beliau berkhidmat dengan TM sejak 1983 dengan jawatan terakhir sebagai pengurus besar.
Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Mazlan bagi mengesahkan berita tersebut menemui kegagalan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi. – Gambar daripada skmm.gov.my, 6 Januari, 2014.Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, Datuk Mohamed Sharil Mohamed Tarmizi. – Gambar daripada skmm.gov.my, 6 Januari, 2014.Sharil ditekan terutamanya daripada kumpulan sayap kanan dan sesetengah ketua bahagian Umno kerana tidak mahu mengawal Internet di Malaysia terutamanya yang mengkritik kerajaan Barisan Nasional (BN) dan Umno.
Bagaimanapun, semakan di laman sesawang SKMM mendapati nama Sharil masih lagi berada dalam senarai sebagai pengerusi agensi kerajaan tersebut. Difahamkan, beliau sudah menerima nota terima kasih daripada kerajaan di atas perkhidmatannya.
Sharil yang mempunyai latar belakang pendidikan guaman mula menyertai SKMM pada 2000 sebelum meninggalkannya pada 2006 untuk menjadi pengarah eksekutif dan ketua strategi sebuah firma perunding kewangan BinaFikir.
Beliau menyertai kembali SKMM pada 2008 dan dijadikan pengerusi pada 2011. Rakan-rakan industri memberitahu Sharil dihormati di peringkat antarabangsa sebagai berpendirian tegas dan pengawal selia yang progresif.
Difahamkan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek seharusnya sudah mengumumkan nama pengerusi baharu tetapi ia tertangguh kerana sibuk menangani isu banjir yang sedang melanda negeri di pantai timur.
SKMM ialah badan penyeliaan industri komunikasi dan multimedia di Malaysia.
Ketika diasaskan, tujuan utamanya ialah untuk mengawal selia industri telekomunikasi dan multimedia berdasarkan kuasa yang diberi menurut Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (1998) dan Akta Komunikasi dan Multimedia (1998). 
Baru-baru ini SKMM dikritik hebat selepas menyaman stesen radio perniagaan BFM sebanyak RM10,000 kerana menyiarkan wawancara tentang kontroversi Allah bersama tokoh akademik Islam Iran-Amerika Syarikat Reza Aslan pada 21 Oktober 2013.
Dalam wawancara bersama BFM tahun lalu, Reza mengkritik Malaysia kerana menghalang bukan Islam menggunakan kalimah Allah dan mengatakan keputusan Mahkamah Rayuan pada 14 Oktober, 2013 sebagai "keputusan politik."
BFM pada ketika ini masih membuat rayuan berhubung saman itu. – 6 Januari, 2015.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa