Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, January 6, 2015

Ahli PERKASA kartun?

Ariff itu siapa? – PERKASA
 | January 6, 2015
Beliau tidak layak mempersoalkan perjuangan PERKASA
abu bakar yahyaPETALING JAYA: Yang DiPertua PERKASA Selangor, Abu Bakar Yahya menyanggah dakwaan pertubuhan itu tidak layak membela institusi raja kerana dianggotai oleh watak-watak kartun.
Beliau membidas kenyataan Ahli Parlimen DAP-Raub, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz yang secara sinis mendakwa Raja-raja Melayu tidak memerlukan pembelaan mana-mana pihak untuk mengekalkan kedudukan, termasuk oleh PERKASA.
Tegas Abu Bakar, Mohd Ariff tidak layak untuk mempersoalkan perjuangan PERKASA.
“Siapa dia (Ariff) nak kata PERKASA kartun? Dan menambah hanya orang di dalam PERKASA sahaja mengetahui perjuangan PERKASA,” katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today.
Sebelum ini Mohd Ariff mendakwa “Jatuhlah martabat Raja Melayu kalau ada terlintas fikiran mahukan pembelaaan dari kumpulan-kumpulan seperti PERKASA”.
Sehubungan itu Abu Bakar menasihatkan supaya Mohd Ariff menyertai sendiri dan melihat peranan yang dimainkan oleh PERKASA.
Katanya dalam PERKASA, Ahli Parlimen Raub itu akan mengetahui dan tidak mustahil akan tertarik untuk masuk dan menyertai badan ini jika jiwa beliau mahu negara ini aman.
Namun begitu, Abu Bakar tidak hairan sekiranya bangsa lain selain kaum Melayu menghina PERKASA dan menambah “mungkin kerana mereka menganggap kami menghalang agenda mereka”.
Tambahnya, beliau cukup hairan apabila bangsa Melayu sendiri menghina PERKASA.
Sementara itu Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali enggan mengulas kenyataan Mohd Ariff kerana tidak berminat.
“Kenyataan itu tak ada ‘class’ dan buang masa,” tulisnya dalam pesanan ringkas kepada Free Malaysia Today.

1 comment:

  1. Muka orang orang Bahslol itu agak agak serupa saja....

    Kalau tak percays , tengok lah dan banding sama muka Pak Ariff Sabri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa