Published: 11 January 2015 - TMI
Mangsa banjir dan sukarelawan mula menjalankan kerja pembersihan pasca banjir di Manek Urai, Kelantan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Januari, 2015.
Sukarelawan dinasihatkan memakai sut lengkap ketika menjalankan kerja pembersihan pasca banjir.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata langkah ini bagi mengelakkan pasukan berkenaan dari dijangkiti penyakit.
Katanya sukarelawan yang ada luka walaupun kecil tidak digalak melakukan kerja pembersihan kerana penyakit bawaan air seperti E coli dan leptospirosis (penyakit kencing tikus) boleh merebak ke dalam badan melalui luka.
"Sukarelawan jangan pandang ringan...pakai sarung tangan, kasut dan mask (topeng tutup mulut).
"Pakai mask itu penting sebab kita khuatir debu atau tanah yang dihanyutkan arus itu boleh mendatangkan batuk mahupun sesak nafas kepada mereka selain terkena penyakit yang lain," katanya kepada pemberita selepas melawat Hospital Kemaman, hari ini.
Menurutnya setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan berhubung wabak penyakit merebak akibat banjir yang melanda sejak pertengahan bulan lepas.
Katanya, hanya kes penyakit biasa seperti cirit-birit dan juga kes terpencil melibatkan tambahan kes jangkitan penyakit kencing tikus direkodkan setakat ini.
"Penyakit kencing tikus ini berlaku di Gua Musang, Kelantan dan melibatkan mangsa dalam kalangan Orang Asli di kawasan itu," katanya.
Pasukan perubatan bergerak dari negeri-negeri yang kurang terjejas ke negeri terjejas teruk seperti Kelantan untuk membantu.
Beliau berkata kementeriannya juga turut mendapat khidmat doktor dari Thailand yang turun ke lokasi terjejas di Kelantan. – Bernama, 11 Januari, 2014.
Ini untuk elak dapat sakit E Coli.
ReplyDeleteJangan sebab banjir , ramai mintak MC tak nak kerja bulan2 tahun baru ini.
Standard otak2 Melayu saja.
Ekonomi dah nak bankrap , tak pasal2 dapat VSS sebeb E Coli.