Dalam isu ini, bukankah dia mengkritik Khutbah yang pada persepsinya mempromosi ekstremisme?
Ini sudah jadi masalah perasaan penganut Islam bukan hanya setakat Jakim sahaja
Jadi..... maknanya dia berpersepsi tanpa ilmu - dia sendiri tidak profesional sebenarnya
Dah gitu kritik pihak Polis pulak yang dikatakan tidak profesional
Kritik Jakim tidak bermaksud hina Islam, kata Eric Paulsen
PUBLISHED: Jan 11, 2015 04:50pm
"Tweet saya merujuk kepada Jakim sebagai sebuah agensi kerajaan. Mengkritik Jakim tidak boleh dianggap sebagai menghina Islam," katanya dalam Tweet terbaru pada Ahad. - Foto TRP
Setelah menerima kecaman pelbagai pihak, Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty (LFL), Eric Paulsen tampil menjelaskan bahawa beliau tidak bermaksud untuk menghina Islam dengan mengaitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyebaran fahaman ekstrem.
Malah kata Paulsen, beliau merujuk kepada Jakim sebagai sebuah agensi kerajaan.
“Tweet saya merujuk kepada Jakim sebagai sebuah agensi kerajaan. Mengkritik Jakim tidak boleh dianggap sebagai menghina Islam,” katanya dalam Tweet terbaru pada Ahad.
Dalam pada itu, Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mempertahankan Jakim terhadap tuduhan Paulsen ini .
Khairy bertanya kepada Paulsen jika cara badan agama itu berdoa untuk kesejahteraan Malaysia merupakan satu bentuk ekstremisme.
“Setiap hari Jumaat, Jakim memberitahu masjid untuk berdoa untuk kesejahteraan Malaysia, yang merupakan negara anda @EricPaulsen101. Ya, itu ekstremisme,” kata Khairy dalam laman Tweetnya awal pagi Ahad.
Pada Jumaat lalu, Eric Paulsen mencetuskan kontroversi dalam laman Twitternya yang mengaitkan Jakim mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat.
“Jakim sedang mempromosikan ekstremisme setiap hari Jumaat. Kerajaan perlu menanganinya, jika serius tentang ekstremisme di Msia,” tulis Paulsen.
Namun, tweet kontroversinya juga telah menarik perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
“Ini jenis kenyataan perlu disiasat di bawah Akta Hasutan. Polis akan menyiasat di bawah Akta ini,” kata Khalid dalam Tweetnya pada Sabtu. - sumber
kita memang nak sgt tengok dia ni mintak maap atau menyesal dgn perbuatan dia..tapi kalo dia mintak maap sekalipun,esok2 nak tegakkan agama kena tanya dia jugak..sebab dia salah sorang antara berjuta2 penyembah berhala yg undinya sah menentukan hala tuju sesuatu cita2,undi dia sah dapat memberi keizinan terhadap sesuatu cita2 sesebuah parti,termasuklah cita2 beragama..
ReplyDeleteso kita muslim2 ni tgh main wayang dlm x sedar atau dlm terpaksa?
hehe
tanya dia apa yang ada unsur ekstrim dalam teks khutbah jumaat yang ditulis pihak jakim.
ReplyDeleteBagus juga kapir lahanat mengikuti khutbah jumaat...kalau teks yang disediakan JAKUN benar-benar berkualiti dan mempamirkan Islam yang syumul, mahu si kapir ni mendapat hidayat dan memeluk Islam....
ReplyDeleteTapi mahaf cakapla....selaku seorang Islam yang berpendidiokan, saya sendiri mendapati isi kandungan khutbah jumaat yang disediakan di kebanyakan Jabatan Agama Islam Negeri amatlah menyedihkan serta rendah mutunya. Lebih ramai jemaah yang tidur dari mrndapat inspirasi. Lebih menyedihkan lagi kadangkala khutbah ini dipolitikkan pulak....rasa macam nak sergah Khatib yang membacanya......
Apakah negara kita kekurangan cendiakawan Islam yang mampu menyediakan teks khutbah yang benar-benar dapat memberi inspirasi kepada jemaah supaya bangun menjadi suatu ummah yang beiman, rajin berusaha, jujur, amanah serta bersatu padu.......
Ekononi dunia sudah kelam kabut , ekonomi negara pun nak jatuh terduduk pun.
ReplyDeleteRinggit dah jatuh 3,53 ke USD1
Jangan bebende ini sengaja di buat agar rakyat kelam kabut , dgn ekononi hancur negara boleh jadi macam Haiti
Indonesia sudah nak bangun , tetapi kita nak gali kubur sendiri.
Yang bahalol pun banyak orang orang Melayu saja , muskin papa kedana.
Bila ekonomi jatuh , yang makan kangkong pun Melayu juga sebab bukan melayu rata rata ber satu dan tidak bahalol.
Kena renung jugak.
Jika dia hendak mencampuri urusan pentadbiran agama Islam, kita juga boleh menegur Jabatan Alam Sekitar kerana tidak mengambil tindakan terhadap pembakaran colok gergasi yg amat nyata mencemarkan udara dgn kepulan asap tebal. Tentu dia tidak akan membantah saranan ini, jika tidak percaya cubalah bertanya pada dia itu sendiri. Ini bukannya bermaksud menghina agamanya, tetapi demi untuk keselesaan rakyat secara keseluruhan.
ReplyDelete