Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, January 8, 2015

Tajuk Menarik Hari Ini Dari FMT!

Kalau berdasarkan pada komen yang dipastekan di bawah tak ada apa pun!
Itu hanya sekadar pendapat mereka saja

Tapi kalau jenis penjilat tu memanglah jarang yang pakai akai dan otak
Tapi penentang bodoh pun ada juga
Bila kena batang hidung sendiri, pandai pulak mengelak dan menepis tetapi kekadang dengan alasan bodoh!

Satu lagi warriors apa kalau jenis pengecut?
Apa pun tak pula diketahui siapa Puteri Sarinande ni

Ada otak tiada akal, ada akal tapi benak
January 8, 2015
Mungkinkah mereka ini mengalami masalah jiwa kacau, justeru luahan maki hamun saja jadi ubatnya?
RosmahCannotSleepComments
Memang benarlah kata orang-orang tua, “kalau suka bau bunga, kalau tak suka bau tahi.”
Begitulah resam manusia, jarang menggunakan akal yang ada untuk berfikir dengan waras dan rasional. Cepat sangat melatah! Perkara negatif dianggap menarik, yang positif pula dikatakan membosankan.
Akibatnya, ada pihak-pihak tertentu yang jadi mangsa. Antara yang sering jadi mangsa terutamanya akhir-akhir ini ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor.
Apa jua mengenai Najib atau Rosmah, segalanya nampak tidak elok. Ada saja yang dikaitkan dengan itu dan ini. Contohnya, apabila timbul soal Najib pergi bercuti, banyak betul tohmahan yang dilemparkan. Lebih buruk, ada yang mencerca beliau. Bila Najib kembali, lain pula kisahnya. Ada saja cerita versi lain yang lebih “menarik” dicanang. Serba serbi tidak kena. Media sosiallah wadah pemikiran mereka.
Kebelakangan ini, pasangan suami isteri nombor 1 negara ini memang menjadi mangsa, sama ada ia berpunca daripada kesilapan mereka sendiri, mahupun sebaliknya, mereka tetap menjadi mangsa. Setiap pergerakan mereka dimata-matakan.
Tidak cukup “modal” mencerca Najib, Rosmahlah dijadikan bahan. Ada pihak yang berdiam apabila tahu kebenarannya, mereka yang tidak puas hati akan mencari “kesilapan” Najib yang lain pula. Hakikatnya, mereka ini tidak akan berhenti atau meletakkan noktah.
Apa yang pasti, masing-masing punyai sebab tersendiri. Ada teguran yang ikhlas, ada pula yang bersungguh-sungguh berhasrat menjatuhkan Najib.
Baru saja reda sedikit satu isu, isu lain pula digembar-gemburkan. Mestikah segalanya dikaitkan soal politik? Wajarkah mereka dicerca, dituduh bermacam-macam sesuka hati?
Sehinggakan, berita mengenai Rosmah mengakui tidak dapat tidur pun dikaitkan dengan politik negara.Najib dan Rosmah tu manusia biasa. Justeru, adalah satu perkara biasa kalau dalam sesuatu yang diperkatakan atau dibualkan itu berkait dengan kehidupan harian. Umpamanya apabila Rosmah, berkata beliau tidak dapat tidur kerana gangguan orang merempit. Berita tersebut pun dijadikan modal untuk mencerca, menyumpah seranah dan mengungkit perkara yang bukan-bukan!
Bukan soal tidur itu, isunya. Usah buat-buat tak faham. The moral of the story adalah pasal mat rempit. Tak faham kah? Orang merempit pun salah Najib? Come on…nak kritik pun biarlah bertempat dan kena isunya!
Saya bukan peminat tegar Najib, bukan juga Rosmah atau UMNO mahupun Barisan Nasional. Tetapi…saya cuba sedaya mungkin untuk membezakan yang benar dan yang salah.
Tidak mahu membelasah sesuka hati, apatah lagi mencerca. Apakah itu contoh keperibadian ajaran keluarga, bangsa dan agama? Rasanya tidak ada bangsa atau agama yang mahu kita bersikap demikian. Memaki-hamun, bermusuh-musuhan, fitnah-memfitnah, seronokkah demikian? Mungkinkah mereka ini mengalami masalah jiwa kacau, justeru luahan maki hamun saja jadi ubatnya?
Najib atau Rosmah menjadi mangsa cercaan bukanlah isu di sini. Namun, sikap para pengguna yang mengkategorikan diri mereka sebagai keyboard warrior di laman-laman sosial untuk mencerca, memaki hamun dan menyebarkan fitnah adalah “pelakon utama” dalam artikel ini.
Apa yang jelas pada masa kini adalah sikap ketidakpedulian golongan key board warrior ini terhadap budaya sopan santun. Keadaan ini jelas dapat dilihat melalui komen-komen di laman-laman sosial. Agak mustahil bagi seseorang yang celik internet, tidak tahu atau tidak celik adab sopan. Mungkinkah kehidupan modern menjadikan amalan beradab dan bersopan-santun tidak relevan lagi?
Lihatlah komen-komen mereka, terutamanya di laman-laman sosial milik organisasi media, di mana banyak menyiarkan pelbagai berita terutamanya yang melibatkan pemimpin negara. Kebanyakan yang memberi komen bagaikan tidak tahu membezakan antara kritikan dan penghinaan. Keadaan ini menjadi kudis dan jika tidak dibendung, akan melarat menjadi barah yang sangat parah!
Sesuatu yang menarik perhatian saya di www.umarfaruq.com adalah penjelasannya mengenai keyboard warriors yang ringkasnya berbunyi:
Keyboard warrior yang menulis dan buat apa yang dituliskan itu. Golongan ini aku sangat respek sebab most of them berani mengetengahkan fikiran mereka. Tapi bila berjumpa face to face pun, mereka still berani sebab apa yang dituliskan tu memang kukuh dan mereka sendiri berani. Golongan yang macam ni biasanya dalam internet hebat dan di luar pun mereka memang hebat.
Keyboard warrior yang hanya berani di internet, real life memang loser. Golongan keyboard warrior macam ini yang sangat ramai dalam internet. Menulis macam mereka yang perfect sangat hingga sanggup kutuk orang lain tanpa rasa bersalah. Yes, most of them hanya menulis untuk memberikan idea dan pendapat tapi biarlah diri tu yang dibetulkan dahulu. Dari golongan macam ini la yang muncul ‘lalat’ yang mencaci maki kat bahagian komen.”
Renung-renungkanlah…

3 comments:

  1. kau pun dah haru nampaknya.bercelaru

    ReplyDelete
  2. kau pun dah haru nampaknya.bercelaru

    ReplyDelete
  3. Ikut jalan benar macam ajaran Islam.
    Berbeda pendapat macam Syafe'i, Hambali. Hanafi dan Maliki tapi tetap saling hormat.
    Sebagai manusia tak lari dari kesilapan tapi sedia balik ke pangkal jalan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa