Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 12, 2015

Takkan Zam Baru Sedar Kot?

PERKAUMAN CINA THE STAR BERSELINDONG DISEBALIK BAHASA INGGERIS.

Betapa  MCA dikuasai oleh  pelampau Cina  terserlah dengan terang lagi nyata apabila Pengerusi Biro Kaharmonian Agama MCA Datuk Seri Tin Lian Ker langsung tidak mempedulikan provokasi liar   Eric Paulsen terhadap umat Islam di negara ini dengan menuduh khutbah setiap  Jumaat mempromosikan ekremisme.

Sebaliknya dalam kenyataan di akhbar The Star hari ini (12 Januari) ,Datuk Ti menyeru supaya Presiden Perkasa Ibrahim Ali disiasat polis   tentang kenyataannya kerana  disamping mengutuk tindakan pembunuhan di akhbar Charlie Hebdo di Paris  telah   mendakwa perbuatan itu kerana kerajaan Prancis tidak melakukan sesuatu untuk mencegah penyiaran karikatur Nabi Muhamed yang memprovokasi umat Islam.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir Mohamed dan juga Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin  juga memberikan alasan provokasi yang mencetuskan kejadian itu disamping mengutuknya dengan keras. Apakah ini tidak berarti Datuk Seri Tian Lian Ker mahu mereka juga disiasat.

Apakah kenyataan Ibrahim Ali,Tun Mahathir dan Khairi terhadap suatu kejadian yang jauh dimata lebih merbahaya dari kenyataan Eric Paulsen yang memprovokaskan umat Islam negara ini di depan mata MCA. Apakah MCA dibutakan  mata oleh kerana  tebalnya kacamata perkauman Cina.

MCA mahukan Ibrahim meniru kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang mengutuk sepenohnya  tindakan pembunuhan beramai ramai itu secara  jujur( Artinya tanpa sebarang alasan yang membenarkan kejadian itu berlaku)

Nampak sangat perkauman Cina dan prejudis  The Star terhadap Melayu dan  orang Islam di negara ini  dengan  tidak langsung menyiarkan  sebarang  berita mengenai provokasi Eric  Paulsen terhadap umat Islam di negara ini termasuk  kenyataan Ketua Polis Negara yang pasti  akan menyiasat dan mengambil tindakan terhadap perbuatan liar  peguam itu.Kenyataan KPN adalah untuk menenangkan suasana kemarahan.

 MAPIM juga telah melihat kejahatan  The Star di sebalik dakwaannya menjadi Voice Of Moderation rakyat  negara ini sebaliknya kata MAPIM  Star lebih  menunjulkan hanya orang Melayu dan Islam sebagai kumpulan pelampau sedangkan puak pelampau adalah melampaui batas agama dan kaum.

MAPIM juga  mengecam  kumpulan yang mendakwa sebagai 25 Melayu Ternama  yang memburukan orang Melayu sebagai tamak dan mahu menapikan hak kaum lain di negara ini.

Sepanjang kempennya,kata MAPIM   The Star cuba menggambarkan mereka yang tidak menyokong 25 orang ini termasuk pandangan mereka terhadap undang -undang syariah sebagai ekstremis sedangkan mereka ini bukanlah mewakili majoriti orang Islam dan Melayu  di negara ini.

Seluruh orang Islam di negara ini mulai hari ini hendaklah sedar bahawa akhbar The Star dengan disokong  oleh anasir anasir perkaum dalam  MCA dan juga ansir pelampau Kristian  sedang  menjalankan kempen secara halus dan jahat untuk melaga-lagakan orang Islam dan juga menanam perasaan bencikan   Islam dan Melayu  di kalangan rakyat berbagai kaum  negara ini dengan berselindong di sebalik bahasa Inggeris dan keharmonian agama.

Datu Seri Ti Lian Ker secara tidak langsung  menolak Akta Hasutan 48 apabila beliau tidak melihat kewajaran dalam kata kata  Ibrahim Ali bahawa kejadian di Paris itu adalah akibat dari Kerajaan Perancis tidak bertindak mencegahnya dari awal.Tidakah ini matlamat utama Akta Hasutan.

Artinya dia  mahu supaya kerajaan Malasyia tidak berbuat apa apa jika akhbar  The Star menyiarkan karikatur Nabi Muhammad kerana kerana berpandangan orang Islam di Perancis tidak seharusnya bertidak ganas kerana  Charlie Hebdo  juga menyiarkan karikatur  jenaka terhadap Pope dan kerajaan. Jadi jika The Star membuat demikianm kepada agama Budha dan Kristian di Malaysia maka kerajaan Malaysia juga jangan mencegahnya jika dilakukan terhadap Nabi Muahamed SAW. Persamaan Hak, Malaysian Malaysia. Apa bezanya DAP dan MCA dan Datuk Wong Chun Wai??? - Zamkata

1 comment:

  1. Persoalan admin 'Apa bezanya DAP dan MCA dan Datuk Wong Chun Wai???' itu ada bezanya. Seandainya isu ini dibangkitkan oleh LKS atau LGE atau mana2 pemimpin DAP yg lain, jika KPN atau pemimpin Umno, Perkasa dan yg sewaktu dgnnya sedang sakit perut memulas-mulas akan ditangguhkan dahulu untuk bertindak dgn segera gila babi. Tapi jika rakan sekelambu itu yg terang-terangan sahih membangkitkan isu tersebut, jika perut tak sakit pun akan dikatakan sakit ataupun kena jangkitan kuman ecoli.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa