Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, January 12, 2015

Percayakah mereka kepada mahkamah Allah Taala?

'Kita jumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti'
10:55AM - 12 Jan 2015 - mk

"Kita berjumpa di mahkamah Allah Taala pula nanti," Itulah kata-kata Mejar Zaidi Ahmad yang didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera atas tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera.

Pesanan itu disampaikan Zaidi selepas beliau diberi amaran bakal berhadapan tuduhan menghina mahkamah jika terus mahu menyebut faktor politik dalam keterangannya untuk meringankan hukuman ke atasnya.

"Apabila berhadapan situasi politik, perut adalah lebih penting daripada kepala," katanya.


Ini pula laporan dari therakyatpost
Mejar Zaidi didapati bersalah atas dua tuduhan

KUALA LUMPUR, 12 Januari:

Mejar Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Zaidi Ahmad didapati bersalah oleh Mahkamah Tentera Kuala Lumpur atas dua tuduhan isu dakwat kekal ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan siar maklumat tukar kerja.
Dia bersalah terhadap tuduhan memberi kenyataan media tanpa izin Majlis Angkatan Tentera dan menyiarkan kawat tumpangan rasmi tentera.
Ahli-ahli mahkamah bagaimanapun belum memutuskan bentuk hukuman yang bakal dijatuhkan kerana proses mitigasi hukuman sedang berlangsung.
Pegawai tentera itu didakwa membuat kenyataan media berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya perkara itu disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera, tanpa mendapat kelulusan Kementerian Pertahanan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah Kepala Batas pada 1 Mei 2013.
Zaidi juga berdepan dua lagi pertuduhan iaitu membuat kenyataan media bagi melahirkan rasa tidak puas hati berhubung isu dakwat kekal, yang sepatutnya disiasat melalui saluran pihak angkatan tentera.
Dia juga didakwa menyiarkan maklumat rasmi iaitu berupa kawat tumpangan keluar kepada pihak media tanpa kelulusan Majlis Angkatan Tentera.
Zaidi telah membuat laporan polis pada 1 Mei 2013 lalu setelah mendapati dakwat kekal yang digunakan dalam proses pengundian awal PRU13 itu tidak kekal.
Juruterbang TUDM itu telah menjalani proses pengundian awal PRU-13 pada 30 April 2013 dan kemudiannya mendapati dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya luntur apabila dibasuh dengan sabun dan pencuci tangan.
Beliau dan isterinya Shafinah Abdul Hamid bersama Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara di Kepala Batas untuk menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang menjelaskan dakwat yang digunakan boleh bertahan selama seminggu.

3 comments:

  1. Bebudak bahalol mana ada takut pada Allah SWT kalau sholat pun tak buat....

    Kalau dia tahu ada azab kubor , sudah pasti hidup nya kerana Allah SWT dan berani kerana benar.

    Ini bebudak bahalol melayu pulak tu yang perut mesti kenyang makan di suap itu wajib.

    Rata rata orang orang Melayu saja.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah kamu sekeluarga akan hidup tenang dibawah lindungan Allah.Tak perlu harta berjuta.benar dalam mempethankan kebanaran akan terbukti kamu adalah manusia mulia disisi allah buka disisi manusia.

    ReplyDelete
  3. Saadon tu gua kenal bro
    Tu mangkok hayun tu bro
    Pegawai atasan semua tahi air setan..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa