Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, January 11, 2015

Wajarkah Kebiadaban Dibalas Dengan Kekejaman?

Dia telah terima pembalasan dari kebiadabannya
Tapi bagi aku, tidak seharusnya dia terima padah dengan cara kejam
Kejam dengan sembrono bukan dari ajaran Islam
Dalam Islam ada keadilan, ada kemaafan dan juga ada hukuman
Tapi hukuman adalah tindakan yang terakhir
Penulis di bawah ini bukan Islam dan tidak terjamin lepas dari prajudis.....

Kata-kata Voltaire kembali diingati selepas pembunuhan Carlie Hebdo
02:30PM Jan 11 2015
 oleh Joe Leong
PERHARGAAN: Ungkapan “Saya tak setuju apa katamu, tetapi saya pertahan hak kamu berkata-kata,” dihambur Voltaire, penulis satira Peranchis (1694-1778) yang berkenal. Ia kembali diingati ketika sebilangan manusia di serata dunia memberi peringatan buat penulis dan kartunis Charlie Hebdo yang ditembak mati minggu lepas di Paris.

Ketua pengarang Stephane Charbonnier yang dikenali Charb bakal dikenang seperti Voltaire, berkorban nyawa menjadi penulis dan kartunis yang kukuh pendirian dan melaungkan kebebasan berekspresi.

Sebelum tengahari pada 7 Jan, dua lelaki bertopeng menyerbu pejabat Charlie Hebdo dan menembak tepat ke arah Charb dan 11 lagi kartunis dan penyumbang. Dua pegawai polis Peranchis turut terkorban. Mereka menjalani sidang redaksi ketika itu.

Pekartun seluruh dunia memaparkan coretan dan kartun memperingati mereka yang terbunuh dan teruk tercedera.

Ribuan insan yang tak sukakan kartun sebegitu turut hadir ke perhimpunan di seluruh Peranchis sambil menyalakan lilin dengan nota memperingati mereka. Sokongan diberi terhadap kebebasan dengan mereka mengaku “Aku Charlie” (Je suis Charlie).

Pemimpin dunia menyelar serangan dan ia dianggap ganas kerana bercanggahan dengan nilai barat bagi kebebasan berekspresi, yang juga nilai penting demokrasi.

Peranchis berkabung pada 8 Jan di mana gereja membunyikan loceng termasuk Notre Dame Cathedral di Paris. Di gereja ikonik itu, lonceng berbunyi lima minit di kala manusia diam membatu selama 60 saat.

Charlie Hebdo hanya memiliki edaran 60,000 naskah dengan 25 pekerja dan sering menarik kontroversi dengan serangan bertali arus terhadap pemimpin agama. Pejabatnya dibaling bom api dan laman sesawangnya digodam pada 2011 selepas ia mengeluarkan karikatur Nabi Muhammad sebagai penghias muka depan. Charb diugut bunuh dan tinggal di bawah pengawasan polis sewaktu beliau ditembak baru-baru ini.

Setahun selepas karikatur tersebut, Charlie Hebdo terus galak menyerang Nabi Muhammad selepas kedutaan AS di Timur Tengah diserang berikutan bantahan filem “Innocence of Muslims”.

“Selepas tersiar filem cereka di AS, akhbar lain turut menempelak serangan ke arah kedutaan. Cuma kami melakukannya dengan kartun dan ia tidak menyakiti sesiapa.”

Charb tidak berniat menyakiti sesiapa, namun van polis Peranchis seringkali ada di luar pejabatnya.

Charb memberitahu media dia wartawan yang menjalankan tugas, sewaktu ancaman terhadap nyawanya kedengaran.

Relaks saja nampaknya beliau ketika itu namun kini nyawanya telah melayang.

Edaran Charlie Hebdo turun naik. Diterbitkan kali pertama pada 1969 ke 1981, ia ditamatkan sebelum hidup kembali pada 1992. Pihak yang menggantikan Charb bertekad membuat edaran lebih banyak pada 14 Januari ini.

Voltaire atau Francois Marie Arouet adalah penulis satira yang sering menyerang dogma agama dan institusi di Peranchis. Dia lantang bersuara dan sering berdepan risiko.

Voltaire juga dikenali kerana serangan ke atas gereja Katolik dan berjuang menegakkan kebebasan beragama, berekspresi dan pemisahan gereja dengan negeri.

Charb dan kawan-kawannya yang tumbang membanggakan Voltaire. Mungkin dia terpusing dalam kuburnya kerana menyaksikan keberanian pelukis satira Peranchis hari ini dalam berjuang.

Dunia kini sebak mengenangkan kehilangan penulis dan pekartun yang telah hilang nyawa. Mereka hanya memperjuangkan kebebasan bersuara hingga ke titisan darah terakhir.

7 comments:

  1. "SIAPA" yg balas tu?

    ReplyDelete
  2. Anon 4:06 PM

    Mungkin tajuk saya agak samar.

    Yang biadap adalah manusia kafir yang menghina nabi dan agama Islam.

    Yang membalas dengan keganasan dengan sembrono adalah penyerang dan penghina itu mati termasuklah kemusnahan syarikat itu. Tetapi adakah Islam mahukan membalas dengan cara itu?

    Yang membalas kononnya kerana agama juga dibunuh oleh pihak berkuasa perancis selaras dengan undang-undang mereka. Itu hak mereka melindungi rakyat mereka. Di mana-mana negara pun menyerang dengan keganasan begitu tidak akan terlepas.

    Kalau pun mereka beriktiqat mereka membunuh kerana membela Islam dan Rasul, kematian mereka adalah urusan roh mereka dan Allah yang Maha Mengetahui........
    Wallahu'aklam

    ReplyDelete
  3. siasat dulu sebelum buat apa apa kenyataan. orang ramai tidak perlu memandai mandai. orang islam bukan mudah diperdaya. jadilah muslim sejati bukan muslim kerana keturunan.

    ReplyDelete
  4. Anon 6:30 PM

    Hang pegilah tanya dan siasat cerita sebenar di Paris tu!

    Ko ingat ingat Islam sejati tu macam mana?

    Aku nasihatkan ko baca blog Umarak Dagang dari Pak Karamu buat permulaan dan cuba cari Pak Karamu dan bermuzakarah dengannya.

    Apa pun jangan pulak ko kata aku ni pentaksub Pak Karamu nak promosi pula. Tapi Umarak Dagang memang berisi

    Atau ko cari kita Darunnafis atau Hidayatussalikin untuk permulaan. Pas tu ko carilah mursyid

    ReplyDelete
  5. Mengapa perkara mengenai kepercayaan kpd sesuatu agama hendak dipermain-mainkan? Jika kepercayaan pd agama hindu atau budha atau apa agama sekalipun dipermain-mainkan, ia mengundang risiko tindak balas yg keras sehingga boleh kehilangan nyawa juga. Mangsa sebenarnya sedar akan hal ini, tetapi tetap degil hendak mendepani risiko itu. Jadi dia layak menuai apa yg dia semai. Alangkan jika ibu bapa kita dihina atas apa alasan sekalipun termasuklah sebab kebebasan bersuara kononnya, sudah barang tentu ia merupakan 'sengaja mencari nahas', apatah lagi agama pula yg dihina. Ia menepati pepatah 'rezeki jangan ditolak, bala jangan dicari'. Setuju atau tidak, ia merupakan perkara yg subjektif.

    ReplyDelete
  6. Saya tak setuju dengan kata katamu.. tetapi saya setuju dgn hak kamu utk berkata kata" hanya applicable dlm isu kehidupan yg biasa tetapi dlm hal yg melibatkan maruah.. orang bermaruah akan berkata.."saya tidak bersetuju dgn kata kata mu yg menghina.. ingat terlajak perahu boleh berundur.. terlajak kata badan binasa"..to hell with charlie habdoo and to hell with paul leong

    kamu boleh berselisih pendapat..tapi jangan sampai menghina.. akibatnya kamu kehilangan nyawa

    ReplyDelete
  7. betol tu,ibu bapa kita kalau disentuh jgn buat giler..x sesekali nyawa/untung tenggelam kedua org tua kita akan kita sanggup sandarkan pada sesapa kecuali Tuhan...tapi dlm masa sama untung tenggelam agama tuhan kita sandar kat undi manusia dan penyembah2 berhala...
    sempoii....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa