Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, April 1, 2015

Cubaan bisukan media?

Adakah ini cubaan terang-terangan tutup suara media? 
06:30PM Mac 31
oleh Alyaa Alhadjri

SEKILAS PANDANG: Lebih daripada 100 politikus dan aktivis masyarakat sivil sudah ditangkap dan disiasat di atas tuduhan menghasut pada bulan ini. Kini, wartawan juga telah termasuk dalam senarai (amat) panjang itu.
Penahanan penerbit The Edge Ho Ky Tat, Ketua Eksekutif The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadique dan tiga editor kanan – Lionel Morais, Zulkifli Sulong dan Amin Shah Iskandar – dikaitkan dengan sebuah laporan yang diterbitkan pada 25 Mac yang menyatakan Majlis Raja-raja menolak cadangan pemindaan Perlembagaan Persekutuan bagi membolehkan hudud dikuatkuasakan di Kelantan.
Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-raja membuat laporan polis pada 26 Mac lalu bagi menafikan yang Majlis Raja-raja telah membincangkan hal itu, dan menambah ia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung hudud.
Tiga editor itu ditahan selepas serbuan lebih daripada 10 polis dan pegawai daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di pejabat TMI di Petaling Jaya, kira-kira jam 5.45 petang pada 30 Mac lalu.
Manakala Ho dan Jahabar ditahan pagi tadi (31 Mac) di Balai Polis Dang Wangi, selepas mereka tiba bagi memberikan kenyataan.
Sebaik sebelum beliau ditahan, TMI memetik Jahabar sebagai berkata: “Penahanan ini kelihatan bukan disebabkan satu laporan kami tentang hudud semata-mata.”
Kelima-limanya disiasat di bawah Seksyen 4(3) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, kerana menerbitkan bahan berunsur hasutan.
Ketika Ho dan Jahabar masih ditahan setakat jam 3 petang hari ini, peguam Syahredzan Johan telah mengesahkan bahawa majistret menolak permohonan polis untuk mendapatkan perintah reman empat hari terhadap tiga editor kanan itu. Mereka kemudian dibebaskan selepas bermalam di lokap Dang Wangi semalam.
Penangkapan dan penahanan mereka telah dikecam hebat oleh kumpulan kebebasan media tempatan, serantau dan antarabangsa sebagai cubaan terang-terangan untuk menuntup suara media.
Sebagai tanda solidariti, kumpulan kebebasan media antaranya Kesatuan Wartawan Kebangsaan Malaysia (NUJM), Gerakan Media Marah (Geramm), Institute of Journalist (IOJ), Pusat Kewartawanan Bebas Malaysia (CIJ) dan Kesatuan Wartawan Asia Tenggara (SEAPA) telah mengeluarkan kenyataan mereka.
Setiausaha Agung NUJ Schave Jerome De Rozario berkata, walaupun polis berhak menyiasat semua laporan yang dibuat, kesatuan berpandangan bahawa Akta Hasutan telah disalahgunakan terhadap para editor.
“Kesatuan percaya bahawa polis menggunakan Akta Hasutan untuk menyiasat wartawan untuk menakutkan dan campur tangan dalam kebebasan media.
“Kerajaan atau mana-mana badan penguatkuasa undang-undang perlu bertindak secara meyakinkan dalam hal ini, dan mengembalikan kredibiliti mereka di mata orang ramai dan pengamal media, bukannya secara angkuh,” katanya.
Sementara itu, Geramm menyifatkan penahanan sebagai “penyalahgunaan kuasa polis” terhadap media.
Geramm berkata, walaupun institusi beraja dan kemuliaannya perlu dilindungi, media juga adalah sebuah institusi demokrasi justeru kebebasannya untuk memenuhi permintaan orang ramai yang mahukan maklumat juga perlu dipertahankan.
Gabungan longgar wartawan itu juga menekankan, laporan berita tidak perlu dijadikan sebagai jenayah, kerana sebarang pertikaian boleh diselesaikan secara perhubungan terus antara pihak yang terlibat dan organisasi media.
CIJ juga mengambil pendirian yang sama. Dalam satu kenyataan bersama, pengarah CIJ Sonia Randhawa dan Jac Kee mempersoalkan sikap autoritarian ketika serbuan dan tangkapan dibuat.
“Jika artikel tersebut didapati tidak benar, ia boleh disangkal dan TMI diminta untuk menarik balik atau menerbitkan pembetulan.
“Malah jika polis mahu memulakan siasatan pun, mereka boleh meminta maklumat yang diperlukan daripada TMI, bukannya menyerbu pejabat dan menangkap editor mereka,” kata CIJ.
Pengarah Eksekutif SEAPA Gayathry Venkiteswaran pula menyokong seruan CIJ dan menekankan  bahawa media adalah sebuah medium penting untuk suara yang pelbagai, dan perlu dilindungi dan bukan dianggap sebagai jenayah.
“Penyiasatan itu dilaporkan berhubung kandungan berita laman tersebut berhubung undang-undang hudud, yang merupakan isu melibatkan kepentingan awam.
“Apa-apa bantahan berhubung pandangan yang dibawa perlu dinyatakan melalui perbincangan dan perbahasan, bukan dengan Akta Hasutan,” katanya.
Katanya lagi, SEAPA khuatir yang undang-undang internet sudah menjadi alat kerajaan untuk memadamkan suara-suara kritikan dan media.
Selain kumpulan kebebasan media, NGO lain yang mengecam penahanan tersebut termasuk Center for a Better Tomorrow, Amnesty International dan Human Rights Watch.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi akaun twitternya @KBAB51 pagi tadi berkata, “tiada toleransi” terhadap dakwaan cubaan membuat provokasi.
Dengan mengambil kira penolakan majistret terhadap permohonan reman polis, semua kumpulan media juga perlu menunjukkan “tiada toleransi” terhadap sebarang cubaan untuk menakutkan dan mendiamkan media melalui penangkapan seumpama itu.
Dalam isu ini badan kehakiman sekurang-kurangnya telah bertindak secara wajar dengan menolak permohonan reman empat hari oleh polis, yang sememangnya langsung tidak perlu.
Ia juga secara jelas menunjukkan sememangnya tiada asas dalam penggunaan kuasa polis secara berlebihan dalam menakut-nakutkan dan mengganggu media.

4 comments:

  1. Media dan wartawan seperti TMI hanya ikut arahan "majikan" dan sanggup menggadaikan maruah mereka hanya kerana menjaga periuk nasi.

    Berita palsu yang cuba diwartakan sehingga sanggup mengheret institusi raja-raja demi menjaga hati "majikan" mereka. Apakah perkara ini tidak perlu disekat?

    Kebebasan media hanya untuk yang berkata benar bukan untuk mencipta berita yang tidak benar dan menghuru-harakan rakyat.

    Eloklah pihak polis menyiasat siapa sebenarnya "majikan" yang dimaksudkan dan harus diambil tindakan yang sewajarnya.


    ReplyDelete
  2. Tanda tanda Rejim Lahanat nak masok kubor sudah mula

    Mana bole hidup kaya ber gaya dengan tipu aniaya Rakyat saja

    Darah daging tak berkat , takut mati kena kanser , sakit jantong dan pecah otak saja

    Ini semua kes standard lepas aniaya orang

    Hidup tongkat lah batu nesan sendiri dulu , sebelom menongkat langit

    ReplyDelete
  3. Kene tangkap x boleh..tapi emnipu dan buat fitnah guna media x per...uwekkkkk

    ReplyDelete
  4. Oiiii POLIS...jenayah berkapok kau tak ambil tindakan cepat dan pantas....part yang ni laju pulak ko menonong pi tangkap.....dan satu lagi aku lihat kalau penyokong kerajaan...cakap2 mereka berbaur menghasut..ko buat dek aje....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa