LEDANG: “Tindak tanduk seperti ini tidak layak diberikan pengampunan,” demikian tegas Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Razali Ibrahim mengenai kedudukan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memohon pengampunan terhadap sabitan kesalahan liwatnya.
Menurut beliau, pengampunan tidak wajar diberikan kerana tindak-tanduk para penyokongnya diterajui Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang berterusan mengadakan demonstrasi secara haram.
“Ketua Pembangkang sudah tidak ada dan (berada) dalam penjara. Tindak tanduk seperti ini tidak layak diberikan pengampunan. Dia hanya mohon (pengampunan) kerana peraturan itu dalam negara kita, sepatutnya hendak pengampunan kena halang orang-orang dia (penyokong PKR) berhenti berdemonstrasi atau buat desakan,” katanya.
Beliau menegaskan, tindakan AMK yang berdegil untuk terus menganjurkan himpunan Kami Lawan di ibu negara esok walaupun petisyen pengampunan Ketua PKR sudah diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, merupakan perbuatan derhaka dan tidak layak diberi pengampunan.
Razali berkata, himpunan itu bertentangan dengan proses permohonan yang dibuat keluarga Anwar apatah lagi anaknya iaitu Naib Presiden PKR, Nurul Izzah akan turut serta dan mahu membaca perutusan Ketua Pembangkang itu.
“Dia nak yang mana satu? Berdemonstrasi atau nak pengampunan dan terus heret rakyat ke jalanan? Apa yang dia lakukan bercanggah dengan apa yang dimohon,” katanya, lapor Utusan.
Razali berkata demikian bagi mengulas tindakan pihak terbabit yang berhasrat mengadakan himpunan haram itu dengan berkumpul di Pasar Seni, Masjid Jamek dan Ibu Pejabat Pas pukul 3 petang sebelum bergerak serta mengadakannya di hadapan kompleks membeli-belah Sogo.
Petisyen pengampunan Anwar dihantar bulan lalu oleh isterinya, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail selepas didapati bersalah meliwat pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.
Menurut Razali, perbuatan AMK itu seakan memperlekeh dan tidak percaya terhadap proses petisyen pengampunan itu selain cubaan mengheret institusi diraja ke dalam kancah permainan politik pembangkang dalam tindakan yang disifatkan sebagai terdesak kerana tidak mempunyai pilihan.
Beliau yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri percaya, himpunan itu bertujuan menyembunyikan konflik dalaman parti dan pakatan pembangkang yang semakin serius dan tidak dapat ditangani kebelakangan ini.
Tradisi berada dlm gerombolan Umno yg antara entiti paling utamanya adalah suka menabur fitnah, maka tidak hairanlah Razali Ibrahim juga bersekongkol dgn jajaan fitnah itu ke hulu ke hilir siang dan malam. Perihal dosa dan pahala, itu semua tolak ke tepi tau dibakulsampahkan terus.
ReplyDeletePenasihat 25 percent..Penasihat Ulam Raja..
ReplyDeleteYa Allah turun kan balasan yg sepatutnya
ReplyDeletePada makhluk yg begini.
Supaya jadi pengajaran buat yg lain.
Amanah mu diperlekehkan sesuka hati.
Jahanamkan golongan ini Dari bumi Malaysia .
Rakyat telah lama menolak kepimpinan yg zalim.
Sesungguhnya sesiapa yg menyokong pimpinan yg zalim,Nabi Muhammad s.a.w tidak
Mengaku umat.
Makbulkanlah permohonan kami.
Admin, komen anon 4.53PM tak patut disiarkan kerana mencarut dan tak ada fakta.
ReplyDeletemanusia layak bagi kemaafan manakala
ReplyDeletekeampunan milik Allah.
Biasa le amno tarf pemikirannya memang amat diragui... So kalau dia ni jd PM xtau le mcmanan nanti....
ReplyDelete