09:30PM Mac 06
oleh Hazlan Zakaria
KOMEN: “Mengapa (anda) kurang ajar!” ini adalah kata-kata yang menurut laporan dikatakan oleh sekumpulan samseng yang memukul ahli Jawatankuasa Kerja Pusat PAS Dr Dzulkefly Ahmad di hadapan rumahnya 5 Mac lalu.
Tetapi kata-kata itu sepatutnya ditujukan kepada samseng itu sendiri, dan kepada gejala baru hooliganisme di dalam parti itu, yang dikenali dengan disiplin dan kepatuhan kepada prinsip Islam.
“Mengapa kurang ajar?”
Sementara insiden ahli PAS yang menjadi sedikit ganas bukanlah sesuatu yang jarang – memang kelakuan itu pernah menunjukkan wajah hodohnya sebelum ini – namun untuk mereka secara terus bertindak sebegini, malah kepada ahli senior sendiri adalah sesuatu yang mengejutkan.
Disiplin dan kredibiliti ahli PAS sering dikaitkan dengan proses tarbiah yang ketat sebaik sahaja menjadi ahli, serta kepatuhan mereka terhadap ajaran Islam seperti kesabaran, perbincangan dan banyak lagi.
Keberadaan ahli-ahli PAS, terutama sukarelawan Unit Amal yang sering mendapat pujian, sememangnya telah banyak membantu mengekang kekecohan di himpunan dan acara Pakatan sebelum ini.
Tentulah jumlah hadirin di kebanyakan acara Pakatan yang sebahagian besarnya adalah ahli PAS yang berdisiplin turut membantu keadaan.
Namun imej disiplin PAS itu barangkali sedikit tercalar, dengan aksi hooliganisme yang agak teruk, seperti yang kita lihat beberapa bulan kebelakangan ini. Ditambah dengan keadaan yang semakin tegang di antara golongan-golongan dalam PAS yang berebut jawatan dalam muktamar parti Jun ini.
Terutama pertembungan antara golongan “Erdogan” yang lebih liberal dan mesra-Pakatan dengan golongan ulama’ dan mesra-kerajaan perpaduan, serta proksi-proksi mereka seperta PasMa yang pro-Pakatan dan kumpulan ulama’ yang tidak dinamakan.
Beberapa bulan mutakhir, kedua-duanya telah menunjukkan sikap terhadap satu sama lain, dan malah ada yang mengadakan protes umum.
Dan seperti biasa di tahun muktamar pemilihan bagi PAS, retorik hujah mereka telah membanjiri media, ceramah, ucapan,
media sosial dan blogosfera PAS yang sememangnya aktif.
Dan seperti lazimnya juga, ia biasanya tidak melangkaui pertembungan pendirian dan pertikaman lidah.
Namun nampaknya tidak lagi, apabila keadaan sudah menjadi semakin “kurang ajar”.
Pada Hari Kekasih 14 Februari, kereta milik Pengarah Pilihanraya PAS Dr Hatta Ramli yang diletakkan di hadapan rumahnya di Kuala Lumpur telah dibakar.
Ia berikutan cakap-cakap daripada kumpulan pro-ulama’ bahawa Hatta dan pasMa terlibat dalam konspirasi menumbangkan kepimpinan ulama’.
Dan yang paling terbaru, tentunya serangan ke atas Dzulkefly.
Ia mungkin bukan tindakan daripada kumpulan dalam PAS, namun pihak yang cuba mencetuskan ketegangan dalam parti itu, seperti yang dikatakan sendiri oleh Dzulkefly.
Dan sama seperti umpan “kerajaan perpaduan” Umno kepada PAS, mungkin ada yang ingin melakukan hal serupa, dengan menggambarkan serangan pro-ulama ke atas pemimpin pro-Pakatan.
Namun dari satu sisi, keadaan memang seolah-olah menunjukkan penyokong pro-ulama’ bukan sekadar menggunakan kata-kata, malah anggota badan juga.
Ini kerana seperti Hatta, Dzulkefly juga dituduh tidak menghormati golongan ulama’ dalam kenyataan terbarunya.
Hujah Dzulkefly adalah, beliau tidak melihat keperluan menghormati pihak yang dikatakan mulia tetapi menggunakan kata-kata kesat kepada pengkritik mereka. Bukankah kata-kata kesat tidak patut keluar daripada mulut seorang yang mulia?
Dalam reaksi segera, Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad mengecam serangan itu, dan menyifatkannya sebagai “provokasi” dan mengarahkan Pemuda PAS negeri mula menjaga keselamatan pemimpin negeri untuk mencegah kejadian serupa.
Jika serangan ini benar-benar daripada golongan pro-ulama’, ia hanya mengukuhkan lagi hujah Dzulkefy bahawa kurangnya adab-adab Islam dalam diri golongan yang mendakwa mulia dan penyokong mereka.
Dan memang, taktik agresif yang hampir mustahil ini boleh dilihat sebagai bukti, golongan kerajaan perpaduan sudah mula berhubungan dengan Umno dan malah telah mencontohi taktik parti itu.
Umno dan pihak yang berkaitan dengannya sebelum ini didakwa mengupah penyokong-penyokong yang agak liar untuk mengganggu pemimpin dan penyokong Pakatan.
Mereka tidak terlalu berselindung dan tidak berusaha untuk menyembunyikan implikasinya, walaupun mungkin ia adalah hasil kerja “agent provokasi”.
Apa-apa pun, sama ada ia adalah hooliganisme dalaman atau sabotaj dari luar, dinamik baru ini mungkin menyaksikan perubahan menyeluruh dalam politiking dalaman PAS yang lazimnya panas namun rasional, ke arah pertembungan yang lebih agresif, kalau pun tidak merbahanya.
Orang orang Melayu PAS sudah jadi bahalol.
ReplyDeleteBahalol2 nak jadi PM / TPM jaja jaja gangsterisme dalam kerajaan macam di Zaman Batu.
Ini akibat pendidikan kurang cerdik yang di kejari oleh pendita pendita PAS.
Bahalol saja
Ini menunjukkan PAS skrg lemah... Byk isu xboleh selesai.. Ramainpemimpinnya celupar... Presideng berdiam diri... Xsesuai utk geng ulamak memerentah.. Xsemua ulamak itu umarak.. Dan semesti nya umarak dtg dari ulamak.. Org mcm nik aziz tu adalah bonus utk pas... Tp hj hadi n the gebg terlalu lemah.. Xtau sepak terajang politik.. Terlalu nampak nak berselingkuh dengan amno yg dah nazak... U membantu org nazak sedangkan u xkuat... Maka u akan lenas sama... Akubrespek nik aziz tetapi xkpd presideng pas skrg... Cakap saja dulu berdegar degar tp skrg dah jd haprak,....
ReplyDeleteTak sangka hooliganisme terjadi kepada PAS dan lebih teruk ia besar kemungkinan dari tindakan golongan yang menggelar diri mereka puak ulamak haraki. Dulu diancam seorang anak muda dekat ibu pejabat PAS oleh ustaz muda bersama anak seorang ustaz dan geng-gengnya. Tak boleh percaya betul...tentu bila dapat kuasa sure brutal lagi dengan menyalahgunakan hujah Quran dan Hadis. Sangat bahaya dan kacau kita dibuatnya. Fikir-fikirkan kalau nak sokong PAS dengan perangai-perangai ustaz sedemikian. Pastinya gurunya lebih teruk lagi dan menyokong anak buahnya secara tersembunyi. Inilah tindakan bodoh bagi mereka yang bodoh takut berhujah dengan fakta. Akhirnya bercakap lain buat lain dan menjadi penipu nombor satu walau Islam kononnya menjadi panduan. Penipu, penipu, penipu....kalau tak dapat tangkap "red handed", terus menerus menipu nak tutup kejahatan dan kesalahan.
ReplyDeleteDey thamby maca, mana berita LGE cakap ahli Dap x ble turun demo ? ......kasi keluar la maca. Skrg ceramah dan demo solidariti kosong juga x da org. Muka blogger tak da teloq pun tara nampak . mana greenboc, tulang besi, alhusyeen dll....semua suda kecut ka ? Itu maca melayu bahlol yg selalu kutuk melayu dan puja sama cina dap pun tarak nampak. Itu maca selalu cakap cina sumbang ekonomi la, itu la, ini la tp dia worang tak da tahu itu komuniti selalu opportunis juga.....kalau untung sama dia dia join la tp kalu rugi dia lari la. Hanya bebuda maca melayu pkr yg bahlol juga yg turun demo dan bersolidariti....... tp sekarang bebudak melayu pun dah tak mahu jadi bahlol lg kecuali blogger tak da telor sama itu melayu bahlol yg selalu kutuk melayu dan memuja itu cina dap .
ReplyDeletePAS ganti UMNO .Ini agaknya
ReplyDeleteCadangan yang dipersetujui semua
ReplyDeleteA.B.A.H
Asalakan Bukan Abdul Hadi
A.B.A.H
p.s turunkan presideng untuk jadi murshidul
bila parti islam yang suci perjuangan nya jadi kolom dek segelintir pemimpin angkuh & kaki maki ! ABU jangan lupa juga lawan geng pro 'ug' !
ReplyDeleteTerbaik PAs...bole ganti UMNO.
ReplyDeleteHamPas
ReplyDelete