06:30PM Mac 07
oleh Mariam Mokhtar
SEKILAS PANDANG: Orang Melayu terkenal dengan sifat sopan santun mereka, tetapi ‘pasangan jahat’ Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Khairy Jamaluddin telah menjejaskan sifat itu. Mereka menganjurkan beberapa acara, yang digelar siri jelajah porno, hanya untuk meyakinkan rakyat bahawa keputusan mahkamah ke atas rayuan kes Liwat II Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, adalah wajar.
Shafee lebih gemar untuk menggunakan butiran yang grafik, mengerikan dan kasar, berbanding hujah-hujah bijak untuk menyampaikan penghujahan beliau. Beliau sebenarnya lebih sesuai menjadi sang algojo, berbanding seorang peguam. Beliau disebut-sebut bakal menjadi Pegua Negara seterusnya. Tindakan ini haruslah ditentang sekeras-kerasnya.
Bagaimanapun, rancangan Shafee dan Khairy memakan diri. Mereka telah mencemarkan reputasi mereka sendiri, dan pada masa yang sama, menaikkan Anwar. Dalam minggu ini, Jamawi Jaafar, dari Pemuda Umno Baru memperkecilkan jelajah seluruh negara ini, dan menghentam bintang mereka, Shafee, kerana tindak balas dari rakyat.
Pasangan ini tidak ubah seperti dua budak remaja lelaki, yang baru saja menonton filem lucah buat kali pertama dan tidak sabar mahu mengagumkan rakan mereka, dengan menerangkan satu-persatu filem tersebut. Dipenuhi keterujaan dan dibasahi peluh, mereka menggunakan bahasa kasar dan imaginasi yang terang, untuk cuba membuatkan parti dan diri mereka popular. Mereka langsung tidak menjangkakan reaksi jijik awam.
Terdapat dua masalah di dalam skrip mereka ini.
Pertama, mereka terlupa bahawa rakyat Malaysia mempunyai nilai-nilai kehidupan.
Kedua, mereka bertindak sebagai wakil “normal” Umno Baru; dalam kata lain, mereka tidak bertanggung jawab, tidak senonoh dan ultra-kiasa.
Shafee, yang lebih tua itu, adalah ketua pendakwa raya di dalam kes rayuan Liwat II Anwar. Khairy pula adalah Menteri Belia dan Sukan. Shafee dijangka bakal menjadi Peguam Negara Malaysia. Manakalah, Khairy pula telah didakwa pernah berkata beliau mahu menjadi perdana menteri ketika beliau berumur 40 tahun. (Beliau sekarang sudah berusia 39 tahun) Jawatan PM mungkin akan kosong tidak lama lagi dan Khairy fikir beliau boleh menekan untuk beliau mengisi jawatan itu.
Seseorang gemar untuk berfikir bahawa, semakin tua seseorang itu, maka semakin matanglah dia dan boleh mengawal tingkah lakunya; tetapi tidak bagi si tua, Shafee. Beliau lebih teruk berbanding ‘pembantunya’, Khairy. Kedua mereka berganding bahu, dengan Khairy melihat Shafee sebagai idola, berharap akan belajar beberapa muslihat untuk mengambil kesempatan ke atas orang lain.
Umno Baru seringkali menghasilkan video kotor, tetapi siri jelajah ini adalah luar dari kebiasaan. Ini adalah siaran langsung sesuatu yang luar tabii. Rakyat Malaysia yang hadir pada siri pertama persembahan ini, hanya kerana perasaan ingin tahu. Kehadiran pada siri yang seterusnya sama sekali ghaib. Rancangan ini membuktikan bahawa Umno Baru adalah parti yang obses pada seks. Secara metaforanya, rakyat juga percaya bahawa mereka hanya ingin membuktikan kejantanan mereka.
Sedang rancangan Shafee hampir berkecai, penyokong Umno Baru mulai meragui sabitan kesalahan Anwar. Akibat dari kegagalan ini, Shafee telah menunjukkan dirinya yang sebenar, dan dilihat tidak sesuai untuk menjadi Peguam Negara, sementara Khairy telah menunjukkan kekurangan kualiti sebagai seorang pemimpin. Kedua-duanya menampakkan yang mereka lemah dalam membuat pertimbangan.
Beberapa hari yang lalu, Datuk Seri Najib Razak mahu memperkasa golongan Melayu (sekali lagi), dengan tujuh perintahnya. Kedua-dua inisiatif dan siri jelajah porno ini, menunjukkan bahawa Umno Baru adalah pincang dan keliru.
Najib langsung tidak berkuasa untuk bertindak kerana beliau begitu sibuk untuk menyelamatkan reputasi beliau, dengan skandal yang menyelubungi dirinya. Mengapa sebuah parti politik perlu memberi ceramah, meyakinkan rakyat Malaysia tentang sabitan kesalahan jenayah seseorang? Melainkan, keputusan yang dijatuhkan itu penuh kontroversi.
Jika Shafee benar-benar cerdik seperti mana yang beliau ingin kita percaya, beliau sepatutnya menganjurkan siri jelajah untuk justifikasi keputusan kes pembunuhan Altantuya.
ada manusia baik sikit dari menatang sebab bole becakap
ReplyDeleteorang makin tua makin berugama
ni makin tua makin tak guna
kalu buat jelajah bagi penerangan
untuk rakyat lebih faham akan hukum hukum Allah kan lagi elok dapat pahala
Apa problem. Anjing pkr jelajah ckp semua pendkwa polis Hakim konspirasi. So dorang jelajah jugak la . apa masalah?
ReplyDeletePkr boleh? Pihak lain xboleh?
Pergilah jaja porno kamu tuuu
Delete“Maka sesiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan sesiapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.” –(Surah az-Zalzalah ayat 7-8)
DeleteOrang Yang Muflis Di Akhirat.Rasulullah SAW bersabda: “Tahukah kalian siapakah orang yang muflis itu?”Mereka menjawab : “Orang yang muflis di kalangan kami adalah orang yang tidak memiliki dirham dan tidak pula memiliki harta/barang.”Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis dari umatku adalah orang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala solat, puasa dan zakat. Namun ia juga datang dengan membawa dosa kezaliman. Ia pernah mencerca si ini, menuduh tanpa bukti terhadap si itu, memakan harta si anu, menumpahkan darah orang ini dan memukul orang itu. Maka sebagai tebusan atas kezalimannya tersebut, diberikanlah di antara kebaikannya kepada si ini, si anu dan si itu. Hingga apabila kebaikannya telah habis dibahagikan kepada orang-orang yang dizaliminya sementara belum semua kezalimannya tertebus, diambillah kejelekan/kesalahan yang dimiliki oleh orang yang dizaliminya lalu ditimpakan kepadanya, kemudian ia dicampakkan ke dalam neraka.” (HR Muslim no.6522)kalau anda masih sengaja bersikap bangga dengan sikap keji anda dgn komen anda yg anda postkan di atas… too bad…hope you repent before its too late, dunia ni terlalu sekejap berbanding akhirat…anda perlu ingat, nikmat akhirat lebih baik berbanding nikmat dunia, ubahlah akhlak tu sebelum terlambat…
Nampak sgt org tak percaya. KJ kena tukar portfolio. Jadi Menteri Sukan Porno ajelah.
ReplyDeleteGolongan manusia yg lebih hina binatang.
ReplyDeleteBinatang buas pasti baham puak ni
kerana lebih binatang Dari manusia .
Tahniah kerna memperbodohkan diri sendiri
Kerna ini lah ciri2 kesesatan,
Sampai masa didunia balasan pasti menyusul,
Byk2 kan masa tonton tanah kubur.
Tengok le apa Akan jadi bila mati,
Cerminle wajah, yg kamu Nampak hanya
Binatang. Kerna dah takde Nur Islam ,
Hidup yg sentiasa kepanasan walaupun
Dlm air cond yg paling sejuk,
Memang layak jadi menteri agama
Supaya mudah memperbodohkan diri sendiri
Lahanat lahanat sudah kena pusing.
ReplyDeleteSatu per satu akan ter sungkur dalam hina
Ni bahana aniaya orang lain
Dah jemput debat..kj pula x sudi...kj takut kena tutuh la tu
ReplyDelete