09:30PM Ogos 28 2015
oleh V Shuman
KOMEN: Rapat umum Bersih 4 yang akan diadakan pada 29-30 Ogos boleh berakhir seperti rusuhan Low Yat, amaran diberikan oleh seorang ahli Umno.
Orang tersebut tidak lain tidak bukan ialah Menteri Wilayah Persekutan Tengku Adnan Tengku Mansor, yang kebelakangan ini, hanya mengeluarkan kenyataan “macam keluar dari kepala lutut”.
Dalam sebuah temuramah dengan Malay Mail Online, Tengku Adnan memberikan amaran bahawa ada kemungkin peserta perarakan berada di bawah pengaruh dadah, sama seperti penyagak yang terlibat dalam kejadian rusuhan di kompleks membeli belah itu.
“Jangan bermain api, sebab sekiranya anda bermain api dan api jadi marak, kita akan ada masalah.
“Sekurangnya di Low Yat, kita berjaya menyelesaikannya kerana kita tahu si pencuri telefon itu di bawah pengaruh dadah. Inilah masalahnya. Kita tidak tahu siapa yang akan menyertainya. Dan mungkin ada orang yang akan berarak di bawah pengaruh dadah dan macam-macam lagi,” dia dipetik berkata.
Menurutnya, rusuhan boleh tercetus sekiranya ada “orang gila” yang mula melempar barang kepada peserta rapat umum itu.
“Apabila rusuhan berlaku, apakah yang akan berlaku, sama seperti yang berlaku di Plaza Low Yat.”
Tengku Adnan, yang lebih dikenali sebagai Ku Nan, juga berkata yang pihak berkuasa tidak akan membenarkan para peserta tidur di jalanan.
“Jika anda mahu tidur, pergi ke hotel dan tidurlah. Ada banyak hotel murah, kalau anda banyak duit pergi hotel lima bintang.
“Jangan tidur tepi jalan. Kami tak akan benarkan kerana kita sudah banyak masalah gelandangan di Kuala Lumpur yang kami sedang cuba selesaikan.”
Menurutnya, kumpulan majoriti diam lebih besar daripada mereka yang terlibat dalam rapat umum jalanan, menyifatkan pesertanya sebagai tin kosong yang buat bising.
Logik pincang apakah yang dimiliki Tengku Adnan.
Bagaimana Bersih boleh dibandingkan dengan rusuhan Low Yat?
Kejadian Low Yat ialah kes jelas kesan pencurian, di mana kawan-kawan penyangak yang ditahan mencuri, merusuh untuk membalas dendam. Ia juga berlaku disebabkan polis hilang kawalan ketika pergaduhan pertama tercetus, menyebabkan ia tidak terkawal.
Rapat umum Bersih pula perhimpunan yang dihadiri oleh rakyat Malaysia daripada pelbagai latar belakang- miskin dan kaya, tua dan muda, untuk menyuarakan kekecewaan mereka kepada pentadbiran, yang selama ini tidak dipedulikan oleh kerajaan.
Penganjur Bersih juga mengatakan yang mereka akan berkumpul dan bersurai secara aman, dan telah menasihatkan peserta supaya tidak bertindak ganas, walau apa pun yang berlaku.
“Orang gila” yang dikatakan Tengku Adnan hanyalah mereka yang sengaja “diletakkan” oleh pihak yang tidak diketahui, untuk mencetuskan keadaan huru hara dan menyebabkan polis masuk campur. Ini kemudiannya akan membenarkan kerajaan untuk menuduh penganjur Bersih tidak mematuhi janji untuk berarak secara aman.
Kita telah melihat ianya berlaku dan ia boleh berlaku lagi. Orang Malaysia bukannya baru dilahirkan semalam, Tengku Adnan.
Dalam isu yang lain, Tengku Adnan tidak layak untuk bercakap tentang menguruskan orang gelandangan kerana dia adalah orang yang sama cuba menutup dapur jalanan yang memberi makanan kepada orang gelandangan di KL.
Inilah sikap prihatinnya kepada mereka yang tidak bernasib baik.
Dan lawak apakah ini apabila seorang ahli kabinet menggelarkan rakyat Malaysia sebagai “tin kosong”?
Amaran Tengku Adnan timbul selepas beberapa kenyataan hampir serupa yang dikeluarkan oleh rakan sejawat kabinetnya. Pada hari Khamis, Timbalan Menteri Dalam Negeri Nur Jazlan Mohamed telah memberikan amaran bahawa ada anarkis yang akan cuba melawan polis sehingga polis terpaksa menggunakan kekerasan kepada peserta rapat umum itu.
Angkatan Tentera Malaysia juga mengumumkan yang mereka akan masuk campur sekiranya situasi menjadi tidak terkawal.
Seolah-olah pentadbiran kerajaan BN sangat yakin yang situasi akan menjadi tidak terkawal sewaktu rapat umum itu.
Sekiranya itu berlaku, ini adalah pesanan kepada semua peserta rapat umum. Sentiasa mematuhi peraturan penganjur dan jangan sesekali memberikan tindak balas kepada provokasi sesiapa sahaja yang mereka temui sewaktu perarakan.
Ini bagi memastikan anda tidak menjadi pencetus kepada situasi kacau bilau, dan menyebabkan pengisytiharan darurat.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di shuman.v@hckmedia.com
Bila tak bercakap najib kata tak buat keje bela dia nanti susah mcm mcm tak dpt.semua nak jd mcm najib juga yg dah dpt tak cukup cukup juga masih nak menimbun nimbun lg.dpt dana politik nak dana shoping pulak.akhirnya bagai nak mati dtimpa oleh dana dananya.org yg tamak akan rugi.spt anjing dgn bayang bayang akhirnya mati jatuh dlm sungai.bila bercakap nampak mcm org bodoh pula.tgok zahid komidi tu ada ke warna kuningpun nak dharamkan.phobia apa mcm tu.mereka mereka itu telah mengeluarkan kenyataan yg berbau hasutan.2×5 saja.bila kita buat tak boleh bila dia buat boleh pulak.undang undang apa pakai mcm tu.
ReplyDeleteBodoh punyea manusia.
ReplyDeleteKepala Otak!!!!!!!!!!
agaknya pengundi2 melayu yg memilih tengku ni sbg wakil rakyat tahap pemikirannya sama atau lebih rendah drpd beliau. tahniah
ReplyDelete