KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali petang tadi meluangkan masa untuk 'bersiar-siar' di Pasar Seni di sini bagi meninjau perhimpunan Bersih 4 yang sedang berlangsung.
Ini merupakan hari kedua pasangan itu 'berjalan-jalan' di sekitar ibu negara sempena perhimpunan yang dikategorikan sebagai haram itu.
Bekas Perdana Menteri itu terdahulu menaiki komuter dari satu lokasi di ibu negara, sebelum turun di stesen Kuala Lumpur dan menuju ke Pasar Seni.
Semalam, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah muncul kali pertama di sekitar hadapan Panggung Bandaraya kira-kira jam 7:25 malam.
Kemunculannya menarik perhatian ramai serta dan turut menjadi viral di media sosial.
Ditanya mengenai sebab beliau hadir di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir berkata 'beliau datang hanya untuk melihat'.
BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Hujan tidak patahkan semangat peserta berkampung di KL
Sementara itu, penganjur perhimpunan Bersih 4 menerima kehadiran Dr Mahathir dan isteri sebagai sebahagian peserta perhimpunan itu.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah hari ini berkata, pihaknya pada mula tidak menyedari kehadiran Dr Mahathir (semalam) kerana beliau hadir ketika kalangan peserta perhimpunan itu sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah.
"Tun M datang semalam kami tak tahu, sedang solat (Maghrib) masa dia (Mahathir) datang. Kami terima dia sebagai peserta (Bersih 4.0).
"Saya fikir, kami (penganjur) menerima dia. Kami menerima sesiapa sahaja yang datang pada perhimpunan ini. Kami akan layan dia sebagai sebahagian daripada peserta," ujar Maria.
Perbuatan Tun Mahathir turut dikritik oleh beberapa pemimpin UMNO. Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kehadiran Dr Mahathir ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.
Bekas Perdana Menteri itu terdahulu menaiki komuter dari satu lokasi di ibu negara, sebelum turun di stesen Kuala Lumpur dan menuju ke Pasar Seni.
Semalam, Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah muncul kali pertama di sekitar hadapan Panggung Bandaraya kira-kira jam 7:25 malam.
Kemunculannya menarik perhatian ramai serta dan turut menjadi viral di media sosial.
Ditanya mengenai sebab beliau hadir di perhimpunan tersebut, Dr Mahathir berkata 'beliau datang hanya untuk melihat'.
BACA: [LAPORAN LANGSUNG] Bersih 4: Hujan tidak patahkan semangat peserta berkampung di KL
Sementara itu, penganjur perhimpunan Bersih 4 menerima kehadiran Dr Mahathir dan isteri sebagai sebahagian peserta perhimpunan itu.
Pengerusinya, Maria Chin Abdullah hari ini berkata, pihaknya pada mula tidak menyedari kehadiran Dr Mahathir (semalam) kerana beliau hadir ketika kalangan peserta perhimpunan itu sedang menunaikan solat Maghrib berjemaah.
"Tun M datang semalam kami tak tahu, sedang solat (Maghrib) masa dia (Mahathir) datang. Kami terima dia sebagai peserta (Bersih 4.0).
Perbuatan Tun Mahathir turut dikritik oleh beberapa pemimpin UMNO. Antaranya, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang berkata kehadiran Dr Mahathir ke Perhimpunan Agung UMNO pada hujung tahun ini hanya akan mengundang persepsi negatif di kalangan ahli parti.
matde hanya nak matjib diganti itu sja
ReplyDeletepihak lain pulak mau bn diganti
jika bn masih lagi berkuasa jangan mimipi ada
perubahan sebab yang ganti pun ada hal hal tersendiri
Maka termakbul doa almarhum Ustaz Fadzil Noor... Mahathir melihat kerosakan yang dia lakukan sehingga sanggup turun menjejak kaki di Himpunan Rakyat ini.
ReplyDelete