Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 22, 2015

Politik India: FRU pun susah.........

Penyokong Subramaniam, Palanivel bergaduh, suasana pemilihan presiden kecoh
OLEH MANZAIDI MOHD AMIN DI KUALA LUMPUR - 21 AUG 2015 
Penamaan calon bagi jawatan Presiden MIC hari ini tercemar dengan insiden baling batu antara penyokong dua pimpinan tertinggi parti itu yang berkumpul sejak jam 2 petang di luar pagar ibu pejabat MIC di ibu kota. Mereka tidak dibenarkan masuk, dipercayai bagi mengelak berlaku kekecohan.

Bagaimanapun, kira-kira jam 4 petang ketika Datuk Seri S Subramaniam masuk ke tempat pencalonan, suasana tenang bertukar menjadi kecoh apabila penyokong Datuk Seri G Palanivel mahu masuk ke dewan.

Namun kumpulan itu dihalang oleh penyokong Subramaniam dengan alasan mereka bukan ahli MIC yang sah.

Ini menimbulkan kemarahan kumpulan Palanivel yang kemudian menolak pintu pagar untuk masuk, tetapi disambut dengan balingan batu, botol dan tin berisi minuman.

Dalam keadaan huru hara itu, seorang anggota polis cedera di kepala terkena baling batu, dipercayai dari kumpulan Subramaniam.
Anggota Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dipanggil bagi mengawal keadaan berikutan kedua-dua pihak tidak terkawal.

Ketua MIC Bahagian Tambun, Muniady ketika ditemui MalaysiaGazette berkata, beliau tidak puas hati dengan pengurusan MIC kerana tidak memanggil mereka pada penamaan calon Presiden hari ini.

Katanya, beliau yang mengetuai MIC Perak datang ke ibu pejabat parti sejak semalam, tetapi bila tiba masa penamaan mereka tidak dibenarkan masuk.

Beliau juga tidak berpuas hati dengan tindakan agresif kumpulan S Subramaniam membaling batu ke arah kumpulan mereka yang datang dan berkumpul secara aman.

"Mereka tidak benar kami masuk, tak mengapa. Tetapi jangan baling batu hingga mencederakan anggota polis dan beberapa ahli kami," katanya.
Kira-kira 200 penyokong  Palanivel berkumpul di luar pagar ibu pejabat MIC dan mengharapkan mereka dibenarkan masuk ke program pencalonan presiden.

Sementara itu, Naib Presiden MIC, Datuk M Saravanan ketika ditemui berkata, keadaan terkawal dan hanya kira-kira 100 orang berkumpul untuk mengganggu penamaan calon MIC.

"100 orang sahaja. Tidak ramai pun. Kita serahkan kepada polis untuk mengawal keadaan," katanya yang enggan mengulas lanjut. 

Palanivel merupakan bekas presiden MIC sebelum Pendaftar Pertubuhan mengarahkan MIC melakukan pemilihan semula kerana keputusan pemilihan sebelum itu yang berlangsung di Melaka diputuskan sebagai tidak sah.

Sementara menunggu pemilihan berlangsung, ROS telah menamakan Subramaniam sebagai pemangku presiden. Beliau sebelum itu adalah timbalan presiden MIC.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa