Meskipun program transformasi ekonomi dilaksanakan Putrajaya dianggap tindakan yang tidak popular, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata, lambat laun rakyat Malaysia akan sedar ianya mampu menyelamatkan negara ini daripada krisis ekonomi hari ini.
Berucap pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Perbendaharaan 2014 di Putrajaya hari ini, Najib berkata, hasil daripada program transformasi ekonomi seperti rasionalisasi subsidi dan pengenalan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mampu menampung perbelanjaan ketika kejatuhan nilai ringgit dan juga penurunan harga komoditi seperti petroleum.
"Kita di Malaysia, hari ini, keadaan kita lebih kukuh daripada Krisis Kewangan Asia. Kita sudah belajar daripada krisis kewangan Asia.
"Lebih-lebih lagi apabila kita mulakan program transformasi ekonomi dan mengurangkan defisit negara, kita mungkin dapat mencapai (sasaran) 3.2% hujung tahun ini," kata perdana menteri.
Beliau berkata, sekiranya program transformasi ekonomi tidak dilaksanakan kerajaan lebih awal, situasi lebih teruk mungkin akan melanda negara.
"Walaupun tidak popular, tapi lambat laun rakyat akan sedar reform itulah ruang yang ada, kerana kita mulakan reform lebih awal.
"Cuba bayangkan defisit kita 6.7%, sudah tentu ruang kita akan terhad, bayangkan kalau kita tidak kurangkan subsidi minyak umpamanya, kita kena kurangkan RM20 bilion setahun untuk tampung subsidi pukal, sudah tentu ini akan tambah beban.
"Kalau kita tidak mulakan GST umpamanya, walaupun tidak popular, harga minyak merudum, sekurang-kurangnya ditampung dengan hasil GST," kata Najib, yang juga menteri kewangan.
Beliau turut mengulangi komitmennya sebelum ini, hasil daripada kutipan GST yang dikenakan sebanyak 6% bermula 1 April lalu itu akan dipulangkan kepada rakyat.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, rakyat juga seharusnya sedar, terdapat beberapa faktor yang berada di luar kawalan kerajaan.
"Pada masa ini kita mesti sedar, ada faktor kita boleh kawal ada faktor yang kita tidak boleh kawal, kita kena beri tumpuan faktor apa yang kita boleh kawal," katanya.
"Percayalah kerajaan akan bertindak sedaya upaya dan Insya Allah fenomena ini akan dapat kita bendung tidak berapa lama lagi." – 25 Ogos, 2015.
Anak Razak Haram Jadah ni janjilah apa pun dan yang pastinya segala beban dan kesan dari kejatuhan ekonomi pastinya ditanggung oleh rakyat 100%.
ReplyDeleteFenomena rasuah akan bertambah buruk jika hang terus berkuasa.hang yg buat hutang rakyat yg tanggung bebannya.knpa dgn gambar najib tu tuan bloq.mcm nak tumbang je.mari kita sama sama pakat tolaknya supaya dia lebih cepat tumbang.
ReplyDeleteCerita tranformasi ekonomi ini adalah idea pertama Najib tahun 2004 dulu. Plan ini bernilai RM 1.3 Trillion. Projek ini adalah himlunan projek2 swasta yang diambil kerajaan untuk dimasukkan dibawah cerita transformasi ekonomi ini.
ReplyDeleteLepas itu cerita ni senyap sehinggalah sekarang baru timbul balik semasa Najib gersepit dgn isu derma RM 2.6 B. Itu le Najib time tersepit macam2 auta dikeluarkan.
Cerita transformasi ekonomi ji cerita 7 tahun lepas. Cuna pikir dgn lojik kalau benda ni dah berjalan, selepas 7 tahun kita dah nampak hasilnya. Tapi benda kira baru dengar balik, benda basi 7 tahun dulu. Sebab dah lama senyap kita ingat ini cerita baru.....sebenarnya benda lama yg entah dibuat ke tidak...