Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 28, 2015

Bentuk kerajaan baharu: Kalau terlaksana........bagaimanakah rupa bentuknya nanti?

Sekiranya penerajunya ada BN, adakah rakyat akan bersetuju dan berpuas hati?
Kenapa tidak tunggu saja pilihanraya atau pun pilihanraya mengejut?

Pembangkang sedia berbincang dengan BN bentuk kerajaan baharu 
Published: 27 August 2015 5:39 PM
Dalam kenyataan bersama hari ini ahli Parlimen pembangkang berkata, agenda teras pembentukan kerajaan baru tanpa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah perubahan politik dengan salah satunya adalah membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 27 Ogos, 2015.

Ahli Parlimen pembangkang daripada DAP, PKR dan Gerakan Harapan Baru (GHB) sedia berbincang dengan Barisan Nasional (BN) untuk membentuk kerajaan baharu selepas desakan untuk menyingkirkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin kuat.
Dalam kenyataan bersama hari ini mereka berkata, agenda teras pembentukan kerajaan baru tanpa Najib adalah perubahan politik dengan salah satunya adalah membebaskan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anwar kini menjalani hukuman lima tahun penjara di Sungai Buloh.
"Ahli Parlimen daripada DAP, PKR dan GHB bersedia untuk membincangkan cadangan oleh ahli Parlimen BN untuk membentuk satu majoriti menggantikan kerjaan Najib dengan perubahan politik sebagai teras agenda kerajaan baru.
"Pembebasan Anwar sepatutnya menjadi salah satu tugas sebagai usaha membentuk majoriti baru. Semua pendakwaa politik juga perlu dibatalkan," katanya.
Kenyataan bersama itu ditandatangani DAP Lim Kit Siang (Gelang Patah), Anthony Loke Siew Fook (Seremban), Teresa Kok (Seputih), Liew Chin Tong (Kluang) dan Teo Kok Seong (Rasah).
Daripada PKR adalah Rafizi Ramli (Pandan), Datuk Johari Abdul (Sg Petani), Wong Chen (Kelana Jaya), Sim Tze Tzin (Bayan Baru), dan S Manivanan (Kapar).
Ahli Parlimen mewakili GHB adalah Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai) dan Khalid Samad (Shah Alam).
Katanya, mereka juga mencapai beberapa resolusi ketika mengadakan pertemuan di Parlimen semalam.
Mereka bersetuju menyokong Bersih 4 hujung minggu ini dan menggesa Najib serta timbalannya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi jaminan tidak ada tindakan keras sepanjang himpunan.
Mereka juga akan mengambil bahagian dan Jawatankuasa Perunding Dana Politik jika isu derma RM2.6 bilion yang dimasukkan ke akaun peribadi Najib secara misteri oleh pihak luar didedahkan.
Syarat lain adalah bidang majlis itu akan diperluaskan kepada perubahan sistem pilihan raya dan jaminan kebebasan perlu diberikan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Awal bulan ini, Najib mengumumkan jawatankuasa konsultatif nasional tangani isu pembiayaan politik bagi memastikan dana disalurkan secara integriti.
Namun pengumumannya dipandang skeptikal kerana dibuat ketika dirinya sendiri hebat dikritik dan dipersoalkan tentang derma RM2.6 bilion yang disalurkan daripada negara Timur Tengah. – 27 Ogos, 2015.

3 comments:

  1. Admin,
    Kerajaan baru yang akan dibentuk BN-DAP-PKR-GHB, itu dipanggil berUG yang selalu engkau orang fitnah kepada PAS yang bunyinya berUG. PM baru akan dipilih dari golongan UMNO yang engkau orang duk kutuk. Inilah sifat golongan beriman apabila LKS memberi cadangan berUG dengan BN engkau orang dah jadi pelupa bahawa BN adalah musuh utama. Oleh kerana cadangan itu dari TGLKS semua macai-macai terfikir bagaimana bentuk kerajaan baru nanti termasuk mountdweller. Haru biru sungguh pemikiran kamu. PAS pula dilihat akan menjadi pembangkang kepada gabungan baru ini. Berpeluk dan bercium mulutlah kamu dengan BN.....kahkahkah. Kata dulang paku serpih kata orang hangpa yang lebih....kahkahkah...selamat berUG, aku doakan semoga berjayalah apa yang dirancang biar gabungan baru ni ambil alih kerajaan yang dah nak nazak. Kahkahkah.....

    ReplyDelete
  2. otak udang pnya kenyataan..

    ReplyDelete
  3. salah. jika pas berug dgn umno, parti dominan ialah umno dan pas hanya jd pengikut. sebaliknya parti2 pr 2.0 akan tetapkan syarat2 jika mahu bergabung dgn bn (kerajaan SEMENTARA). matlamatnya utama ialah utk menghapuskan kemudaratan (najib) yg menyiksa rakyat. jika bn tak menerima syarat2 yg ditetapkan, kerajaan gabungan tidak berlaku dan najib terus berkuasa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa