Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 22, 2015

Guling kerajaan tanpa pilihanraya dipelupori UMNO

Umno yang mula guling kerajaan tanpa pilihan raya
Posted on Thursday, August 20 @ 14:44:42 MYT by paktam
Oleh MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI


TIMBALAN Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa wujud usaha menggulingkan Kerajaan melalui suatu komplot terancang.Beliau tidak mahu mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi beliau meminta individu berkenaan menafikan jika dakwaan beliau tidak benar.

Sifir beliau, “siapa makan cili, dia berasa pedas.” Itu cara beliau menjaga keselamatan negara dan Kerajaan.

Menurut beliau, Kerajaan akan digulingkan dengan cara undi tidak percaya – yang dibolehkan berlaku di Parlimen – dan usaha mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang secara akuan bersumpah sedang berjalan. Jika benar kaedah ini berlaku dan berjaya, ia bukannya “guling kuasa” tetapi “tukar kuasa.”


Siapakah yang mulakan cara selain pilihan raya untuk membentuk kerajaan? Tidakkah Umno yang melakukannya secara komplot terancang sehingga kejatuhan Perak di bawah PR pada tahun 2009?

Tidakkah Umno juga menjadi dalang kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 apabila membeli wakil rakyat untuk membentuk kerajaan baru?

Semalam di Tampin, beliau mengumumkan pula bahawa individu yang mahu gulingkan Kerajaan itu akan berjumpa perdana menteri.

Kata beliau, individu berkenaan telah sedar bahawa perbuatannya adalah salah.

Kalau dakwaan itu benar, tidak adakah prosedur dan peruntukan undang-undang untuk membendungnya?

Kenapa tidak prosedur dan peruntukan undangundang ini digunakan?

Sememangnya Zahid sangat bimbang kejatuhan kerajaan BN. Cepat atau lambat yakinlah ia pasti jatuh bukan kerana komplot tetapi kerana kegagalan dan kebobrokan Umno dan Dato’ Seri Mohd Najib Abdul Razak yang terpalit dengan begitu banyak isu integriti.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa