03:30PM Ogos 25 2015
KOMEN pembaca Semut Harian
MusaNg: Mungkin Aziz Krapwee keliru!!
Ini kerana, pemimpin-pemimpinnya sendiri telah bersubahat dengan Goldman-Sachs dalam menjual 1MDB dan kemudian membayar Goldman-Sachs sebanyak AS$500 juta.
Goldman-Sachs adalah sebuah bank yang ditubuhkan oleh beberapa orang Yahudi – Marcus Goldman dan Samuel Sachs – dan pada masa ini majoritinya dimiliki oleh seorang Yahudi, Avivi Nevo, dan dikendalikan oleh seorang Yahudi, Lloyd Blankfeim.
Dan bagaimana pula dengan pakatan sulit pada satu masa di antara kerajaan dan orang-orang Yahudi, dalam kes APCO?
Mak Yoon Nam: Namakan pendermanya dan suruh mereka mengaku.
Amir Kazan: Jika ada masalah atau kesilapan, salahkan orang Yahudi, salahkan semua orang kecuali diri anda sendiri.
Robert Yeoh: Mengapakah kenyataan palsu dibuat yang Yahudi membantu membiayai DAP untuk menimbulkan kebencian di kalangan orang Melayu kepada parti itu?
Adakah anda tahu bahawa Arab Saudi sekalipun bekerjasama rapat dengan Israel dalam serangan bom udara di Yaman untuk memusnahkan pelampau.
Satu-satunya orang Yahudi yang rakyat Malaysia atau DAP kenali adalah mereka yang dikebumikan di tanah perkuburan Yahudi di Jalan Zainal Abidin, Pulau Pinang.
Mungkin Umno perlu pergi ke sana untuk berdemonstrasi, jika ia tidak berpuas hati dengan orang-orang Yahudi.
Pramjit Singh: Pasti orang Yahudi begitu terdesak sehinggakan mereka mahu mempengaruhi negara kita demi "kepentingan mereka".
Tc Ling: Ya, salahkan semuanya dengan orang-orang Yahudi. Mangkuk betul. Encik, sekarang tahun 2015, adakah anda menyangka bahawa orang ramai tidak akan dapat memeriksa fakta kebohongan yang anda sebarkan?
Low Hui Quin Wang: Salahkan orang Yahudi, salahkan orang Cina tetapi jangan pernah salahkan diri sendiri.
Tengku Rosmi Tengku Yazid: Sudah habis ruang dan idea, jadi sekarang mencuba menghasut orang Melayu untuk menjauhkan diri dari DAP melalui tuduhan ini.
Eagle Lee: Kerana apabila orang Islam hampir yakin bahawa rasuah boleh merosakkan negara kita, apabila perkataan 'Yahudi' disebut ia akan mengalih semula perhatian mereka untuk melawan orang-orang Yahudi dan bukannya rasuah.
Simon Tan: Pada hari-hari yang akan datang, akan muncul cerita-cerita yang lebih tidak masuk akal untuk mengelirukan rakyat.
Vetri Sri Darren Nadarajah: Saya rasa masih ada katil kosong di Hospital Bahagia Tanjung Rambutan. Badut dengan imaginasi liar ini akan berasa sangat selesa di sana.
Bolehkah sesiapa menghantarnya ke sana?
Michel Wright: Ketika orang-orang bodoh bercakap, ia bukan satu jenaka buat mereka kerana apa yang mereka katakan harus dilihat sebagai kebenaran.
Ping Lew: Dengan kecerdikan terhad, ini mungkin satu-satunya alasan tidak masuk akal dia boleh berikan. Sudahlah basi pula.
Komen-komen ini diberikan oleh pembaca artikel, “Umno leader’s desperation shows in linking DAP and Jews” yang diterbitkan pada 24 Ogos.
Malang sungguh nasib jawa-jawa di parit raja
ReplyDeletekena gormal dgn timbalan menteri, enggeh sahaja.
Saya sedang mencari penderma di negara arab kerana saya nak beli rumah flat 3 bilik berharga 260 ribu di Bukit Jalil. Kepada siapa nombor akaun peribadi perlu saya berikan? Boleh sesiapa nembantu?
ReplyDeleteUmno dok tunggu apa lagi? Nak tunggu USD 1 sama dengan berapa ringgit baru kau orang nak tukar kepimpinan kau.... Dah terbukti Najib tak mampu mengawal ekonomi Malaysia.... sekarang USD 1= RM4.24.... jangan kita jadi bangsa kita bangsat dan negara terjual sebab mempertahankan jantan bugis takut bini.
ReplyDelete