– Mohd Azmi
Melihat satu episod demi satu episod, kemelut negara yang semakin meruncing, Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim) mendapati rakyat tidak sepatutnya dihalang untuk menzahirkan tuntutannya kepada kerajaan dalam ruang undang-undang yang dibenarkan.
Perhimpunan Bersih 4 yang diumumkan akan dilakukan secara aman pada hujung minggu ini bukan sahaja di ibu kota Kuala Lumpur malah di seluruh negara dan di luar negara, seharusnya ditanggapi oleh pihak berkuasa secara matang kerana ini bukan kali pertama perhimpunan besar-besaran diadakan untuk menyuarakan keresahan rakyat.
Tidak dapat dinafikan bahawa keresahan dan kebimbangan rakyat terhadap pelbagai isu yang muncul dalam negara kebelakangan ini mengundang bukan sahaja tanda-tanya malah mencetus amarah di kalangan rakyat pelbagai peringkat.
Hatta keluhan yang dititah sendiri oleh Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menganai pernyataan di kalangan pemimpin negara yang berada di barisan tertinggi kerajaan serta di kalangan ahli dan pegawai kanan kerajaan yang juga meluahkan rasa bimbang terhadap status negara, semestinya membuat pihak kerajaan menjadi lebih sedar dan lebih jujur.
Menutup dan berselindung kebobrokan kerajaan dengan mengeluarkan kenyataan yang saling bercanggah dan mengelirukan serta menghalakan tumpuan kepada menuduh wujudnya konspirasi dan menakut-nakutkan rakyat dengan ancaman daripada pihak keselamatan, tidak akan meredakan amarah rakyat.
Adalah tidak wajar pihak kerajaan hanya bereaksi dengan mengeluarkan amaran bahawa Bersih 4 adalah perhimpunan untuk menghasut rakyat menumbangkan kerajaan dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan. Lebih parah membiarkan kelompok yang memperlihatkan kesediaan bertempur dengan Bersih 4.
Setelah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan ada bekas pemimpin Umno berkonspirasi menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sepatutnya fokus diberi kepada pergolakkan yang sedang berlaku dalam parti pemerintah sendiri.
Bukan menakutkan rakyat dengan kuasa pihak keselamatan padahal pihak keselamatan dan penyiasat pula nampaknya tidak aman ketika menjalankan tugas secara telus dan profesional apabila ada yang dipindahkan, ditangkap dan disoal siat.
Apakah semua ini tidak mengundang kemarahan rakyat? Bolehkah rakyat diharap hanya melihat dan berdiam semata-mata? Sedangkan rakyat sudah matang membaca kesan dari kepincangan dan salah urus tadbir yang dikelola oleh pemimpin negara.
Malangnya di satu segi pemimpin menyatakan bersedia menerima pandangan dan kritikan, akan tetapi dari segi lain tindakan keras di luar rasional diguna ke atas mereka yang menyuarakan teguran.
Rakyat tidak boleh terus dituding sebagai tidak rasional bila melihat kepincangan yang semakin tidak terurus oleh kerajaan di bawah kepimpinan negara yang sedia ada.
Tidak mungkin keresahan rakyat yang bakal ditunjukkan dalam Bersih 4 diperkecilkan hanya dengan dakwaan bahawa mereka dipengaruhi untuk menggulingkan kerajaan secara tidak demokratik.
Walaupun kami lebih cenderung untuk bersama menganjurkan Kongres Rakyat untuk menghasilkan resolusi rakyat, Mapim berpendirian perhimpunan Bersih 4 tidak seharusnya dihalang berdasarkan hak yang tertera dalam perlembagaan negara dan selagi penganjur memastikan mereka tidak melanggar peraturan yang ditetapkan.
Sudah sampai masanya kepimpinan kerajaan menjadi lebih peka mendengar suara rakyat dan mengambil sikap lebih akomodatif, bukan mengguna kuasa untuk memecat, memindah, menggantung media, menangkap mereka yang menegur kepincangan kerajaan.
Rakyat kini akan meneliti tingkah lakukan kerajaan dengan lebih halus, semada jujur dengan slogan "rakyat didahulukan" atau "kuasa pemimpin yang berkepentingan diutamakan". – 28 Ogos, 2015.
* Mohd Azmi Abdul Hamid ialah presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)
Apa kah Rakyat mahu terus di BODOH kan dengan PEMIMPIN BODOH BAHALOL TAHAP MAT MONGOL ?????
ReplyDeleteApa kah JIJIK menjadi Umat Malaysia ter paksa ber Ketua BACUL entot tidak di bayar malah di Kabommmmmmmmmmm!!!!!!!!
Anak siapa budak bahalol ini??????
Apa kah keturunan keluarga nya juga setanding bahalol dengan nya?????
BODOH SUNGGUH!!!!!!!