OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 22 August 2015 2:40 PM
Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berucap semasa Wacana Merdeka di program Survival Politik Melayu/Islam Dalam Politik Malaysia di Dewan Megawati Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Ogos, 2015.
Parti politik yang akan ditubuhkan Gerakan Harapan Baru (GHB) akan lebih cepat terkubur berbanding parti serpihan PAS lain seperti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim) yang pernah ditubuhkan pada sekitar 1980-an, kata penganalisis politik.
Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar dari Universiti Malaya berkata, Berjasa dan Hamim mendapat sokongan dari parti pemerintah, sebaliknya GHB berada dalam kondisi yang lebih lemah dari 2 parti itu.
"Pada masa itu, Berjasa dan Hamim ternyata kukuh kerana mendapat sokongan parti yang memerintah, tetapi itu juga berkubur.
"GHB ini juga parti serpihan kalau terjadi, tetapi tidak berada dalam kondisi yang sama seperti Berjasa dan Hamim.
"Jadi, dari sudut strukturnya GHB lebih lemah daripada itu," katanya pada Wacana Kemerdekaan "Survival Politik Melayu/Islam Dalam Politik Malaysia" yang diadakan di Shah Alam hari ini.
Mohamad yang merupakan salah seorang panelis wacana itu berkata, pemimpin GHB terdiri daripada mereka yang kecewa dengan PAS pada masa ini dan berasa selesa untuk terus mengadakan kerjasama dalam Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, berdasarkan barisan kepimpinan GHB hari ini, parti politik yang bakal ditubuhkan kelak tidak akan mampu bertahan lama kerana dibarisi pemimpin veteran.
"80% kepimpinan GHB berumur 60 tahun ke atas. Ada 64, ada 68. Maknanya menjelang pilihan raya 2018, mereka mencecah 70. Tidak ada pelapis-pelapis yang terkenal.
"Tambahan pula, di kalangan mereka tidak ada ikon yang boleh dijadikan perangsang dan teras.
"Melihat keadaan ini, rumusan saya GHB berjaya hanya sementara. GHB akan popular tetapi sementara," katanya.
Mengulas beberapa kes di mana orang Melayu dilihat makin berminat menganggotai DAP, beliau berkata, terdapat 4 faktor yang menjadi penyebab mereka menyertai parti sekular itu.
Katanya, penyertaan orang Melayu ke dalam DAP tidak boleh dikategorikan sebagai satu fenomena kerana ia masih berada dalam kuantiti yang kecil.
"Perkataan fenomena tidak tepat sebab jumlah yang menyertai DAP amat kecil, cuma digembar-gemburkan. Untuk menjadi fenomena, ia seharusnya mengarusi keadaan," katanya.
Beliau berkata, kemungkinan pertama ialah, orang Melayu ini berasa teruja dengan DAP yang kononnya memaparkan budaya pelbagai kaum dan bahasa.
"Ini berlaku di kalangan generasi baru yang merasakan mereka ini tidak seharusnya perkauman. Jumlahnya ada, tetapi kecil.
"Kedua, mereka yang merasakan untuk menyelamatkan Melayu, mereka perlu berada dalam kapal lain, iaitu bergandingan dengan pihak lain," katanya.
Mohamad berkata faktor ketiga ialah, mereka mungkin menyertai DAP dengan niat untuk meninggalkan parti itu.
Beliau berpendapat, perkara itu dilakukan bertujuan mengetahui dan mendapat rahsia dari dalam parti itu untuk dibawa keluar kemudiannya.
"Keempat, ada tawaran, habuan dan peruntukan. Barangkali mereka ini teruja dengan habuan politik dan material yang dibekalkan DAP. Walaupun ada 4 faktor namun ia belum fenomena lagi," katanya. – 22 Ogos, 2015.
Tidak ada sesiapa pun yang berminat dengan analisys professor2 kangkong dari Malaysia ni.. Rakyat tak hingin ambil port pun dengan kenyataan2 yg keluar dari tokoh2 akademik Made In Malaysia ni...
ReplyDeletesy berminat dgn kenyataan prof ini... berfakta..
ReplyDeletePas
ReplyDeleteParti ajaran sesat hadi awe
Geng2 ni puja hadi awe
Syirik bro
Syirik jali syirik terang terangan
PROFESSOR KANGKONG MAKAN GAJI BUTA DUDUK OPIS MAIN INTERNET FACEBOOK , APA SANGAT ADA DALAM OTAK NYA PON
ReplyDeleteProfessor kerja makan gaji buta nasib baik ada CINA INDIA bagi tanggung makan minum pencen
Bahalol saja
Itu dia punya analisa...kita dengar sajalah. Mungkin analisa beliau salah kerana tidak semua analisa mereka yang bergelar professor samada kangkong atau tidak menjadi kenyataan.
ReplyDeleteAndaikata telahan prof ini tersasar, beliau juga yang terpaksa menanggung akibatnya untuk jangkamasa yang panjang di mana ramai orang akan mentertawakan kedangkalan beliau dan tidak lagi memandang tinggi terhadapnya.
Mungkin prof ini lebih cenderung kepada golongan ulama yang memimpin PAS sekarang, maka ulasan beliau lebih cenderung ke arah memperkecil-kecilkan kumpulan GHB. Apa pun kita dengar sajalah dan tak perlu mencerca beliau. Orangnya baik dan bukanlah kaki pengampu kerajaan sebenarnya. Saya mengenali beliau di UM waktu muda-muda dulu.