Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 31, 2015

Andaian nakal atau fakta?

MISTERI ZAHID HAMIDI LAWAN GHB TERJAWAB
MONDAY, AUGUST 31, 2015

Zahid Hamidi baru2 ini telah menolak permohonan Harapan Baru utk menggunakan nama Parti Progresif Islam.

Ini kerana Harapan Baru berpotensi besar menggalakan perancangan PAS-UMNO yang selama ini telah terjalin.

Rancangan asalnya kumpulan2 progresif akan dibersihkan dari kepimpinan.

Selepas itu akan berlaku pembahagian kerusi antara PAS dengan PKR.

Di hari penamaan calon kelak, PAS akan tarik diri dari semua kerusi yg UMNO telah menangi.

UMNO juga akan memberi kemenangan percuma kepada kerusi2 yang PAS telah menangi.

Pada waktu yang sama PAS akan meletak calon melawan PKR dan DAP.

Di kerusi2 tersebut UMNO akan menarik diri.

Hasilnya nanti PKR akan hilang sebahagian besar kerusi mereka.

UMNO/BN akan mendapat 2/3 dengan bantuan kerusi2 yang dirampas oleh PAS dari PKR.

PAS pula akan memerintah di Kelantan daen Terengganu dan mngkin Kedah.

Haji Hadi dan Majlis Syura Ula ma pula akan beri alasan penting menggembalikan majoriti 2/3 kepada UMNO dan BN kerana hendak meminda Perlembagaan bagi membolehkan hudud.

Pendek kata segala2nya halal kerana hudud.

Harapan Baru mengagalkan perancangan ini. Harapan Baru akan meletak calon di kerusi2 yang UMNO dan PAS bertanding.

Tidak akan berlaku menang percuma kepada PAS mahupun UMNO disebabkan Hrapan Baru.

Kalau PKR masih mahu terus mempercayai PAS, silakan.

Namun yang pastinya PAS akan mengkhianati PKR atas nama hudud.

TULANG BESI

3 comments:

  1. ini adalah satu kemungkinan yg mesti ditangani oleh pakatan baru terutama pkr yg menguasai Selangor.

    langkah awal mrk ialah membuat perjanjian dgn pkr utk tidak meletakkan calon bertindih. knp pas perlu minta komitmen dr pkr, padahal pkr tak pernah khianat? sebaliknya pas yg khianat letak calon dikerusi2 pkr yg memberi kemenangan kpd bn.

    jgn lupa, pj perak tlh membuat kenyataan bhw pas akan bertanding disemua kerusi perak dan ini sudah tentu termasuk kerusi pkr.

    ReplyDelete
  2. Kahkahkahkah...Ini bukan fakta tapi auta, fakta sebenar DAP, GHB dan PKR akan berUG dengan umno untuk menjatuhkan Najib, tiada Najib kedua. Umno akan kekal berkuasa kerana mempunyai majoriti, Mahathir setuju Lim Kit Siang pun setuju.....kahkahkahkah lawak hari kebangsaan. Tulang Besi bukan untuk manusia berakal tetapi hanya sesuai untuk robot yang tiada akal......kahkahkahkahkah.

    ReplyDelete
  3. Rasanya yang pembahagian lain tak akan berubah kecuali untuk pembahagian calon PR2 (DAP, PKR dan AMANAH). Tempat Dap akan tetap diisi oleh calon dap.Tempat PKR juga akan diisi oleh calon PKR manakala tempat PAS akan diisi oleh calon AMANAH.

    Dari segi prestasi dan kemungkinan kemenangan, kawasan calon PKR dan DAP mungkin tidak terjejas. Cuma untuk AMANAH, saingan akan berlaku antara parti ini dengan pas yang memperlihatkan undi berpecah dua. Kesannya, di kawasan ini UMNO akan mendominasi kemenangan.

    Dari segi prestasi keseluruhan, mungkin boleh disimpulkan lebih awal bahawa BN akan memenangi PRU14 dengan sedikit kenaikan kerusi yang ditambah daripada kemenangan di kerusi yang dahulunya dimiliki oleh PAS. DAP dan PKR umumnya sama atau naik sedikit jumlah kerusi yang dikutip. Namun yang bakal kehilangan banyak kerusi ialah PAS kerana kekurangan undi akibat terpaksa berpecah dengan AMANAH.

    Adalah terlalu awal untuk menjangka jumlah kerusi yang boleh dimenangi oleh AMANAH namun jika PR2 sanggup memberikan kawasan yang selamat, AMANAH mungkin boleh memenangi tidak lebih daripada 5 kerusi.

    Pas? Hal ini amat membimbangkan. Tiada jalan lain kepada Pas kecuali untuk bergabung dengan UMNO. Tapi jika ini berlaku, sebahagian besar lagi ahli akan terus meninggalkan UMNO. Pilihan kedua, balik ke pangkal jalan. Ini juga mungkin tidak akan berlaku kerana tidak mungkin parti yang mendakwa Islam itu mahu menjilat semula ludah mereka apatah lagi adanya tentangan daripada AMANAH dan GHB. Mahu tidak mahu, Pas terpaksa berani menghadapi kenyataan bahawa kemungkinan untuk menang di semua tempat telah merudum di bawah 50 peratus. Mungkin inilah masanya nanti Pas perlu "melukut di tepi gantang" dan sesekali menjerit "menunjukkan belangnya" yang kian hilang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa