Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 21, 2015

Siapa yang makan cili dia terasa pedas!

Wahai Azalina, siapa yang makan cili dia terasa pedas! 
03:30PM Ogos 20 2015
KOMEN pembaca Semut Harian

K S:  Seperti biasa, apabila mereka terdesak mereka akan cuba mengubah peraturan untuk memihak kepada mereka.
Pembangkang sudah lama meminta perkara ini tetapi tidak dipedulikan. Jadi walaupun ini bermakna akan wujud halangan untuk lompat parti di masa hadapan dari BN, ini perlu diterima sebagai manfaat jangka panjang yang menghormati pilihan pengundi.
Soon-fen Chung: Sebelum ini, Umno dan BN ‘menyambut baik’ wakil rakyat Pembangkang untuk melompat parti.
Sekarang mereka mencadangkan undang-undang lompat parti untuk menghalang wakil rakyat mereka melompat ke pihak Pembangkang.
Ironi bukan? Mereka sekarang sudah rasa bahangnya, kan?
Charles Yii: Ironi apakah ini? Hipokritkah? Kejadian lompat parti Perak kembali menghantui Umno. Orang talam dua muka seperti mereka akan berbuat apa sahaja yang memberikan mereka kelebihan.
Seow Sing Randy Yong: Ya, ianya satu ironi! Apabila MP dari Pembangkang melompat ke BN, mereka tidak pun mencadangkan undang-undang anti- lompat parti.
Tetapi apabila ianya mengenai MP mereka mahu meninggalkan mereka, tiba-tiba mereka mahu mencadangkan undang-undang untuk menghalang wakil rakyat ini daripada berbuat demikian.
Raj Brar: Di satu sisi dia bercakap tentang menjunjung “prinsip demokrasi” dan di sisi yang lain dia mahu memperkenalkan undang-undang yang menghalang wakil rakyat menukar kem politik mereka.
Thomas Tei: Dengan situasi politik semasa saya tidak terkejut.
Tan Chengchin: Cadangannya sudah lapuk! Ia sudah dicadangkan oleh Pembangkang sejak dahulu lagi.
Komentar-komentar ini ialah maklumbalas kepada rencana, “ Ironi? Azalina kini mahu undang-undang anti-lompat parti!” yang disiarkan pada 19 Ogos.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa