Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 21, 2015

Bercelaru sungguh: Baru nak suam, dah hangat balik.......

Saya masuk neraka jika fitnah Dr Mahathir, kata bekas timbalan pengarah SB
OLEH MUZLIZA MUSTAFA
Published: 20 August 2015 11:26 PM
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador menafikan akan kebenaran mesej melalui WhatsApp yang mendakwa akan membuat laporan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad. – Gambar ihsan PDRM, 20 Ogos, 2015.
Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (SB) Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador hari ini menafikan beliau akan membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Saya begitu menghormati beliau. Saya akan dikutuk dan dihantar ke neraka untuk selama-lamanya jika saya memfitnah beliau. Terseksa roh ayah dan bonda saya jika saya memfitnah beliau," kata Hamid kepada The Malaysian Insider, malam ini.
Ini berikutan mesej diedarkan melalui WhatsApp mendakwa beliau akan membuat laporan terhadap Dr Mahathir sejak pagi tadi.
Mesej itu mendakwa beliau akan membuat laporan tersebut selepas solat Jumaat esok.
"Ia semua sampah. Sesiapa yang melakukan ini adalah bodoh. Saya begitu hormat kepadanya. Dia adalah idola saya," kata Hamid.
Katanya, mesej itu mungkin diwujudkan untuk mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar.
"Ia lencongan taktikal," katanya.
Mengenai sama ada atau tidak beliau akan mengadakan satu sidang akhbar, Hamid tidak memberikan sebarang komen, dengan mengatakan ia akan diputuskan kemudian.
Beliau juga berkata masih belum membuat keputusan sama ada untuk menerima jawatan baharu di Jabatan Perdana Menteri (JPM) ataupun tidak.
Hamid dipindahkan ke JPM selepas berminggu-minggu khabar angin berterusan beliau akan dipindahkan keluar.
"Saya mempunyai masa sehingga 17 September untuk membuat keputusan," katanya. – 20 Ogos, 2015

3 comments:

  1. Aku rasalah di dalam umno, ada satu perjanjian seperti perjanjian Abdul Wahab dan Abdul Wahid dengan bapa mertuanya Sidek Sigaraga.... iaitu tak boleh marah.... KALAU MARAH KENA JUAL.... sebab tu majoriti ahlinya tak kata apa2 walaupun wang RM 2.6 billion beredar di bawah hidung.... walaupun gst mencengkam pun senyap sahaja.... di kedah ada dah start minta turun 3%.... alamat tak lama lagi adalah yang nak kena jual di kedah.

    ReplyDelete
  2. Dah dapat pangkat besar sudah mesti banyak buat kerja2 aniaya masa muda muda dulu

    Dah tua baru ingat neraka

    Lawak sungguh

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa