Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 31, 2015

Guling kerajaan, siapa perintisnya?

Guling kerajaan, siapa mulakan?
Posted on Monday, August 31 @ 10:24:11 MYT by paklang
Oleh DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI

TIMBALAN Perdana TMenteri, YAB Dato’ Seri Zahid Hamidi mendakwa wujud usaha menggulingkan kerajaan melalui suatu komplot terancang.

Beliau tidak mahu mendedahkan nama individu berkenaan, tetapi beliau meminta individu berkenaan menafikan jika dakwaan beliau tidak benar. Sifir beliau, “siapa makan cili, dia berasa pedas.” Itu cara beliau menjaga keselamatan negara dan kerajaan.

Menurut beliau, kerajaan akan digulingkan dengan cara undi tidak percaya – yang dibolehkan berlaku di Parlimen – dan usaha mendapatkan sokongan daripada ahli parlimen pembangkang secara akuan bersumpah sedang berjalan. Jika benar kaedah ini berlaku dan berjaya, ia bukannya “guling kuasa” tetapi “tukar kuasa.”

Siapakah yang mulakan cara selain pilihan raya untuk membentuk kerajaan? Tidakkah Umno yang melakukannya secara komplot terancang sehingga kejatuhan kerajaan Perak di bawah Pakatan Rakyat pada tahun 2009?

Tidakkah Umno juga menjadi dalang kejatuhan kerajaan PAS di Terengganu pada tahun 1961 apabila membeli wakil rakyat untuk membentuk kerajaan baru? Baru-baru ini di Tampin, beliau mengumumkan pula bahawa individu yang mahu gulingkan kerajaan itu akan berjumpa Perdana Menteri. Kata beliau, individu berkenaan telah sedar bahawa perbuatannya adalah salah.

Kalau dakwaan itu benar, tidak adakah prosedur dan peruntukan undang-undang untuk membendungnya? Kenapa prosedur dan peruntukan undang-undang ini tidak digunakan?

Sememangnya Dato’ Seri Zahid sangat bimbang kejatuhan kerajaan BN. Cepat atau lambat yakinlah ia pasti jatuh bukan kerana komplot tetapi kerana kegagalan dan kebobrokan Umno dan Dato’ Seri Najib yang terpalit dengan begitu banyak isu integriti.

DR MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI Kuala Terengganu

4 comments:

  1. Jangan percaya kelentong org pas nih

    ReplyDelete
  2. Buat film komidi lagi ka?

    ReplyDelete
  3. Zahid komidi,menteri spekulasi merangkap menteri amaran

    ReplyDelete
  4. puak ni ingat orang semua lupa kerjabuat depa selama ini
    boleh belah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa