Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 25, 2015

Halau dulu penerima RM2.6: Hanya yang bengap saja ada dalam UMNO!

Patut pun Mahathir kata hanya bodoh saja ada dalam UMNO!
DAPkah yang huru harakan rakyat dengan ekonomi mencekik?
DAPkah yang balun duit rakyat berbilion-bilion?
DAPkah yang pijak kepala lembu?
DAPkah yang jual tanah TUDM Sungai Besi?

Halau saya? Halau dulu penerima RM2.6 bilion – Khalid Samad
 | August 25, 2015
UMNO Shah Alam mendakwa Khalid Samad sebagai alat DAP dan telah memecah belahkan orang Melayu di Shah Alam.
khalid,aszari
SHAH ALAM : Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad ‘memulang paku buah keras’ kepada pemimpin UMNO yang mendesak beliau dinyah atau dihalau dari bandaraya itu.
Khalid berkata, UMNO sepatutnya menumpukan usaha menghalau penerima derma RM2.6 bilion sebelum berfikir untuk menghalaunya.
“Nasihat saya kepada mereka untuk imej UMNO itu sendiri, tumpukan usaha nyahkan penerima derma RM2.6 bilion daripada nak nyahkan saya.
“Yang nak nyahkan saya sangat apa salah saya?,” katanya dalam sidang media di pejabatnya pada Selasa.
Khalid berkata, UMNO tiada hak untuk menghalau atau membuang dia dari Shah Alam.
Baru-baru ini, Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari mendakwa Khalid sebagai alat DAP dan bertanggungjawab memecah-belahkan pengundi Melayu di Shah Alam.
Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, Gerakan Harapan Baru (GHB) dijangka akan menyertai Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak yang dijangka diadakan pada tahun hadapan.
Katanya, jika PR 2.0 terdiri daripada PKR, DAP, Pas dan GHB, maka tidak ada akan ada pertembungan kerusi atau tiga penjuri di kawasan yang ditandingi.
“Namun begitu, sekiranya Pas bersendirian tetapi ada membuat kerjasama dengan PR 2.0 juga tidak akan berlaku pertandingan tiga penjuru melainkan perjanjian dikhianati.
“Sekiranya Pas mengambil keputusan untuk bersendiri dan tidak membuat sebarang kerjasama maka sudah pasti akan berlakunya tiga penjuru di hampir setiap kawasan,” katanya.
Katanya, jika Pas bergerak bersendirian, maka PR 2.0 yang ditubuhkan itu akan membiarkan rakyat membuat keputusan untuk memilih calon yang diinginkan.
“Biarlah rakyat yang menentukan sama ada mereka inginkan calon yang tidak kisah menang atau kalah dalam pilihan raya kerana hanya mahu keredaan Allah semata-mata,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa