Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 20, 2015

Hadi bimbang, Nik Amar suka.........Iskandar Samad rileks jer?

Bermulanya penghijrahan ahli PAS ke GHB, Hadi mula bimbang? 
06:30PM Ogos 20 2015

oleh Alyaa Alhadjri
ANALISIS: Tindakan ahli akar umbi PAS yang keluar parti baru-baru ini untuk bersama-sama Gerakan Harapan Baru (GHB) merupakan petunjuk yang parti politik baru ini akan mengamalkan pendekatan kepimpinan “bawah-ke-atas” berbanding “atas-ke-bawah”.
Setiausaha Agung pro-tem GHB Dr Dzulkefly Ahmad berkata, itulah pendirian yang diambil bekas pemimpin progresif PAS yang menubuhkan gerakan tersebut selepas mereka disingkirkan dalam muktamar parti yang lalu.
“Ramai yang bertanya saya bila kami akan letak jawatan, mengapa kami belum letak jawatan,” katanya kepada Semut Harian.
“Saya beritahu mereka yang semua perkara ada masanya, dan masa amat penting dalam merancang strategi (politik),” katanya lagi merujuk desakan agar pemimpin progresif dalam GHB agar keluar PAS dan menubuhkan parti baru secara rasmi.
DzulkeflyDzulkefly
Namun Dzulkefly mengakui bahawa tindakan ahli akar umbi keluar parti boleh dilihat sebagai sebahagian daripada rancangan untuk menunjukkan parti Islam baru itu nanti akan dipacu oleh kesedaran rakyat tentang keperluan perubahan politik.
Ia juga barangkali bagi menunjukkan kepada PAS bahawa GHB serius dan bukan hanya ‘serpihan’ kecil yang boleh diabaikan begitu sahaja.
Laporan awal menunjukkan parti baru itu akan dikenali sebagai Parti Amanah Rakyat dan dijangka dilancar secara rasmi pada 31 Ogos ini.
Pada 31 Julai lalu Bernama memetik MP Parit Buntar Mujahid Yusof Rawa sebagai berkata, GHB mempunyai rancangan untuk mengambil alih Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) dan melancarkannya semula sebagai sebuah parti baru, sama seperti penggabungan Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia pada tahun 2003.
Namun Dzulkefly berkata bahawa mekanisme dan nama rasmi masih kekal sebagai spekulasi sehinggalah tiba masanya ia diumumkan secara rasmi.
Komennya ini berikutan laporan perletakan jawatan kira-kira 183 ketua bahagian dan cawangan di kawasan parlimen Kota Raja  - kerusi yang dipegang bekas timbalan ketua Muslimat PAS Dr Siti Mariah Mahmud. Beliau kini menjadi Ketua Wanita GHB.
Selain Dzulkefly, Siti Mariah dan Mujahid, jawatankuasa pro-tem GHB diketuai oleh bekas timbalan presiden PAS Mohamad Sabu dan turut merangkumi bekas naib presiden PAS Salahuddin Ayub, MP Sepang Hanipa Maidin, MP Shah Alam Khalid Samad, MP Kuala Krai Dr Hatta Ramli dan bekas calon presiden PAS Ahmad Awang.
Selain di Kota Raja, The Malaysian Insider pada 19 Ogos lalu melaporkan yang sejumlah 227 ahli PAS di Kapar dan tiga di Klang juga telah keluar parti.
Pada hari yang sama juga 3 pemimpin sekurang-kurangnya 20 ahli PAS Shah Alam mengumumkan keputusan mereka untuk meninggalkan parti secara rasmi.
Sementara itu, PAS Kelana Jaya yang dipimpin koordinator GHB Selangor Izham Hashim juga dijangka mengumumkan langkah serupa tidak lama lagi.
Walaupun berhadapan dengan penghijrahan yang ketara, pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Samad mendakwa yang ia tidak memberi kesan yang besar kepada parti memandangkan ia memiliki 100,000 ahli di 1,000 bahagian  di serata negeri.
Sementara itu, akhbar The Star memetik timbalan menteri besar Kelantan Mohd Amar Abdullah sebagai berkata, PAS tidak akan mengambil sebarang risiko dan akan bertindak terhadap apa-apa langkah oleh partinya untuk menyertai Amanah.
“Kami sedang mengumpulkan nama semua ahli PAS yang disyaki cenderung terhadap parti itu melalui kenyataan dan tindakan mereka.
“Kami yakin bahawa Amanah adalah racun kepada PAS,” katanya.
Beliau turut memaklumkan yang jawatankuasa PAS Pusat akan mengadakan mesyuarat pada 11 September ini untuk membincangkan tindakan yang akan diambil terhadap ahli-ahli tersebut.
Presiden PAS Abdul Hadi Awang sebelum ini menyamakan pengeluaran ahli akar umbi itu sebagai proses “pembersihan” yang akan memberi kebaikan kepada parti. Akan tetapi dengan perkembangan terbaru ini, keyakinan yang ditunjukkan itu mungkin kian berkurang.
Pemerhati berkata, ia kerana hakikat bahawa pemimpin progresif PAS-lah yang bukan sahaja meningkatkan imej parti di kalangan rakyat, tetapi turut menyumbangkan bantuan kewangan.
Memang, selain kemampuannya untuk menarik kehadiran ramai di ceramah dan perhimpunan, simbol-simbol yang menjadi ikon PAS adalah badan pemikirnya, pelbagai NGO dan Unit Amal.
Dengan perkembangan semasa ini, hampir pasti NGO-NGO yang berkaitan dengan parti, ahli badan pemikir dan mungkin sebahagian anggota Unit Amal akan turut meninggalkan parti itu.
Dan tentunya selepas dikritik kerana berada di belakang penyingkiran kumpulan progresif, Abdul Hadi hanya akan terus merosakkan reputasi sendiri jika mengarahkan pemecatan pemimpin daripada PAS.
Setakat ini, pemimpin yang bersama-sama dengan GHB dijangka menunggu sehingga parti baru mereka ditubuh secara rasmi, apabila keahlian PAS mereka akan terbatal secara automatik.
Parti baru itu sebelum ini dikatakan akan menjadi pengganti PAS dalam gabungan pembangkang yang baru bersama PKR dan DAP.
Komen dan cadangan boleh dihantar kepada penulis di alyaa@hckmedia.com

5 comments:

  1. Abe

    Sebenarnya strat3gi pemimpin GHB untuk membiarkan keahlian mereka dala. PAS gugur secara otomatik adalah satu strategi yang bijak juga. Ia ibarat pulang paku buah keras diatas usaha kotor puak HH mengalahkan mereka dalam pemilihan lepas secara pukal.

    Tindakan mereka bertahan hingga saat2 akhir boleh dikatakan tidak gentleman. Tetapi puak HH yang menang xboleh menuduh mereka demikian kerana puak HH juga mengalahkan mereka lagi tidak gentleman.

    Sekarang puak HH is tasting its own medicine lah.

    ReplyDelete
  2. Hadi di rusila boleh laa..
    Pengikut dia kat situ serupo lembu ikut semua hok hadi kato silap2 ramai doh hok syirik bertuhankan manusia
    Amar tmb paling celaka pernah dilahirkan di kelate
    Tmb yg tak pernah merasa denyut nadi rakyat yg susah asyik dlm bilik aircond jer
    Last2 makan persen di bandar baru yg dh diluluskan nya di pulau gajah dlm dun panchor
    Projek ni dh nk dimulakan...
    Dia ni kita boleh panggil ustaz fulus lapar pitih

    ReplyDelete
  3. PARTI PAS DAN PERLEMBAGAANNYA TAK ADA YANG SALAH TAPI PEMIMPINNYA YANG SALAH DAN BERBUAT ONAR > SEMUA ini kerana DIA dan pemimpin jemaahnya kunun pewaris nabi TAPI
    1.dia hina presiden pkr konon tak ada kelayakan jadi mb?
    2. Muktaman dan dewan ulama memutus dgn DAP Penang TAPI MASIH KEMARUK nak pegang jawatan di Penang, letak jawatan la KALAU MASIH ADA TELUR DAN MARUAH- lain le kalu masih cinta duit untuk bayar bil letrik dan kereta ha ha ha
    3. ahli mengeboo pemimpin2 pro?
    4. dia gagal bentang ruu dlm mesyuarat pr wlpn dah janji?
    5. dia dan penyokong2 melabelkan pemimpin2 pro dgn pelbagai gelaran jebon, tolol, barua yg tak Islam? tp mulut isle isle kunun padahal mcm mulut Longkang
    6. masih lagi bertahaluf siyasi dgn dap di Selangor?
    7. pas yg masih bertahaluf siyasi berlaku khianat?
    8. dia selalu ponteng sidang parlimen?
    9. dia mencanangkan hudud Allah swt tapi tak ada satu hudud pun dlm ruu yg nak dibentangkan diparlimen yg DIA ponteng?
    10. Macam merestui pemilihan muktamar lebih jilake dari Israel @ yahudi dengan MENGGUNAKAN CAI, Ulama pas pula seronok gila guna Cai
    dan banyak lagi...AKU MEMERHATI KEHAIRANAN KELAKU MEREKA

    ReplyDelete
  4. Kalau ORANG ORANG PAS SUDAH PUPUS , macam mana nak buat DUIT jaja jaja SERBAN KOPIAH kan.......

    CINA INDIA tak pakai SERBAN kan

    Nak jala IKANG guna SERBAN hanya di Terengganu susah lah nak buat duit

    ReplyDelete
  5. PAS gagal kerana Presiden parti yang angkuh. Mulut pun celupar. Selain Presiden ada pula golongan "berserban" dalam parti turut bermulut celupar. Ini bukan sifat agamawan. Jauh sekali boleh digelar ulamak.

    PAS sudah berpecah. Maka Umno tepuk tangan. PAS sekarang tidak diingini Umno lagi. Kisah hudud tidak akan menemui penghujung. Sekadar angan-angan puak-puak "berserban" dalam PAS. PAS sudah dipermainkan Umno. Umno tak akan bersama PAS. PAS hanya boleh bermimpi ingin bersama Umno.

    Presiden PAS sebenarnya tak tahu politik. Hanya boleh bercakap... sampai berbuih mulut. Diberi peluang di Terengganu dan Kedah..... gagal. Cuba nak dapatkan Selangor.... turut gagal. Akhirnya apa yang dapat..... ayam terlepas tangan berbau.

    PAS sudah salah pilih pemimpin. Yang hanya layak menjadi juru nikah dan menjadi ustaz kampung dipilih menjadi pemimpin parti politik. Mereka telah menggagalkan parti.

    Memang sedih juga melihat PAS berpecah. Jika PAS bersatu dengan slogan PAS FOR ALL dan WELFARE RAKYAT diutamakan dan bekerjasama dengan DAP dan PKR, peluang PR menawan Putrajaya cerah. Tapi PAS sekarang sudah menjadi parti lemah kerana tersalah pilih barisan pemimpin.

    Doa saya semua ahli PAS memberi sokongan kepada GHB (Parti Amanah Rakyat) kerana sudah tiada guna lagi menyokong PAS. GHB harus menjadikan ISLAM sebagai teras perjuangan parti. ISLAM yang syumul dan yang boleh diterima semua rakyat - Muslim dan bukan Muslim. Harapan kami semua GHB akan berjaya.

    Pakatan Baru yang kuat, insya Allah boleh mengganti BN nanti.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa