Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 22, 2015

Ego yang tak habis: Pokoknya.....adakah dijemput?

Kalau dah Hadi kata tadak pekdah.......hantar wakil buat apa?

PAS tak halang ahli sertai Bersih 4, kata naib presiden 
Published: 22 August 2015 1:05 PM
Naib Presiden PAS Datuk Iskandar Abdul Samad menolak dakwaan ahli parti dihalang menyertai Bersih 4 hujung bulan ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Ogos, 2015.

PAS tidak menghalang ahlinya turun menyokong perhimpunan Bersih 4 yang dijadualkan pada 29 dan 30 Ogos ini, kata Naib Presiden Datuk Iskandar Abdul Samad.
Katanya, pihaknya tidak ada masalah membenarkan ahli parti menyertai perhimpunan 34 jam tanpa henti itu yang dirancang diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu.
"Ada tuduhan kata kita halang, itu tidak benar. Saya nak tegaskan, kita tak pernah halang ahli kita untuk turun Bersih 4," katanya kepada pemberita selepas pelancaran program rumah mampu milik Selangorku di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam, hari ini.
PAS dilaporkan membuat keputusan menganjurkan himpunan mereka sendiri dan tidak akan mengerahkan ahlinya menyertai himpunan Bersih 4 yang dianjurkan Bersih 2.0 itu.
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 9 Ogos lalu berkata, pihaknya hanya akan menghantar 3 wakil ke perhimpunan Bersih 4 kerana ia bukan dikepalai parti itu.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, dua wakilnya iaitu naib presiden Idris Ahmad dan Kamaruzaman Mohamad dihantar bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai himpunan tersebut.
"Sebarang arahan kepada ahli akan dikeluarkan setelah mendapat gambaran sebenar format himpunan dan tentatif program sepanjang himpunan yang akan diadakan nanti," katanya dalam satu kenyataan pada 10 Ogos. – 22 Ogos, 2015.

4 comments:

  1. Hidung dah lah kemek ,Pipi pula banyak jerawat ,takda siap pun yang sudi .duduk atas pokok je pada hari BERSIH 4 nanti ,

    ReplyDelete
  2. Dlm islam klu tak jemput makan kenduri mana bole datang... klu jiran tak jemput makan kenduri tu apa maknanya turr...

    ReplyDelete
  3. nak buat bersih dari BERSIH I HINGGA KE BERSIH 4 tukan anjur tak bersih mana nak tunjuk hebat je

    ReplyDelete
  4. Turun sj la paspun rakyat malaysia juga.yg tak jemput org pas pegi pun tak ke ego jugak.sudah lama berkawan tiba nak bergaduh tak tegur sapa.sendiri yg rugi juga.bertolak ansur la mana yg dpt.apa yg penting org jahat kena dtangkap.ini bergaduh sesama sendiri org jahatpun naik kepala la.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa